2011-09-21

Eksplorasi Stong : Penjelajahan Bermula!

Assalamualaikum!!!

Lepas sudah percutian panjang aku kali ini. Walaupun penat tapi ini merupakan satu pengalaman yang tak mungkin dapat aku lupakan. Sebab? Ini juga merupakan pertama kali aku bercamping (keinginan yang tak pernah tercapai sebelum ini) dan juga pengalaman pertama menaiki gunung yang jauh lebih tinggi daripada Bukit Broga dan Bukit Tabur, dan juga pengalaman pertama menjejakkan kaki ke puncak Air Terjun yang tertinggi di Asia Tenggara! Nampak tak betapa specialnya eksplorasi aku kali ni?

Ok biar aku ceritakan dari mula. Perancangan awal dibuat sebulan sebelum tarikh jadinya eksplorasi iaitu dalam bulan Ogos bersamaan bulan Ramadhan. Masa tu hati aku berbelah bagi samada nak join atau tidak, sebab aku pernah cakap masa naik Bukit Tabur di Gombak dulu yang itu merupakan kali terakhir aku mendaki, tobat tamau naik mana-mana bukit dah lepas ni. Pikir-punya pikir, aku pun bersetuju untuk join trip ni memandangkan KJ dan Che' Mud dah beria-ia mengajak. Lagipon memang aku teringin nak bercamping, disamping memenuhkan jadual cuti aku. Akhirnya plan mendaki gunung pon terjadi.

Seminggu sebelum hari kejadian, aku menghabiskan masa membeli barang-barang yang akan di bawa mendaki seperti bekalan ubat-ubatan, pekakas untuk camping dan sebagainya. Rasa excited sangat nak pergi trip dan berjumpa dengan kengkawan. Antara barang yang aku akan bawa adalah sleeping mat, air pillow, sleeping bag, lampu suluh dan beberapa barang keperluan yang lain. Sebenarnya banyak barang lain yang sudah disediakan oleh Che Mud dan kengkawan lain, jadi tak perlu nak bersusah payah nak bawak barang lagi.

Tiba hari kejadian, beg pon masih belum packing sebab aku terpaksa pinjam beg dari Che Mud memandangkan beg aku koyak di saat-saat akhir. Haish sayang betol, dah dekat 10 tahun aku pakai beg tu tetibe koyak pulak. Jadi balik saja dari kerja aku bergegas balik ke rumah dan packing semua barang. Hasilnya terjadilah beg dengan muatan hampir 20 kg. Gile kau, nak naik gunung bawak beg seberat anak tapir...takpelah pasrah.

Aku dan KJ bertolak ke Putrajaya Sentral pada jam 6.45 petang. Target kami adalah untuk menaiki ERL ke KL Sentral pada jam 7.30 malam. Alhamdulillah, dalam kelam kabut jem sempat jugak kami tiba di Putrajaya Sentral 7 minit sebelum ERL berlepas. Kalau tak masak nak menunggu next train pukul 8.00 malam. Parking kereta di Putrajaya Sentral adalah RM 7 per entry dan bila letak semalaman chargenya adalah RM 5 sehari.

Semua peserta eksplorasi akan berkumpul di KL Sentral dan akan menaiki keretapi pada jam 8.30 malam. Yang akan join trip ni semuanya seramai tujuh orang termasuk aku (empat lelaki dan 3 perempuan). Empat daripadanya aku belum pernah jumpa jadi malam tu merupakan kali pertama aku jumpa diorang. Excited dapat jumpa kawan baru.

Jam dah dekat 8.30 malam tapi kelibat diorang semua masih tak nampak. Cuak jugak takut terlepas keretapi, alhamdulillah pukul 8.25 malam kami semua dah berkumpul di Platform B dan bergegas menaiki keretapi Senandung Wau.

Keretapi Senandung Wau bertolak dari KL Sentral tepat jam 8.30 malam menuju ke Dabong, Kelantan. Kami semua menaik Superior Night Class dimana setiap penumpang ada katil sendiri. Heheh ini jugak merupakan pengalaman pertama aku. Kami semua mengambil katil di sebelah atas di mana tambang untuk seorang adalah RM 45 berbanding katil di bahagian bawah iaitu RM 51 seorang.

Memang happening habis, dan masa nilah kami nak kenal antara satu sama lain. Bila dah siap simpan barang di tempat masing-masing, kami semua beramai-ramai merentasi gerabak menuju ke kantin untuk makan malam. Serius aku sangat lapar masa tu sebab aku tak sempat nak makan apa-apa dari petang. Keadaan di kantin agak sesak tapi alhamdulillah ada jugak tempat untuk kami semua.

Seronok jugak lepak kat kantin ni, tapi keadaan kantin agak berbahang (panas) mungkin taknak bagi orang duduk lama-lama kat situ kot? Hahaha tapi kami memang duduk lama kat situ, bersembang sakan sambil makan nasik goreng dan telur mata.  Rupa-rupanya konsep kantin di dalam keretapi ni pon lebih kurang sama macam di restoran, ada pelayan yang akan datang ambil order makanan!!! Teruja pulak aku tiba-tiba hahaha.

Lama jugak kami lepak di kantin, dekat sejam setengah. Bila kepanasan dan mencapai tahap maksimum barulah kami semua beredar semula ke kabin kami. Perjalanan keretapi Senandung Wau bergerak dari KL Sentral menuju ke Stesen Gemas sebelum berpatah balik merentasi Semenanjung Malaysia menuju ke Kelantan. Sebab tu masa perjalanan agak panjang. Kami dijangka tiba di Stesen Keretapi Dabong pada jam 7.55 pagi.

Sampai di kabin, masing-masing dah mula buat hal sendiri, aku pulak memang mengantuk giler, jadi tido merupakan pilihan yang tepat. Best jugak tidur atas katil dalam keretapi ni sebab terasa seperti dibuai-buai je. Sekali sekala rasa macam nak tercampak ke bawah sebab keretapi membelok di selekoh rasanya. Hahaha tapi alhamdulillah ada palang dan tali keledar di pasang di setiap katil. Yang penting kita ikut semua arahan keselamatan yang ditampalkan di dinding.

Satu lagi perkara menarik yang dapat aku saksikan adalah aktiviti jualan barang-barang makanan. Dua orang pekerja akan menyorong troli yang berisi makanan pelbagai jenis melalui setiap gerabak. Siapa nak beli cuma perlu hulur duit saja dan para peniaga agak peramah. Teringat pulak macam berada dalam kapal terbang bile pramugari sorong troli jual makanan (Air Asia) tapi yang sorong troli jual makanan kat dalam kretapi ni lelaki ye, ala-ala pramugara la kot hahaha.

Bila dah tatau nak buat apa, aku pon tarik langsir dan tidur. Sepanjang perjalanan, banyak kali jugak keretapi ni berhenti. Paling lama berhenti di Stesen Gemas, hampir sejam kot, entah aku tak perasan sebab masa tu dah tengah malam dan mata pon tak berapa nak bukak. tapi bagi aku memang selesa la kalau nak tidur berbanding kabin biasa. 

Kalau nak melalui perjalanan yang panjang seelok-eloknya naiklah Superior Night Class, memang selesa. Ok nanti aku sambung cerita seterusnya di Negeri Cik Siti Wan Kembang...:)

PEACE!!!.

Ni beg aku dan KJ, saiz 65L + 10L anggaran berat 20 kg hahahaha.
Patuhi arahan yang diberikan kalau taknak tergolek.
Pegawai KTM tengah cek tiket.
Keadaan di kantin KTM
Dinner kami: Nasi Goreng Kampung dan Telur Mata
Minum teh o ais pon sedap! Yang penting harganya berpatutan.

ini kami!
Peniaga makanan di kabin
Perhentian demi perhentian dan tak sampai-sampai...haish
Bergosip sebelom tidor.






23 comments:

  1. Bro! ni 1st time ke utk camping??? aku tak caye dowh.....masa skolah dlu xde camping2???

    anyway, have fun bro!!! waiting for ur story..dah lama or dah penah pnjt gunung kot aku ni...dlu ade jgk panjat2 skit2. tp dh lupa

    ReplyDelete
  2. bdk2 @ John:

    Ye betol ni first time aku kamping betol2. Selalunya aku kamping bodo2 je, tido pon kat dalam bilik chalet hahahaa. atau kamping balik hari. Kali ni aku dah berjaya kamping betol2!!! *suka.

    Thanks for the support. Nak nulis banyak lagi lepas nih. :)

    ReplyDelete
  3. aku dh excited sgt nk baca tp excited gak nk komen hahaha..

    pas maghrib aku komen okeh hahhaa

    ReplyDelete
  4. aku dh ckp, pas maghrib sure aku komen hahahha


    patut letak sume harga makanan yg dh dibyr tu. sedap ke nasik goreng tuh? aku xpenah naik ketapi cmgini. mmg takkan dpt kot sbb aku kan ade extra baggage (anak & suami ler, kang fatt ingat aku bwk luggage 50kg plak). biqque penah naik ketapi ke spore kot. mmcm besh, tgk gambo & cite pon besh tp kalu aku lalui sdr xtau. teruskan cite jgn nk tsekat2 kasik org sakit jantung. berdosa tau.. hehe

    ReplyDelete
  5. Ely Hasrul;

    "̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ aku sangat mengagumi kegigihanmu mengomen! Thanks. Ko ni macam tetau skg aku tgah makan nasik goreng, tersedak2 aku.

    Harga nasik goreng tu murah je RM3.50 tapi portion dia banyak. Harga teo ais tu 80 sen je. So total dinner aku malam tu RM 4.20. Murah kan? Servis pakcik waiter tu pon boleh tahan jugak la. Memuaskan. Tapi sian bile tengok org terpaksa membanting tulang keje susah payah demi sesuap nasik. Besyukurrr aku murah rezeki. Hehehe

    Ko tal penah ke try naik ketapi cenggini? Best tau! Tapi aku tak sure la kalo ko bawak extra luggage tu selesa ke tak sebb kalo budak sure nak lari sana sini punya "̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮.

    Nanti aku sambung. Tengah mengarang jugak ni.

    ReplyDelete
  6. eh baru aku perasan ko dah tukar header :)

    trip ko ni mengingatkan aku pd pglmn naik ketapi balik dr bangkok haritu. tp masa tu aku solo so sunyi skitla..klu pegi reramai mmg best rasanya...nak sembang pun ada kwn. tp siyes aku tak caye ni pes time ko naik gng tinggi. sbb ape, aku matik2 ingt ko mmg kaki gng sbb nama ko kan janggel, ala2 hutan gitu..

    aku konon berangan nak panjat kinabalu, tapi tahle weh, ape jenis eksesais pun aku tak buat...sbg sorg beginner, apa nasihat ko ttg perkara ni? apa jenis aktiviti2 yg ko buat sblm start mendaki? mksd aku preparation dr segi fitness

    ReplyDelete
  7. Fatt:

    Haah baru je aku tukar header ni, kasi nafas baru sket kat blog aku yang dah usang.

    Hahaha sebenarnya aku memang suka nama janggel tu sebab aku suka hutan. Kalo ko baca sejarah nama aku tu mesti ko tau napa aku pilih nama tu. Aku memang ada la banyak kali gak naik bukit @ gunung tapi yg stong ni yg paling tinggi stakat ni. Persiapan???? ko jangan tak percaya fatt, aku mmg jarang sesangat excersais, nak naik Stong ni pon aku cuma eksersais kat Giant Supermarket je tau! Ko jangan gelak, betul aku tak tipu, aku eksersais sambil cari barang nak bawak g hiking hehehe. So aku rasa janganla ikut tebiat aku ni, seelok2 nya jogging la barang sekali dua dalam seminggu sebelum naik. Kasi stamina kukuh dulu.

    Aku tak pernah terpikir pon nak naik Kinabalu tu fatt sebab aku yakin aku tak larat nak sampai puncak. Aku ni dah le berat, tambah pulak nak ngangkat beg berat lagi la super duper berat, silap2 aku berkampung je kat kaki gunung sambil minum kopi tunggu org lain naik dan turun semula hahhaa.

    ReplyDelete
  8. weh smart header :D

    lah ko gi stong ehh? x ajak aku pon.. sob sob

    tamau kawan dah


    nanti pm aku ko nye add.. aku pos.. bile pi perth?

    kiter kaya kot gi sri lanka.. kawan aku dah pi, bajet die rm700 je tmasuk shoping..

    ko tau, tambang bas 3 sen je weh ! tapi aku lupa dari mane ke mane..area situ jugak la..galle ke ella kot..ntah aku lupe...

    ReplyDelete
  9. dulu xbf aku (xboipren tu yg xtahan tuh) ckp dia ikut la pi naik kinabalu, termengah2 tgh naik tu lalu org asli kt tepi dia pakai suar pendek je, mulut ade rokok tgh BERLARI naik gunung bwk tong gas kahkahkahkahkah gile hebakkk

    ReplyDelete
  10. Kemang:

    Thanks! Header dari atas Stong tu hehee.

    Weh aku pg pon sebb ikut member, org ajak so tak berani nak ajak sesiapa lagi. Nanti next time kite try panjat gunung lain plak nak hahaha, kalo aku larat la. Aku ingat nak bersara dah manjat2 ni, nak fokus pada travel ke arah culture pulak.

    Ok nanti aku pm address aku, aku bg alamat opis la, secure sikit berbanding rumah, sebab kalau hujan habis basah surat2 semua.

    OOO Sri Langka lebih kurang Indo la kan, kite leh jadi jutawan la eh kat sana. Haish teruje plak aku dengo. Jom!

    ReplyDelete
  11. ;(

    jommm ! tapi aku cuti panjang bln 6 n 12 je tau..sbb tu travel date aku sume within bln 6 n 12 jek. bln lain aku x brani booking sbb susah dpt cuti..

    ko tau, view lawo gila time naik keteapi.. mcm dlm cite heri poter plak ! eh tipu je,.aku tak tau mcm cite ape.. tapi lawo siot !then ade little adam's peak ..bla bla.. org sri lanka ni fasih bi tau ! jgn main2 ! hihihi

    aku rase la kite jd jutawan.. tapi entah, hiihii
    http://madnessspring.blogspot.com/search/label/Sri%20Lanka

    ReplyDelete
  12. janggel,
    aku dah baca..ok now aku tau nape ko pakai nama ni.

    hoho..ko exercise ape kat giant? naik tanga turun tangga la tu kan? aku rasa aku kena work out gak ni..dahla jogging setahun sekali...aku ni nampak je kurus, tp tak semestinya kurus tu sihat. risau jgk. aku ni sbnrnya berangan nak merdeka kat puncak kinabalu..tp tak taula camne, kwn aku ada ajak naik korbu, tp rasanya tu lagi dasat..tahun depan la aku baru start, tahun ni nak mendaki rasa mcm malas lagi..haha..bleh plak gitu.



    kemang,
    tambang 3sen? peh aku rasa bersalah pulak klu camtu nak bagi 3 sen..drg negara miskin..rasa guilty pulak

    ReplyDelete
  13. Ely Hasrul:

    Hahaha ex bf ko tu ada lagi tak skg ni? *saje buat2 tanya. Memang org2 kat bawah Gunung Kinabalu tu naik puncak Kinabalu macam jalan2 pegi toilet ke ruang tamu je weh! Diorang dah biasa dan dah lali dengan keadaan macam tu. Ada membe aku cakap siap ada yang bawak petiais lagi tau!

    Ada satu lagi citer, member aku nak buat birthday party kat puncak kinabalu, pastu diorang beli kek SR dan upah sorang budak kecik perempuan bawak kek tu. Ko bayangkan budak tu sepanjang jalan pegang kek macam menmangku kek atas lengan dia sampai puncak dan sampi sapai ko tengok kek tu takde cacat cela langsung! kagum tau .

    Lepas tu budak prempuan tu boleh turun dan naik skali lagi. Kagum tak?

    ReplyDelete
  14. Kemang:

    Oooo kirenye tengah tahun dengan hujung tahun la,..biasanya tengah tahun aku ok kalau nak bercuti, hujung tahun tak sure lagi bergantung kepada jumlah laporan yang diterima hahaha.

    tu la, masa aku naik ketapi pegi stong ni terbayang bayang macam dalam citer heri poter tau! Best sangat, cuma aku naik malam so tak nampak la pemandangan luar tu.


    Takpe la, semoga kite sentiasa dimurahkan rezeki ye kemang. Amin...

    ReplyDelete
  15. Fatt:

    Hahahah dah tau eh ...ok tak?

    Aku excersais pusing2 giant je, sambil cari barang dari rak ke rak hahaha. hahah best je bunyinya merdeka kat Kinabalu tu. insyaAllah aku yakin ko mampu! Ayuh! Selamat menceburi bidang pendakian!

    ReplyDelete
  16. janggel...
    exsercais kat giant...akak biasa buat gak tuh..haha
    zaman akak remaja (remaja?) gi wat training naik turun tangga kat presint 9 nyer apartment yang 16 tingkat (depan petronas) 4 kali, then jogging keliling tasik comel 4 kali..selama 2 mingggu sebelum tiba hari nak mendaki...
    keputusan dari itu,(apa punya ayat)..akak berjaya sampai check-point aje kat gunung kinabalu..hahaah..fizikal fail sebab mental fail..
    tambahan plak akak ada 'low blood' nyer syndrom..(alasan..padahal, ada bro sorang tuh sakit asma, elok je sampai puncak) ahehehe...
    tuh la citer nyer akak 'gagal' sampai puncak kinabalu...

    pepepun, akak suka gamba ada bro check tiket, nampak plak bekas makanan putih tepi kepala dia..cutenyerr..(alo...bukan bro tuh yang cute tau..)

    ReplyDelete
  17. Anash:


    Amboi kak anash! Sempat tengok anak ikan check tiket heh? Pastu nampak aje bekas makanan kat tepi tu kan!

    OOO rupanya gagal panjat puncak kinabalu eh? takpe la kak anash, janji dah sampai kaki gunung kinabalu pon ok. Saya sampai pon belom lagi hahahaha.

    Best jugak dok umah flat kan boleh prektis naik turun tangga. Tapi memang betol la, mental kena kuat, kalo tak jangan harap bleh sampai ke puncak.

    ReplyDelete
  18. @janggel

    insyaAllah... tggu zero fare lg la.. and aku harap xde surcharge ! benci betol la, surcharge la yg buat harga tix jd mahal ni...

    @fatt

    yo ler fatt.. kwn aku cite.. die dah pi sane.. ade link kat atas tu...

    ReplyDelete
  19. janggel...
    akak sampai checkpoint terakhir..bukan kaki gunung laa...tuh checkpoint awal...
    dari checkpoint terakhir tu le lagi sejam baru sampai puncak..
    banyak-banyak tempat nak pengsan, akak pilih ketinggian 13500kaki dari aras laut...hahaha....
    sengal...menyusahkan orang aje...
    nasib baik sedar diri...turun pun sensorang ke laban rata (tempat rehat )...heheh...
    sekarang..suruh naik lagi? NOOOOO..sekali cukup...

    ReplyDelete
  20. anash,
    gagal sekali bknlah gagal selama2nya...apa lagi, sahutlah cabaran kinabalu kali ke-2!!

    ReplyDelete
  21. Kemang:

    Zero fare eh? bile eh? aku memang buta AA la, kene ada orang bgtau baru aku tengok. Tapi selebihnya aku mmg tak suka masuk website tu sebb takut termuflis.

    Kalo jadi plan sri lankat tu jangan tinggal daku eh. aku nak polow!

    ReplyDelete
  22. Anash:

    OOOo sampai jugak la ke checkpoint...ingat kat kaki gunung je ahakssssss!

    Sayang nye kak tak sampai poncak tu! Dah dekat la kirenye eh? Takpe la kegigihan turun seorang diri tu lagi penting kan! Hahahahahaaaa.

    Dah tamau daki lagi ker? heheheh saya dah 3-4 kali cakap tobat-tobat tanak naik gunung dah sekali naik pulak Gunung Stong nih hahahahhaha

    ReplyDelete
  23. Fatt:

    Betul tu kak Anash! Sahutlah cabaran itew!~

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS