2011-10-07

Projek Teater: The Secret Life of Nora

Assalamualaikum!!!

Projek Teater (PT) kembali lagi. Kali terakhir aku PT aku adalah pada bulan Julai yang lalu iaitu Teater Mak Dara Nyonya yang berlangsung di MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Kali ini aku meneruskan saki baki PT dengan sebuah Teater Muzikal yang dikatakan gah milik produksi Infiniti Datin Seri Tiara Jacquelina, The Secret Life of Nora!

Mungkin ada dikalangan kita yang pernah menonton Filem "Nora Zain - Agent Wanita 001" yang sangat popular satu ketika dulu sekitar tahun 1965 (filem hitam putih) lakonan Sarimah, Aziz Jaafar, Saadiah dan Nordin Arshad. Kali ini naskah Nora Zain diterjemahkan di dalam bentuk Teater Muzikal dan diberi nafas baru yang lebih segar dengan keunikan latar ceritanya. Bukan secara langsung menceritakan kisah Nora Zain itu sendiri tetapi Teater The Secret Life Of Nora ini merupakan kisah di sebalik kehidupan Agent Nora itu sendiri, di mana sejarah permulaannya sebagai Penyanyi Pentas Kaberet di tipu oleh seoarang pelatih Agent Wanita sehinggalah beliau menjadi seorang Agent Wanita terhebat di zamannya.

Seperti biasa la, aku memang admire gile dengan hasil kerja Datin Seri Tiara Jacquelina...Sejak dari musim Puteri Gunung Ledang The Musical (aku tengok 4 kali di Istana Budaya Season 1, Season 2 dan Season 3), P. Ramlee The Musical (aku dah tengok 2 kali di Istana Budaya Season 1 and Season 2) dan kini The Secret Life Of Nora bagi aku memang tidak mengecewakan! Terbaik, dengan para pelakon hebat baru dan lama serta set pentas yang superb, fuh aku tak boleh lupa setiap babak yang dilakunkan.

Barisan para pelakon utama yang terdiri daripada Tiara sendiri, di bantu oleh Aznil Haji Nawawi, Adibah Noor dan Tony Eusof masing-masing merupakan nama besar di dalam industri hiburan tanahair. Di samping itu beberapa muka baru yang cukup menonjol dan turut diimport khas dari pentas Broadway luar negara Ryan Silverman sebagai Roger (pelatih agent wanita), Aaron Khaleed, dan Stephanie Van Driesen. Best weh!

Sebenarnya aku tak plan langsung nak tengok SLON ni tapi entah nape tetibe satu malam tu aku terdetik nak tengok sebab baca review dari blogger lain best, so aku terus beli tiket online dan tengok sorang-sorang.

Yang penting dari tiket pencacai tetibe dapat tiket VVIP, fuh memang rezeki. Thanks kepada yang tak datang tu hehehe.:)

PEACE!




 

Menulis untuk:


10 comments:

  1. awesome bro! plan nk g tengok gak...tp fulusnya ngak ada...huhu

    ReplyDelete
  2. John:

    "̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ thanks bro. Best weh, jom tgok lagi skali! ;p

    ReplyDelete
  3. aku suka gak teater tp xdek mmber yg beria nk pegi so takat wow beshnye smbil mata tgk signboard iklan hehe

    teater penah aku tgk hanyalah Lantai T Pinkie nasha aziz kt IB, komedi muzikal kt saloma (aku lupe ape tajuk tp sumpah kelakar time nih pak zamie tu berlakon) & grease kt convention ctr tak silap. itu aje la.. sob sob sob

    ReplyDelete
  4. Ely Hasrul:

    La ko pon minat teater eh? hahaha ok la tu..sian ko takde rezeki nak pg...takpe kalo dah tengok kat signboard je pon ok gak hehehe.

    aku ni mmg dari zaman blaja dah hantu ngan mende alah ni so tak dapat nak dipisahkan... cuma peluang nak jadi retissss teater je takde lagi...hehehehe

    ReplyDelete
  5. janggel...
    aik? dah sindrom apa sume nak solo-soloan sekarang nih?
    cukup la akak sorang je gi mana-mana solo...
    ishh..penyakit berjangkit nampaknyer???

    ReplyDelete
  6. Anash:

    Akak, aternye saya manala ada kengkawan ramai kat KL nih, mmg konsep saya kalao nak terjah je, takyah tunggu2 sebb kekadang tu menunggu boleh buat kite jadi kurang waras. Hahahahaa

    ReplyDelete
  7. uish. cambest je. nak pegi jgk. tp tu la, xder geng :(

    x sangka dah tgk sumer PGLTM. i sempat tgk yg last tu je..PGLTM 3. :)

    ReplyDelete
  8. Gil Ra Im

    Apa kata ikot macam saya, pg je tengok sensorang. Ok apa. Heheehehe

    Yup semua produksi Datin Sri Tiara memang best! Looking foward for her another product

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS