2011-09-04

Kenangan Hari Raya Dulu-Dulu Hingga Kini

Assalamualaikum!!!

Kembali bersiaran setelah sibuk beraya selama seminggu. Aku yakin masih ramai yang bermalas-malasan kat opis, sebab masih dalam mood raya kan? an ada jugak yang masih bercuti! (over giler cuti berlebih-lebihan!* mood jeles!)

Ok banyak benda sebenarnya nak cerita di sepanjang minggu raya nih, tambahan pulak sambutan hari merdeka pun jatuh pada minggu yang sama! Dan seperti biasa lah aku akan tepek macam-macam cerita kat sini untuk aku baca sorang! Kalau korang takmau baca pon, ada aku kesah??? Hahaha.

Aku start cuti raya pada hari Sabtu, tiga hari sebelum Hari Raya, so sempatlah aku berpuasa bersama ibu dan bapa tercinta di kampung. Pada hari Ahadnya pulak aku sempat menziarah kubur arwah atok dan opah aku di Ipoh. Alhamdulillah, kubur arwah atok dan opah kemas dan tidak semak, jadi tak payahlah kami bersusah payah menebas atau memotong rumput.

Seperti biasa, setiap kali Hari Raya Aidil Fitri aku dan keluarga akan pulang ke kampung ayah aku di Sungai Besar, Selangor. Satu-satunya nenda yang masih ada jadi kami mengambil peluang untuk menyambut hari raya bersama-sama nenda. Tapi tahun ni ramai dikalangan saudara-mara aku yang tidak dapat balik beraya di kampung, jadi kemeriahannya agak berkurang. Tak apa lah janji raya kan.

Kami pulang ke kampung di Sungai Besar pada hari Isnin, sehari sebelum hari raya. Alhamdulillah jalanraya tak jem walaupun banyak kereta. Dan seperti kebiasaannya juga bila dah tiba di kampung, tempat pertama yang kami sekeluarga tuju adalah kubur arwah atok. Setelah selesai ke kubur barulah kami ke rumah nenda.

Dan seperti biasa juga, hari terakhir Ramadhan kami berbuka puasa beramai-ramai di bawah rumah sebab tempatnya lebih luas untuk menampung kami semua termasuklah saudara mara yang lain. Memang meriah dan kecoh. Sebelah malamnya pulak, aku tak melepaskan peluang ke pekan Sungai Besar untuk meninjau-ninjau keadaan pasar lelong. Fuh memang ramai gile manusia kat situ dah macam berada di Jalan TAR!. Nak jalan pon kena berasak-asak, waktu itu jugalah semua barangan akan dilelong dengan harga yang sangat-sangat rendah sehingga ada yang serendah 1 sen! Bayangkan, macamanalah tak ramai manusia!. Dan dari situ jugak aku tahu yang penduduk Sungai Besar ni rupanya sangat ramai.

Kalau dulu, waktu zaman kanak-kanak, malam raya memang saat yang sangat best. Aku dan sepupu aku akan berjaga sampai ke pagi. Macam-macam yang kami buat, main mercun, perang mercun roket dengan anak jiran sebelah...walaupon mercun roket tu akan melintas kebun koko tapi tetap akan sampai ke dalam rumah. Bila mercun meletop, satu rumah menjerit dan melatah hahaha. Yang paling best bila join pakcik-pakcik aku main meriam batang kelapa..dan sekarang meriam batang paip! Fuh terbaek! Kami semua akan lepak di tangga rumah sampai ke pagi. sedar-sedar je semua terlelap atas tangga.

Para ibu pulak sibuk menyusun kuih raya ke dalam bekas. Maklumla, pesen beraya kat kampung ni lain, tak macam kat bandar. Kalau orang datang beraya bukannya sorang dua je, tapi sekampung akan datang beraya. Yang bawak keluarga 5-6 kereta pon ramai. Sekali serbu, penuh satu rumah. Itulah kemeriahannya bila beraya di kampung...Aduiii rindu saat-saat dulu.

Sekarang ni, kemeriahan tu dah tak terasa, lampu pelita panjut pon dah dah tak ramai yang pasang. Ada pulak diganti dengan lampu mentol sepanjang jalan dari rumah ke hujung tebuk. Zaman moden katanya. Tak best!

Malam tu, aku tidur agak awal, walaupun balik dari pasar lelong dah dekat pukul 12.30 malam, tapi itu dikira masih awal. Dah takda aktiviti nak buat, sepupu aku pun ramai yang tak ada...maka tido je la menunggu hari esok.

Ok, nanti aku sambung kisah di hari pertama berhari raya. Tunggu....

PEACE!!!

Tu dia dah nampak signboard!

Sikit lagi nak sampai dah...rumah nenda.
Fuh indahnya kampongku!
Time buka puasa di bawah rumah....banyak lagi lauk belom hidang nih.

Aunty aku buat kek blueberry katanya...hahahaha

Pasar lelong sekitar jam 10.30 malam...sesak giler!






16 comments:

  1. Fatin Mraz

    Salam Aidil Fitri jugak!

    Erk: ada kene mengena dengan Jason Mraz ker????

    ReplyDelete
  2. sedap nye kek blueberry tu! pebret aku

    ko buat kan tuk aku buleh?

    ReplyDelete
  3. Kemang;

    "̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ bukan aku yg buatla kek tu, makcik aku. Aku mana reti buat kek "̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮.

    ReplyDelete
  4. Hanie:

    Selamat hari raya aidil fitri!

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya!

    aku tak penah smpai sg. besar, tp dari gmbr ko aku dah tau rupanya kat sana ada boat..kira tmpt ni mcm tepi laut ye?

    aku thn ni tak best jgk sbb kazen aku dah kawin. nk anyam ketupat sama2 pun susah sbb dia sibuk dgn laki & anak yg baru lahir. tu tandanya aku dah masuk zaman monopos..ekeke...sikit tahun lagi habis sume kazen aku yg bujang..it's just the matter of time

    btw, ko amik tak gmbr utk contest biqque?

    ReplyDelete
  6. Fatt

    Ye kg aku kat tepi laut, ala kg nelayan banyak bot ..tapi lautnya berlumpur xleh nak mandi manda pon. Ada masa ko pg la jengah, banyak sangat homestay kat sana.

    Samala, kazen2 aku pon ramai yg dah kawin...samalah aku pon dah monopos gak hehehhe. Dah tak sama macam dulu boleh ngumpat sesama.

    Fatt aku dua tiga hari seblom raya mmg bekobar2 nak amik gambar kontest bibique tu. Siap dah deal dngan kazen aku nak amek gambar macamana. Last2 hari raya pertama semua tinggal sejarah, lemang ngan ketupat dah habis kena bedal so takde dah props, aku siap dah plan nak pose dekat bot2 nelayan tu, pastu siap dah suruh kazen aku bawak balik baju polis dia dah... Tapi tu la...tak sempat la.... Kecewa betol....

    ReplyDelete
  7. hahahaha....aku nak gelak...sudahnya apecer? ko join tak ni? aku rasa aku boleh join tp few gmbr mgkin takde la..mmg tipis la hrpn aku...but just join for fun...hehehe :)

    ReplyDelete
  8. Fatt;

    Kesimpulannya tatau le aku nak masuk ke tak sebb nya satu gambo pon tak menepati kehendak tu...cane eh!!! Adoi. Pasrah je la.

    ReplyDelete
  9. Aku ponnnnnnn!!!! Mule2 je bsemangat bagai nak rak, pijak gajah pon x mati ( keh keh keh ) tp bile balik rumah , tolak tepi dah sume tu..bz buat tart.nenas, kek coklat moist, satay :D

    so kesimpulan nye janggel x join lah yek? Ade 2 ari lg beb..smpat lgi...

    ReplyDelete
  10. Kemang;

    Hahahaa ye ke? Aishhh aku taktau la sempat ke tak kalo aku nak amek gambo semua tu...manakan nak cari lemang ketupat, nak cari sungai bagai hahahahaa adoiiii nyesal tak amek gambo aritu......

    ReplyDelete
  11. ko blk Sg. Limau ke?


    zzzzzz

    tahun dpn singgah sekinchan dtg raya umah aku.

    ReplyDelete
  12. Ely Hasrul:

    La ko org Sekinchan ke? dekt je la dengan kg ayah aku. InsyaAllah kalo panjang umor leh la singgah rumah ko taun depan!

    ReplyDelete
  13. kompom la kampung ayah ko xkan kampung ko plak sbb muka ko mmg tak nampak arr muka sg. limau hahahha tetiba dengki hahaha..


    ha aku tiap tahun raya kat sekinchan. sila dtg tp duit raya pada org yg belum bekerja sahaja. sekian

    ReplyDelete
  14. Ely Hasrul:

    Alamak identity terbongkar!!! tidaks!

    Hahaha memang le kg bapak aku tu... kalo aku dtg umah ko kat sekincan aku bawak anak2 buah aku satu bas. boleh eh? Anak buah aku semua tak keje lagi.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS