2011-12-28

Kisah HARUN 2011 (Tutup Akaun)

Assalamualaikum!!!

"Nama aku HARUN..(kat kampung....bukan Harun Salim Bachik tapi HARUN MARTOPO) di KL ni nak kasik glamer semua orang panggil aku AaRON... (sebut betol-betol macam sebut nama Aaron Aziz tu tau!!!) Arghhh sudaaahhhhhh...moh baca cerita aku sepanjang tahun 2011."

Dan kisahnya bermula....

Sudah tiba penghujung 2011. Sekejap giler!!!!! Rasanya macam baru je jejakkan kaki ke Bali awal Januari lalu, tup tup dah macam-macam benda berlaku. Seperti biasa, entry wajib bila dah akhir tahun, nak summarized segala benda yang berlaku sepanjang tahun 2011 (Aku tak gigih nak buat entry per bulan! Ahakssss)

TRIP BESAR

(Sebab apa aku kata trip besar? Sebab banyak pakai duit hahahahah) Ok, tahun 2011 ni aku mula menampakkan taring aku sebagai seorang yang kaki BERjalan (saja malas nak tulis kaki jalan) sebab awal tahun je dah jejakkan kai ke obersi! Plan bukan main lama dari tahun 2010 lagi, akhirnya dapat jugak jejak kaki ke Bali. Secara tak langsung dapatlah comparekan keindahan Bali dan Phuket, which aku rasa macam sama je, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Dan rasanya itu je lah trip aku yang terakhir bersama Geng Ungu, lepas tu masing-masing dah hilang arah tuju.

"Harun pertama kali menjejakkan kaki ke Indonesia dan pertama kali juga kakinya di jejak di bumi Sabah...."

Lepas ke Bali, aku dah jadi tak tentu arah. Gian / meroyan nak pergi berpoya-poya memanjang. Tapi apakan daya, *pitih semedang tak cukup. Tapi alhamdulillah aku dapat peluang ke Negeri di Bawah Bayu! Terima kasih opis!!! Kalau ikutkan memang aku tak pernah jejak Sabah melainkan transit kat epot selama sejam je masa balik dari Korea dulu. Tapi bila dah ada peluang macamni, FREE pulak tu, apakan sanggup aku lepasin peluang ini???? Oh tidak sama sekali. Bukan setakat di KK malah aku dapat juga terbang ke Lahad Datu! (InsyaAllah..ada rejeki mau ripit Sabah lagi).

Trip Bali dan Sabah...terbaek bagi aku.
Seperti biasa aktiviti ekplorasi ke tempat-tempat baru tetap berjalan dengan meriahnya!
  1. Edisi Kembara Selatan (kengkonon membawa diri) Tapi memang best sebab tak penah jejak kaki ke Pulau Tioman!!!
  2. Edisi Singapore (Dah berapa kali tah aku jejak tanah Singapore tahun ni, banyak kali jugak la sebab I Love Singapore (the environment) - lokasi membawa diri)
  3. Edisi Kembara Utara - Jejak Langkawi!!!- trip paling sempoi dan main redah je.Itu pon sebab dah gian nak mandi laut.
  4. Eksplorasi Stong - Sebenarnya sampai Kem Baha je, tapi aku eksaited sebab ini firstime nak camping lama-lama dalam hutan!!! Memang best dan dapat jumpa kawan baru!

"Harun banyak jalan-jalan di dalam Malaysia aje...teringat masa di kampung, pusing-pusing kampung naik beskal BMX....terlanggar anjing...kena kejar anjing dan digigit anjing sewaktu nak beli seketul pengasah pensil.....sampai sekarang FOBIA pada anjing....kesian Harun...."

Hmmm rasanya tu je kot projek mega yang ada.(Aku tak bubuh backlink...pepandaila cari sendiri kalau nak baca ye, semua ada dalam blog ni).

Edisi Jelajah Selatan 2011 (Seremban, Mersing, Johor Bahru, Singapore)
Edisi Jelajah Utara 2011

Eksplorasi Gunung Stong 2011

TRIP BIASA-BIASA AJE

"Dah namapon orang kampong, Harun memang suka manjat-manjat pokok, kengkonon pokok tu jadi markas kapal angkasa, dok berperang dengan anak Opah Timah kat pokok sebelah...bukan setakat manjat pokok, masuk hutan belakang rumah tu dah biasa sangat, sampai ke hujung sungai ....mandi bogel ramai-ramai ...ops Harun..Harun..."

OK tu aje trip yang aku rasa paling jauh dan happening berlaku pada awal tahun....lepastu menyusullah trip kecik-kecik sekadar melepaskan batuk di tangga...pergi mandi air terjun, manjat bukit Broga, masuk hutan tu semua 'rutin' (hahaha riak!!!) padahal tak seberapa pon...janji ada...Korang Ada??? Semua tu berlaku bersama kawan-kawan yang aku suka sahaja.

Projek mendaki dan mandi air terjun...wajib setiap tahun. (Bukit Broga, Lata Kinjang)
Projek tengok konsert sambil terkinja-kinja....AAK? (Konsert SUJU dan Konsert AF di Putrajaya)
Macam-macam program kat Putrajaya & Kuala Lumpur (Pesta Flora, Hari Belia Negara, Sambutan Maulidul Rasul, Karnival WOW, Pesta Belon Udara Panas)

PROJEK TEATER?

Tahun ni paling hampeh, aku semakin jauh dari dunia teater sebab? Entah le, mungkin fokus banyak kelain. Projek Teater tahun ni sekadar "Terima Kasih Cinta", "Lat; The Kampung Boy", "Mak Dara Nyonya", "The Secret Life Of Nora" dan "1 Plastik Hitam".....Alamak 5 je???? OK lebih sikit dari tahun lepas, ada peningkatan!!!

"Harun sering mengikot Pak Sidi pergi nonton Panggung Bangsawan...Idakle mampu nak jengah panggung beso kat kolumpo tu dulu.... paling hebat pon nonton wayang enam kupang kat panggung tepi sungai...cite Teenage Mutant Ninja Turtle hahaha..duduk atas bangku kayu, keras....sekarang ni ada ke lagi?"
Projek Teater 2011

GOODBYE CHEMPAKA, WELCOMING CHE MELATIE!

Entah apa punya sengal, tetiba aku gadaikan Chempaka kat orang sebab aku nak beli Che' Melatie... Peningkatan katanya.... OK, sebenarnya aku nak bergerak lebih jauh dalam bidang fotografi, sebab tu aku cari kamera yang ok sikit. Alhamdulillah, rezeki datang bertandang..banyak juga ilmu yang aku timba dan harap-harap aku dapat memajukan diri lagi... Nak beli Estella tak mampu, jadi cukupla sekadar Che' Melatie...akan ku jaga dikau sepenuh hati...EWAH!

"Kalo kat kampong dulu Harun selalu conteng buku skolah, lukih le macam-macam benda..entah apa je semua nak dilukihnya...maklumle nak beli kemera tak mampu,...kalo dulu ada kemera kan senang, takyah melukih-lukih...tangkap je gambo..pastu tepek kat buku... "

Che' Melatie aku punya hahahaha.

AL-FARIS DILANGGAR TODAK


Sejarah paling malang dalam hidup aku bile kereta idaman (Al-FariS) terlantar tenat kat sepital hampir 2 bulan lamanya. Gile!! Sape yang tak giler, dek kerana sekawan anjing, aku hampir-hampir jadi arwah...nauzubillah...nyawa aku masih panjang...dan sebab itu jugak aku benci anjing sampai bile-bile..... Alhamdulillah juga Allah bukakkan mata aku tentang siapa kawan dan siapa yang sebaliknya...


 
BLOGGER TRAVELHOLIC

Sesuatu yang aku tak jangka, mulanya sekadar menerjah dari blog ke blog...tinggal jejak "salam ziarah" dan berlalu pergi. Tapi bila dah start sangkut pada minat, terus jadi rutin. Aku sebenarnya tak berapa suka blogwalking, sebabnya tak ada masa. Tapi sejak dah ramai kawan dikalangan blogger yang "sekapal" maka minat tu datang sendiri! Suka kenal dengan diorang sebab masing-masing ada karektor yang berbeza dan we love taking care of each other...betol ke??? Hahaha sekadar menyedapkan ayat. :)

"Dan....Harun mula kenal sama Aloyah, Fattimatuzzaharah, Rofe'ah, Leman, Poziah, Dahlan, Maimon, Cik Embun, Cik Puan Lela Manja, Hamdan, Samrin, Cik Rodiah, Hamid ...dan ramai lagi yang tak tersebut nama mereka..... "

Sebahagian blogger baru yang aku jumpe...ramai lagi belom sempat jupe! :)

OK aku rasa semua yang aku tuliskan di atas adalah perkara-perkara besar yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun ni dan juga mendatangkan impak yang besar. Harap-harap semua yang berlaku tu disusuli dengan kebaikan, bukannya keburukkan. Banyak benda yang dirancang tapi kalau Allah tak izinkan, maka benda tu tidak akan jadi. Maka, sila sedar diri dan ingat bahawa kita tidak boleh hidup sendiri sebab orang-orang di sekeliling sebenarnya sangat mempengaruhi hidup kita samada baik atau buruk.

Akhir kata...SELAMAT TINGGAL 2011....... to be continue...2012.

WASSALAM...

Yang Benar...

HARUN A.K.A. AaRON

24 comments:

  1. good one! i nvr buat closing entry before/ever... cam best lak... nnt balik dari day trip esok, i pikiq2 camna nak tulis mulis entry nih... cam susah jek... bismillah....

    anash taruk nick, u taruk nick, trending ler nih... i noticed my name gak atas tuh...hehehhe... title dah dok dlm headbanging nih...

    ps : i tak tau u suka teater...heheh i pun layan gak kengkadang... if ada masa jek ler...

    ReplyDelete
  2. aku nak buat entry camni sebab tahun lepas tak sempat buat..so tgk klu rajin aku buat (tapi vitamin M byk ni hahaha).

    ok cut the crappp...!

    ohmaiii, aku terkejut tgk gmbr kereta ko. ye aku teringt ko penah citer psl eksiden disebabkan anjing tapi aku tak sangka sedahsyat ini. tgk pd rupa keta aku tgk major jgkla kerosakannya tp alhamdulillah ko selamat. aku pun takut klu benda ni jadi so mintak2 Allah lindungi kita sume...ameen~

    aku baru tau nama kamera ko sblm ni chempaka...ko mmg suka nama2 classic eh? pasni agaknya nama ape ko akan kasik...(argh bila aku nak angkat sebijik ni?)

    part last tu aku nak tergelak..sape tu si Aloyah Kuih Lapis? err ko masih ingt ye "nama" aku yg berjela tu...hahaha...*nah hadiah gula kapas* :D

    ReplyDelete
  3. Salam perantauan.. classic benar kata2 Harun menutup kamus 2011.. bagus laa kalo xde benda2 trtunggak.. abis kan cerita2 lama.. tp matlamat 2011 semua trcapai ke tak ni? usaha Harun! usaha!

    ... aku jugak kena Dahlan..

    ReplyDelete
  4. Lily:-

    Hahah yes u yang pertama masuk!
    Entry closing ni memang tetiap tahun i buat..eheheee apa akata u try buatmesti meriah entry closing u sebb banyak benda nak cerita kan! Hehee

    Yup sekarang musim pakai nick kekekee.

    Ye i suka layan teater tak kire la kat IB ke, kat MTC ke, waima kat stor pon i layan gak..moh la kite nonton teater beramai2 satu hari nanti..tak silap i Na pon kata suka teater gak dulu.

    ReplyDelete
  5. oit Harun!!!(sambil cekak pinggang tenung pokok manggis...) turun ko dari pokok tembikai itu!!

    hehe...


    peh...
    ada closing account entry.....
    akak like...dan lepas nih kalau ada anjing kacau...akak akan menghanjingkan anjing itu balik...(dahhh dtg merapu dahh...)

    That accident was a total damage to the car...ish...Allah sayangkan hambaNya yang ini....diberi peluang bernafas....
    tak sabar tunggu episod seterusnya...

    ReplyDelete
  6. Fatt:-

    Fatt jom kite buat reramai..best..mesti meriah entry ko sebab nak citer macam2 benda sepanjang tahun..try la.. Sila makan Vitamin R!!!!

    Ye itulah keadaan kereta aku dek kerna kelalaian dan keperihatinan aku terhadap mahluk tuhan...alhamdulillah aku selamat. Aku anggap dia sebagai salah satu ujian membasuh dosa.

    Haah nama kemera aku yang dulu Chempaka...pastu yang sekarang ni Che'Melatie hehe. Aku suka kot nama2 klasik ni sebab kalo g mana2 kompom ko tak jumpa orang nama2 macam tu dah skg ni...

    Hahah ko tatau ke sape Aloyah tu??? kekekek tu la MasmZ kuikuikui...nama dia Aloyah katanye wakakaka. Nama ko la paling panjang antara kami semua Fatt oii..oh lupa nama Ely pon panjang jugak Cik Puan Lela Manja katanya hahahahahaha!

    ReplyDelete
  7. Cawan:-

    Hahaha ada jugak salam perantauan yer. Dah habes dah kisah 2011...Alhamdulillah, banyak jugak la pencapaian walaupun tak menyeluruh. Ye kena Usaha!! Ayuh!

    Kakakakah Dahlan..glamer tuuuu macam Dahlan Zainuddin!

    ReplyDelete
  8. Kak Anash:-

    HAHAHAHAHAHA boleh ke panjat pokok Tembikai???? Kang tak pasai-pasai jadi tembikai lenyek! Terus buat air tembikai boh ais..fuh sedapnya..minum pulak masa panas rembang.....sorrrrga!
    *dah merapu.

    Yeay pasni dah ada bodygad dah!! Merangkap bebisitter dan baywatch!! yeayyy !! *sambil merenung tajam pada anjing jiran sebelah dan mengangkat jari telunjuk....You, watch out!!!

    Yup, eksiden tu yang terhebat dalam sejarah hidup...itu adalah ujian dan peringatan dari yang Esa supaya kita tidak leka dan lupa pada apa saja yang ada di sekeliling kita..... Alhamdulillah saya selamat.

    :)

    Episod seterusnya??? jengjeng jeng!!! Mode PISAU CUKUR la apa lagi!! Hahahaha *sambil pakai topi pantai duduk atas deck kapal.

    ReplyDelete
  9. Hai Abang Aaron Aziz!! eh silap..abang Harun..best la entry penutup akaun nih..

    Aku memang takde idea untuk entry penutup akaun 2011 nih, so aku baca entry korang je la..

    Cakap pasal anjing, aku pun penah kena kejar dengan anjing, aku terjatuh sampai koyak kain sekolah aku..memang haram jadah betul la anjing tu. Memang sampai sekarang aku fobia anjing kekekeke..(kita serupaaaa)

    Ada hikmah jugak *salam ziarah* tu, sebab semua travelholic dah kamceng pasal dia hahahahahahah..

    Nanti kalau ko nk pegi tgk teater, ajak la aku jugak, aku tak penah tgk lagi :p

    Akhirkata, teruskan berusaha untuk 2012 heheheh..

    P/s: Aku kena cari nama samaran gak cam nih hahahah

    ReplyDelete
  10. BlueEwoke:-

    Kehkehkeh perasan retis sekejap...

    La ko pon fobia ngan anjing gak eh? kite serupaaaaa~ Kita serupa~~~ *eh lagu sape tu eh yang ada lirik camtu?

    Betol2 *look at the bright side* pasal salam ziarah tu, semua kita bersatu ye dak? hehehe.

    La bukan ko dah ada nama ke ngan cawan? Biqque dah kasi nama kat korang kan? Dahlan ngan Pojiah??? Hahahahhahaaa

    Caiiiyok!

    Psttt:- nama samaran Icam apa eh? hahaha

    ReplyDelete
  11. ketepiiii cik puan lela manja dah datangggg...

    hahahha bernas sungguh kata2 harun! yg pasti perkenalan travel buddies mmg mberi kesan yg mendalam. tak sangka di kala umur nk masuk pertengahan 30-an bleh bertemu anak2 muda yg baik budi pekertinye spt harun (walaupon belum bertemu mata)

    cik puan lela manja mmg akan mbuat entry penutup kerana mcm biasa cik puan lela manja tak sanggup nk simpan dlm hati dalam2.. cik puan lela manaja suka tepok dada bukak eh bukan bukak.. luah selera hihi

    sengkak perut cik puan lela manja melihat al-faris begitu, cik puan lela manja jugak tidak sukak sama itu anjing.

    nantikan entry cik puan lela manja sbb ade bende yg akan direvealkan nnti.. tipsnye.. mana dtg nama cik puan lela manja ituu?? hahahhaha

    ReplyDelete
  12. Ely Hasrul:-

    Kak Lela Manja!!! Ahaksss sambil bawak perot.

    Bestkan kenalan kite semua,..memasing punya idea bernas dan berbudi pekerti di luar blog (walau dalam blog suka caroooot hahahahaa)

    Begitulah naseb al-faris...zaman gelap kekdahnya...dah warna pon gelap..makin malap la ia...

    tak sabo nunggu entry penutup cik puan lela manja...apakah sepereis yang bakal dijanjikan??? tunggu nih tunggu!!!

    ReplyDelete
  13. owh.. padanlah nama janggeltrekker, suka masuk hutan rupanya. ooo...

    nama2 gelaran tu sy boleh detect 5 daripada 11 je yang saya tahu. tu punbila dah selalu baca. yang lain tak tau. sapa? sapa? ce citer sikit. nak kenal jugak hehe..

    ReplyDelete
  14. Ainul Arina Madhiah:-

    Ye sebb tu le nama guwe cenggitu hahahaha..tapi skg cam dah slow je masuk2 hutan ni...maleh.

    Nama gelaran tu...hmmmm kene refer ngan Biqque hahah dia yang kene revealed kan semuanya .

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. sejak jadi team lead ni, kak rodiah busyyyyyyyyyyy sgt! huh!

    pertama kali, suka cik maimon dpt first ye! macam kat ohbulan plak! kak ro nak cakap kak ro sukeeeeeeeeeeeeee sgt entry ni! ouh! best sgt! *kelip2 bulu mata pelesu* terbaek la cik harun!

    kedua kali, len kali nak tgk bangsawan, sila ajak ye, kak ro ni suka sgt terkinja2 menari2 menyanyi2 tauuuuu! (kena paksa hamid la camni!)

    ketiga kali, ha si pojiah dengan dahlan tu, aku dah remind suh diorang sedar diri, nama sendri pun tak ingat! hahaha!

    ke akhir kali, cik ro pun sukahati berbangga diri sebab kenal dengan harun dan kawan2 yang lain...sob sob...*lap maskara itam tebal yang smear kena air mata*

    ReplyDelete
  17. wahhh...awalnya keluar entry penutup nih??? hahaha...aku punye tggu 31dec la kot. tgh nk karang2 dulu. hehehe.

    hepy dpt kenal korang sume. tak sangka ade jugak boleh jadik kwn wlpn kenal kat alam maya je....

    kete ko ke tuh??? makkk aih! dh nyawa2 ikan dh aku tgk tuh! nazakkkkkkkkk!!!

    ReplyDelete
  18. Biqque @ Kak Ro:-

    Hahaha mana team lead ni dah jarang muncul plak nih..hahaha

    Maimon blom balik dr Osaka...tunggu cik Mun balik nanti boleh tanya bisnes bas skolah dia hehe.

    Haaaaa ko pon minat bangsawan ke Cik Ro??? Ok nanti kita plan rombongan tengok bangsawan pulak..

    HAHAHA Pojiah ngan Dahlan tu gamaknya lupa ingatan kot....alamak Kalau Aqilah dah nama Cik Embun, ICAM???? hahahhaa

    Best kan kawan ngan Harun dan Rakan-rakan.!!! HAHAHHAA

    ReplyDelete
  19. John:-

    Hahaha saja kuarkan awal sebab aku mmg dah takde entry dah lepas ni sampai 1 Jan 2012. kekeke..

    Kan best kan kawan ngan kami hahahaha..*verangan

    Haah kete aku le tu.... aku pon cam tak caya dia leh jd cenggitu....

    ReplyDelete
  20. hoiii mengumpat cik Dahlan dan cik Pojiah yek!!! jaga la..malam ni nk antar anjing gila p rumah cik Ro dan cik Hamid hahahaha!!

    Biasa la tu kalau lupa2 dan ilang ingatan..baru mesreeee alam, sb ada org yg tlg ingatkan hahahah (ape kene mengena entah!)

    Aku pun nk tunggu cik Maimon balik dari Osaka, apa kes entah bisnes bas dia tu hahaha..bercuti tak hengat cik Maimon yeeee!!

    ReplyDelete
  21. aku datang!!!!

    ni aku tengah menaip la ni. kalau nak buat per month punye summary matilah aku...dahla aku ni malas berlapis2....tapi tengokla esok kot2 ada.

    aku jenuh dok pikir sape nama Aloyah, nasib baik tak salah teka..hahaha...tapi aku teringt nama ni sbb dlm citer p.ramlee ada sebut "aloyah kuih lapis"...hahaha...aku memula ingt ely namanya pojiah sekali lela manjerrr...pitam aku~

    ReplyDelete
  22. BlueEwoke:-

    Hahaah ko memang tau, selalu bersekongkol dengan hanjeng hahahaa *no ofen.

    Memasing kena tgu cik maimoon balik.. Kalo tak susah nak plan hehehehe.

    ReplyDelete
  23. Fatt:-

    ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ sila bertabah ye, best jugak baca semua org buat entry penutup.

    Aloyah kuih lopeh? Hahhahahahahaa

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS