2011-09-21

Eksplorasi Stong Part 2 : Dari KL ke Dabong (Hutan Simpan Gunung Stong)

Assalamualaikum!!!

Tatkala aku buat entry ni, ada pulak kengkawan yang sedang bergumbira merancang pengembaraan dengan promo AA. Haish diriku sangat jeles, tapi apakan daya aku hanya mampu mendengar cerita-cerita indah mereka.

OK back to the Stong. Sambungan dari SINI.

Perjalanan melebihi 11 jam menaiki keretapi Senandung Wau sedikit pon tidak melemahkan semangat aku. Walaupun lama, tapi sebab perjalanan waktu malam, tak terasa pon jarak masa yang panjang tu. Lagipon aku lebih banyak tidur dari berjaga. Cuma sesekali terkejut jugak bila keretapi tiba-tiba bergoyang ala-ala gempa bumi.Pasrah.

Akhirnya keretapi berhenti jugak di destinasi yang di tuju, iaitu Dabong, Kelantan. Ini merupakan kali pertama aku ke Dabong. Sebenarnya aku tak tau pun kat mana letaknya Dabong dalam peta negeri Kelantan tu. Yang aku tau Gua Musang, dekat dah dengan rumah aku kat Perak tu cuma Banjaran Titiwangsa saja yang memisahkannya.

Tepat jam 7.55 pagi kami tiba di Stesen Keretapi Dabong. Difahamkan terdapat beberapa gerabak tambahan untuk perjalanan kali ini memandangkan ada permintaan daripada satu group pelajar Universiti yang ditaja sepenuhnya oleh seorang ahli perniagaan...hmmm bertuah korang dik...zaman aku dulu takde sape nak sponsor aku.

Sebaik sahaja keretapi berhenti, kami semua mengangkat bagasi masing-masing keluar dari gerabak dan berjalan menyelusuri landasan ke arah bangunan Stesen Keretapi Dabong. Jauh jugak jarak di antara gerabak kami dengan bangunan tu, lebih kurang dalam 200 meter. Setelah selesai semua penumpang yang nak ke Dabong keluar dari keretapi, maka keretapi Senandung Wau meneruskan perjalanannya ke Kota Bharu. Masa ni aku rasa macam dalam filem dulu-dulu pulak, lalu tepi landasan, bawak beg....dendang perantau sangat.

Seterusnya kami ke sebuah gerai makan yang terletak di seberang landasan. Di situ terdapat juga sebuah kedai menjual peralatan untuk hiking! Fuh nampak gayanya memang dah selalu sangat orang datang hiking kat Stong ni, cuma masa aku je yang baru nak datang. Setelah selesai membeli bekalan makanan untuk bersarapan pagi dan makan tengahari (sebungkus nasi dagang dan sebungkus nasi putih berlauk) kami semua menaiki van bersama seorang jurupandu yang akan membawa kami ke Hutan Simpan Gunung Stong. Perjalanan dari Stesen Keretapi Dabong ke Hutan Simpan Gunung Stong mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja, tak jauh pon.

Tiba di Hutan Simpan Gunung Stong, kami dikehendaki mendaftar kan nama di pondok pelawat. Perkara ini penting bagi mengetahui jumlah pendaki yang keluar masuk ke dalam Hutan Simpan Gunung Stong ini. Ia juga bagi tujuan keselamatan. Di pondok pelawat juga kami mengemaskini semula beg pakaian masing-masing...terdapat tambahan muatan bagi setiap beg ya, memandangkan banyak bekalan makanan yang kami bawa. Dalam beg aku kena tambah 2 tin sardin, sebijik sayur kobis, 1 kg beras, 2 kg minyak masak dan daging salai! Mak datok berat dia bukan main! Hanya tuhan je yang tahu. Dalam kepala jenuh pikir, larat ke aku nak menagngkat semua tu panjat gunung??? Takpelah aku cuba sedaya upaya.

Kami juga mengambil masa untuk membuang air apa yang patut dan menukar pakaian kepada yang lebih sesuai untuk mendaki. Ada juga barang-barang yang boleh ditinggalkan di pondok pelawat (kalau taknak bawak naik ke atas la). Tapi pastikan yang tinggal tu bukan barang-barang yang sangat berharga sebab keselamatannya tidak terjamin ya.

Setelah semua bersiap sedia, kami memulakan pendakian. Rasa teruja tu tak payah nak cakap la. Masing-masing laju je melangkah. Kami mula mendaki pada jam 9.00 pagi. Menelusuri Sungai Jelawang, air kelihatan sangat tenang dan jernih. Batu-batu besar bertaburan di sekitar sungai. Kami berjalan menuju ke destinasi pertama iaitu di kaki air terjun Jelawang.

Sedikit info: Air Terjun Jelawang merupakan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara. Ketinggian air terjun ini mencecah 303 meter atau lebihkurang bangunan setinggi 30 tingkat. Ia boleh dilihat dari Pekan Dabong dan air terjun ini mempunyai tujuh tingkat air terjung yang merupakan gabungan dua buah air terjun iaitu air Terjung Gunung Stong dan Air Terjun Gunung Ayam.

 Lebih kurang 20 minit pendakian, akhirnya kami tiba di tingkat pertama Air Terjun Jelawang. Di situ kami terpaksa menyeberangi sungai untuk ke sebuah batu hampar yang luas untuk bersarapan pagi. Memang serok dapat sarapan pagi di atas bukit. Waktu tu belum ada pendaki-pendaki lain yang kelihatan terutamanya daripada sekumpulan orang pelajar universiti yang ditaja tadi. Masa kat situ memang aku tak lepaskan peluang untuk menembak apa yang patut! Gigih tau aku heret Che Melatie aku tu (kemera aku) yang berat dekat nak 2 kg mendaki bukit.

Selepas selesai bersarapan, kami meneruskan perjalanan menyelusuri batuan air terjun menuju ke tingkat seterusnya. Jarak di antara tempat kami bersarapan pagi dengan tingkat seterusnya hanya beberapa puluh meter sahaja tetapi perjalanan agak mencabar sebab kami terpaksa melompat-lompat di atas batu untuk sampai ke destinasi. Dalam 15 minit perjalanan akhirnya kami tiba di kaki air terjun Jelawang. Bagi yang tak tahu, selepas daripada tingkat ini, tidak ada lagi tingkat air terjun untuk disinggah sehinggalah di ketinggian 303 meter baru kami tiba di puncak air terjun Jelawang tu. Jadi bila dah sampai di kaki air terjun Jelawang ni, kami pon berhenti untuk mandi. Air terjun ni memang sejuk tahap gaban dan yang peliknya, air dia bewarna kuning keperangan. Menurut sumber, warna kuning keperangan itu berpunca daripada sejenis tumbuhan yang tumbuh di puncank bukit. Entahle, aku pon tak berapa nak paham.

Satu lagi perkara yang menarik mengenai Air Terjun Jelawang ni, terdapat tulisan kalimah Allah (Alif Lam Lam Ha) di tengah- tengah batu air terjun tersebut. Subhanallah, teruja.

Ok, nanti aku sambung ke pendakian yang paling mencabar! Bahu dan pinggang yang rasa nak tercabut serta cabaran fizikal dan mental.

PEACE!


Kene jalan kaki menuju ke bangunan stesen keretapi sebab gerabaknya panjang sangat.



Ini merupakan kedai menjual peralatan untuk hiking di tepi landasan keretapi.
Pondok pelawat di Hutan Simpan Gunung Stong.
Kena register nama dan IC dulu ya, letakkan juga no telefon.
Ini keadaan beg kami setelah dikemaskini dengan lebihan muatan hahahaha.
Siap sedia sebelum memulakan pendakian....dalam gambar ada KJ, Jenny, Chin, Che'Mud dan Luvis!


Berhenti untuk sarapan pagi dulu!~
Inilah Nasi Dagang sarapan pagi kami.

19 comments:

  1. huishh tinggi nye air terjun tuuu.... sejuknyee.. kalu aku dh tdio siap ar kt situ.. hehe

    takat 20kg naik gunung tu bese kot... hehe

    ReplyDelete
  2. Kemang:

    Ala ko nak g mabul, lagi aku jeles tau haha. Jangan lupe amek gambau bebanyak eh. aku suka tengok gambau. Hobi yg tak terbendung.

    ReplyDelete
  3. eh. aku tak gi mabul lerr... tak jd.. sbb mule2 tiket aku tgok rege rm55.. aku tertido time nak buat payment tu ko tau tak..bangon pagi tu, gelabah gila takut tiket tu abeh dah..and yeah , betol tekaan aku.. rege tiket tu jd mahal. nak dekat rm150.. aku cek2, rege tix pi viet same je ngan tix pi mabul ni, so aku rembat ler viet...after 4 hours trying !

    aku tau ko ni memang hantu gambo.. hihi


    jom pi lanka..

    ReplyDelete
  4. ko pakai fish eye ye, jelesnye..canon ke nikon?

    eh batu tu mmg natural ada tulisan kalimah Allah eh? ko amik tak gambar?

    ReplyDelete
  5. menarik tengok pemandangan air terjun kat sana..:)

    ReplyDelete
  6. Ely Hasrul:

    Amboih ko bukanmain kata 20kg tak larat eh...cer terai cer terai! hahahaha.
    Yup air terun tu mmg tinggi, kalau tengok ke atas nampak kabus seumpama air keluar dari kabu je. cantik!

    Aku mmg tido siap pon kat situ. hehehe.

    ReplyDelete
  7. Kemang:

    Wah ko tak jadi rupanya gi Mabul tu...takpe la next time boleh pg..banyak lagi masa ko kan. Wah best la ko dapat g Vietnam...HCM mmg salah satu tempat idaman aku beb..teringin nak pg.

    hahaha aku mmg hantu gambo weh, mana2 pegi pasti ada kemera di tangan walaupon kemera hp. sebabb setiap detik tu amat bermakna.

    Jom g lanka jom!

    ReplyDelete
  8. Fatt:

    Haah Fish eye, pinjam orng punya. Tapi aku pakau Canon. Peminat setia kenon. Lens fish eye tu third party lens jenama Samyang. memang gamba2 cun kalau pakau lens fisheye dan bukaan dia luas.

    Haah ada tulis kalimah Allah kat air terjun tu, cer ko perati betol2 kat kawasan yang tak dijatuhi ait kat atas tu, ada nampak tapi kecik je la sebab aku takleh nak zoom in.

    ReplyDelete
  9. Ayung:

    Thanks Ayung, memang air terjun ni cantik. Try la pegi pasti tak nyesal.
    :)

    ReplyDelete
  10. ....waaaa...
    tak sia-sia naik train, naik batu, naik gunung..naik penat..
    besh giler ..udara yang tak tercemar..back to nature...

    lagi info..lagi gamba ..lagi besh...nak lagikkk!!
    (hehe..)

    "baru ngam dgn nama janggel.."

    ReplyDelete
  11. Anash:

    Hahahaha yg penting tak sia2 prektis exercise kat Giant kan wakakaka. Nama janggel la katakan...:)

    ReplyDelete
  12. janggel hahaha tak maksud aku.. bese pendaki gunung takat bwk 20kg tu mmg bese.. aku? takat nih tiap ari carry anak aku yg seb beik hanya 13.8kg.. tiap ari okeh hahhaha cer cuba.. cer cuba.. ari2 cer cuba ko carry kampit beras 10kg kulu kilir hahaha dengki..

    aku penah gak baca blog2 pendaki.. aku tgk badan kerempeng tp beg2 dorg subhanallah.. mmg menguji la kebesaran & keberatan nye..

    ReplyDelete
  13. boleh cocok lens lain eh klu kamera canon? aku ingt kena sepesen jek...mahai dok lens samyang tu? aku tgh berkira2 nak angkat kamera ni...sbb tgh promo lagi ni. 27 ni habis..tgh tunggu duit jatuh jelepuk dari langit...huhuhu

    aku tak nampak aaaa tulisan tu kat batu..batu mana pun aku tatau...hahaha...ah takpelah..yg penting ada. subhanallah :)

    ReplyDelete
  14. Ely Hasrul:

    Oooo itu ke maksud ko? memang betul pon, selalunya hikers yang nak kemping 2-3 malam kat puncak gunung memang akan bawak beg guni besor macam tu. Gigih la katakan, cuma aku je yg tak biasa sebab selama ni pegi manjat bawak beg kecik isi kemera je hahaha.

    Hahaha ko nak suh aku keri anak sape eh? nanti la aku pi car bebudak leh keri tetiap hari. Tapi mmg betol la, kebanyakkan pendaki pendaki kerempeng ni memang gigih bawak beg 8 kali ganda berat dari dia hahaha.

    ReplyDelete
  15. Fatt:

    Selalunya kemera DSLR mmg boleh tukar2 lens tak kira samada lens brand sendiri ataupon Third party lens tapi bergantung pada kesesuaian jenamanya. Selalunya Third party lens ni ada juga yg dibuat khas untuk Canon dan ada khas untuk nikon.

    Lens Samyang Fish eye ni mahal jugak masa belian dulu harganya dala, RM 1100 macam tu. Kalo ko dah minat DSLR beli je la, tak rugi sebab ko mmg minat. Tapi aku heran bebudak sekarang ni skolah2 dah pakai DSLR, kekadang tu sekadar ikut trend je...mewah betol bebudak skg ni. Jeles sebb aku dedulu tak macam tu huhuhuhu.

    Ada tulisan kat batu warna coklat. Aku pon tak reti macamana nak membulatkan kawasan tu hehehe. Tapi mmg ada la kalimah tu. Subhanallah....

    ReplyDelete
  16. kann...bdk skola skrg mengada je. time kita dlu kamera pilem kot!!! *sedeh*

    aku tgh planning nak rembat ni sbb sale canon smpai 27 ni..tp tgh berkira2 model mana, mgkin basic 1100D ok kot as beginner. nak lompat kamera pro susah lak..sbnrnya kan, aku rasa model apa pun tak kisah, janji gheti amik gmbr. sbb aku kenal sorg kwn yg pakai dslr tp gambar dia sume sedeh...tpi dah kawn nak kutuk secara direct kang ada yg lompat tingkat 17...huhu

    ReplyDelete
  17. Fatt:

    Haah sedih. kemere filem...tapi skg filem dah ada value tau! saper yg pakai kemere filem dianggap otai hahahaha....hebat.

    Aku rasa kalau ko sebagai beginer eloklah amik 1100D ataupon 600D bergantung pada bajey la sebab 2-2 benda basic ada pada kemera tu iaitu ko bleh amik gambar dan video...sesetengah dslr takda function video...emandangkan ko suka bervideo jugak aku sarankan 2 jenis tersebut.

    (*wah terasa ala2 Yuna pulak pomote 1100D ni hahaha)

    Tapi kalo ko nak rembat yang pro punya pon takde hal, sebb aku tegok skill amik gambo ko pon dah hebat dah..gamba2 semua cantik. Ko boleh try 60D jugak, tu kira ok sangat dah tu...tapi kalau ko beli DSLR as hobi dan bukan untuk tujuan nak buat bisnes ke apa ke aku rasa 1100d dan 550d atau 600d dah memadai dan kemeranya agak ringan berbanding yang pro punya 50D,60d, 5Dmark1, 5dmark 2(fullframe camera).

    Ye ke kawan ko tu tak reti sangat amik gambo? ala ko suruh dia tengok majalah2 kemera, dia boleh dapat amik idea pasal composition bagai...tak pon suh la dia blaja, rugi tau ada dslr tapi tak pandai guna.

    hehe

    ReplyDelete
  18. salam saya hendak tanya, adakah tiket keretapi senandung wau dibeli sehala atau dibeli pergi balik semasa di KL. TQ

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS