2011-09-22

Eksplorasi Stong Part 3: Mendaki ke Kem Baha

Assalamualaikum!!!

Tak senang duduk aku, asyik teringat-ingat je kat Gunung Stong, Air Terjun Jelawang dan semuanya.

Sambungan dari SINI.

Selepas selesai mandi-manda di kaki Air Terjun Jelawang, kami pon memulakan langkah untuk mendaki sehingga ke puncak air terjun yang berketinggian 303 meter tu. Lepas ni dah takde tingkat-tingkat air terjun dah, direct sampai ke puncak. Jadi terpaksalah aku menggigihkan mental aku supaya jangan lemah semangat. Maklumlah bile dah lebih muatan ni mudah sangat nak give up. Alhamdulillah semangat aku kuat.

Kami mula mendaki tepat jam 9.40 pagi. Masa ni dengan pakaian basah terus je redah hutan belukar, takde salin-salin baju dah. Denai yang kami lalui agak seram jugak la dengan batu-batu licin dan gelap. Alhamdulillah ada di kalangan kami yang dah pernah sampai ke puncak, jadi diorang la yang tolong jadi guide. Kami melalui kawasan air terjun sehingga masuk ke kawasan hutan belantara. Beberapa minit perjalanan, aku masih ok tapi bile dah dekat setengah jam mendaki, bahu aku dah mula sakit sebab bawak beg berat, puaslah aku serongkan beg ke kiri dan ke kanan tapi tetap sakit. Pasrah je la nak buat macaman, takkan aku nak sorot beg tu atas tanah pulak kan...hehehe.

Sepanjang pendakian memang menguji minda dan fizikal. Betollah orang cakap, kalau nak mendaki ni bukan sahaja fizikal kene kuat tapi mental juga memainkan peranan yang penting! Kalau mental tak kuat alamatnya tak sampailah kite ke puncak tu. Sepanjang jalan aku asyik bercakap pada diri aku yang aku boleh buat-aku boleh redah sampai puncak, dan aku tak henti-henti jugak selawat. Alhamdulillah dipermudahkan oleh-NYA.

Kami tiba di satu lagi check point, di mana terdapat sebuah pondok di antara dua laluan iaitu laluan asal dan laluan yang kami lalui iaitu menyelusuri air terjun. Ya para pendaki boleh memilih untuk mengikut laluan denai hutan atau laluan air terjun. Kami memilih untuk ikut laluan air terjun memandangkan cuaca elok dan tidak hujan. Kalau hujan, janganlah pandai-pandai nak ikut laluan air terjun sebab sangat bahaya.

Sampai di pondok tersebut, laluan menjadi satu. Ada beberapa orang pendaki yang sedang duduk berehat, 2 orang nak naik dan sorang lagi dah nak turun. Kami juga turut berhenti rehat di situ seketika, tapi kami kena cepat bagi mengelakkan bertembung dengan pelajar-pelajar yang ramai tu. Kami perlu berebut tapak camping sebab takut port yang best dah tak ada. Jadi tanpa berlengah kami meneruskan perjalanan.

Seperti yang telah dipersetujui, pendakian kali ni bukanlah hard core punya pendakian. kami hanya nak bersantai lalalala sahaja untuk sampai ke puncak. Jadi tak perlu la rushing-rushing sangat, jalan pon mengalahkan seekor kura-kura berlari, tapi dikalahkan seekor babi berjalan la. Maksudnya lenggang Mak Limah je.

Lepas daripada pondok tersebut dah tak ada check point untuk berhenti dah. Pendakian terus sampai ke Puncak Air Terjun Jelawang. Memang tinggi giler dan mencabar habis. Peluh usah cakap la, sampai dah tak tahu beza antara peluh dan air sungai sebab baju basah. Aku memang dah lemau gile, nak melangkah pon seperti orang kena ghaout. Tapi bile mengenangkan kengkawan semua dah jalan ke depan, aku gagahkan jugak diri aku. Berjalan, mendaki, mengesot (tipu je) dan akhirnya aku berjaya menyampaikan diri ke Kem Baha!!!

Ya Kem Baha merupakan tapak perkemahan yang diwujudkan di atas puncak Air Terjun Jelawang! Masa aku sampai tu aku nampak dah banyak khemah mungkin daripada orang-orang yang sampai sebelum kami. Orang yang sampai ke Kem Baha dikehendaki melaporkan diri di pondok pelawat dengan mengisi borang yang disediakan. Sama seperti di pintu masuk Hutan Simpan Stong seperti yang aku ceritakan sebelum ini.

Selepas selesai melaporkan diri, barulah kami memilih tapak yang sesuai untuk mendirikan khemah a.k.a banglo mewah kami. kenapa aku kata mewah eh??? Tungguuuuuu nanti aku ceritakan.

PEACE!!!

Kami akan menuju ke puncak itu!
Jalan yang semakin sukar
Menyeberangi sungai untuk ke Kem.
Panjat, lompat, ngesottttt!
Akhirnya kami tiba jugak di Kem Baha
Sempuitttt!~



16 comments:

  1. kem baha nih mmg dh puncak ke? ke kena ade lagik perjalanan menuju puncak? ok makcik blurr maklum la urat byk putus..

    ape yg mewah tu? ade byk minyak angin? hahaha bleh aku tpikir kalu aku dh bwk minyak angin nk urut kaki atau urat kaki yg dh tputus abis gara2 mendaki..

    teruskann

    ReplyDelete
  2. klu aku jadi ko kompen dah terjelir dah...tak larat..silap haribulan aku merangkak sampai ke puncak.

    klu bagi rating antara 1-5 (1=senang gile, 5=hardcore nak mam*), ko punya scale letak mana? aku sekadar nak tau..kot2 sok lusa nak try gunung ni as training utk kinabalu ke bleh aku cuba.

    ko pakai kasut jenis camne naik atas ni? adidas kampung ke kasut hiking yg ratus2 tu?

    ReplyDelete
  3. pergh, kalo aku tergolek2 dah..aku kureng sikit bab2 hiking ni..

    ReplyDelete
  4. bila baca entry ni, terus terindu gunung stong (actually, rindu nak panjat gunung lagi) :)

    ReplyDelete
  5. Elu Hasrul:

    Kem Baha ni terletak betul-betul atau puncak Air Terjun Jelawang. Ada lagi dua puncak gunung iaitu Gunung Ayam dan Gunung Stong, tapi kat puncak Gunung Stong tak ada tapak kemah cuma ada kawasan kecil batuan untuk lihat pemandangan.. Yang puncak Gunung Ayam tu lagi tinggi dan tak larat ler aku nak mendakinya hahahaha.

    Apa yang mewah? Hahahah ada la tunggu next entry. Minyak angin memang beraneka perasa kami bawak, ada yang kambing, ada yang gamat semua serba lengkap, setiap malam ada sesi urut mengurut tau! Dah jadi macam rumah urut dah kemah kami tu.

    ReplyDelete
  6. Fatt:

    Hahaha ala tak tentu jugak, entah2 ko lagi gigih dari aku kan. Tapi bab merangkak ke puncak tu macam aku terpikir nak buat dah, cuma tak terbuat je sebab nan merangkak pon tak larat hahaha.

    kalau rating aku bagi 3.5 kot. Sebab track dia ok tak sesukar di Bukit Tabur, Ulu Klang tu siap kene rock climbing bagai.

    sepatutnya kalau nak senang ko pakai kasut adidas kampung je, kompom selamat, kalau nak daki2 gunung ni tak payah la pakai kasut mahal2, tak membantu pon.

    ReplyDelete
  7. Kemang:

    Ala aku pon bukan master sangat bab-bab hiking ni, aku sekadar mengikut kengkawan jer. Orang ajak aku pergi..maklumla pantang diajak...

    ReplyDelete
  8. Gi Ea Im:

    Uish unik nya nama kamu. :)
    Hahaha harap2 kalo tengok gambar2 yg saya tangkap bolehla buat melepas rindu kamu ya. :)

    ReplyDelete
  9. janggel,
    pas buat that tracking , mesti tak sangka leh buat sebenarnya...
    suka baca info gunung stong n gambar pun cantik...
    that beg???rasanya besar beg dari akak (tak dinafikan berat lagi akak dari beg..haha)
    citer la lagi...(dah macam hikayat 1001 mlm pulak..)
    gunung kinabalu kali ke 2 (bagi akak) ???..belum apa2 lagi mental dah semput nih..huhu

    ReplyDelete
  10. Anash:

    Hahaha tu la kan, sebenarnya boleh je buat cuma mental je kena kuat..dan juga fizikal of coz.

    Beg tu rasanya memang lagi besar dari akak kot! Hahaha. Agak2 beg tu boleh angkat akak tak wakakaka!

    Thanks la sebab sudi baca kisah tak seberapa saya ni. Silalah teruskan menanti bahagian seterusnya eh.

    Kinabalu tu saya pon tak sure saya larat ke tak....kene berserah pada takdir dan keajaiban la kot...doa je la banyak2 bagi sampai puncak heheheh.

    ReplyDelete
  11. aku penah try bukit tabur, tapi smpai peak 1..ada 1 batu besar yg kena peluk utk crossing tu..aku rasa part tu mencabar gak, sbb klu salah langkah time tu memang babai ke gaung la jawabnya. bukit tabur pada aku oke lagi. tak terjelir sgt..cuma penat skitla..aku tak training pun bkt tabur..naik semata2 nak sunrise je. dah bekpes terus turun..laju turun dari naik. haha..ok klu ko kata bkt tabur tu susah lagi dari yg ni so aku rasa lulus la kot.

    sbnrnya kan, kasut yg ratus2 tu tak sesuai dgn condition hutan kita. hutan omputih ni lain klu ko nak tau. pokok dia jarang2, pastu jenis tanah pun lain...mana ada pacat segala ni..takde. haiwan2 pun lain kat dalam tu..mana ada rimau sume, gajah pun takde...tak thrill la senang citer. aku penah try trekking kat tongariro national park (kat north island, nz)..mmg tak thrill lgsung..tp trek mmg cantik, pokok pun jarang2...mcm dlm movie blair witch project pun ada. nice

    ReplyDelete
  12. Fatt:

    Ha kalao ko dah penah try Bukit Tabur kompo takde masalah nak naik gunung stong ni. sebb laluan stong agak simple tapi penat tu tetap penat la. Tapi mmg betul, kalo time turun laju je kan hehehhee.

    Yup kasut ratus2 tu mmg tak sesuai ngan hutan kita...licin lagi ada la...aku suka la hutan2 orang puteh, rasa cantik sangat, nak sesat pon pikir 2 kali kan..aku rasa kalo aku ada dalam hutan orang putih keje aku begambo je la hahhahaha.

    ReplyDelete
  13. gunung ayam tu tinggi bape kaki plak? ade bentuk ayam ke? ewah aku dh tbyg dah cam ayam. aku teruja part air terjun sbb aku suka. tp nk panjat tinggi cenggini.. gulp..

    ReplyDelete
  14. Ely Hasrul:

    Aku dah tonggang tebalik dah balas komen ko ni hahahaa..silap entry dah aku balas.. Gasak la..

    Aku pun suka air terjun gak.. O ya ada citer best pasal peminat tegar air terjun! Nanti aku citer!

    ReplyDelete
  15. Salam.. Saya akan pertama kali ke kem baha pada awal nov nanti. Good info.

    ReplyDelete
  16. Salam.. Saya akan pertama kali ke kem baha pada awal nov nanti. Good info.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS