Posts

Showing posts from January, 2012

CupCake Nenas, Satey Willy dan Steambot

Image
Assalamualaikum! Alhamdulillah kesihatan tuan tanah dah kembali stabil, walaupun bibir rasa kering, pastu badan kebas-kebas lagi, tapi dah takde rasa malas-malas nak buat keje dah. Syukur ujian berjaya diharungi dengan tabah. So dah seminggu lebih jugak tak lalu nak makan apa-apa melainkan hirup sup ketam, makan megi atau minum air kosong dan 100 plus aje. Tapi dua-tiga hari ni selera makan dah kembali pulih walaupun belum sepenuhnya. Lepak-lepak kat Satey Willy dengan John, MasMz, Kak Coco dan Lily hari ahad hari tu pon, lalu tengok je satey depan mata. Nak menghabiskan 3 cucuk satey pon payah. Kan best kalo selalu macam tu, boleh kurus! Muahahahaha. Di samping tu ada jugak K ak Coco bawak resepi baru kapkek dia, iaitu kapkek Nenas !!! Hahah sapa kata nenas takleh buat kapkek! Kak Coco boleh buat okay! Pasni nak suruh buat Kapkek Jambu Pink pulak! Semalam pulak, sempat jugak join lepak dengan Geng Ungu (walaupun tak cukup 2 orang) makan steambot kengkononnya. Lokas...

Dugaan...

Assalamualaikum.... Lama dah tak jengok laman rumah ni. Maaf la tuan rumah sedang bertarung nyawa sekarang ni, Ujian dari Allah... Semalam bile cek darah kat hospital, blood pallate aku 132, tapi harini bile cek hari ke dua blood pallate aku drop pulak sampai 101, terpaksa drip air sebotol kat sepital. Tak tau la esok macamana pulak. Harap-harap blood pallate aku naik balik esok. Tak sanggup dah. Nak makan sup ketam memanjang.... Doa-doakan kesihatan aku kembali teratur ye kengkawan. WASSALAM.

Replied Email Dari AAX

Image
Assalamualaikum!!! Ada sedikit sinar harapan buat penumpang-penumpang yang dikenselkan kapalterobangnya oleh AAX minggu lepas. Semalam rata-rata dah dapat emel balasan (replied email) daripada AAX untuk meminta semua penumpang yang terjejas dengan pembatalan penerbangan itu untuk mengkompomkan tarikh pertukaran penerbangan mereka. Alhamdulillah tiada charge tambahan katanya. Tak kisah la kan, janji apa yang di rancang tu tetap boleh berjalan walaupon sedikit kucar-kacir itineri dibuatnya. Dan semalam juga rasanya semua dah terima emel pembatalan untuk flight pulang pulak (haritu flight pergi). Memang diorang kena hantar notification melalui seperate email untuk memudahkan urusan pertukaran atau bayar balik para penumpang yang terjejas. So harap-harap masalah dapat diselesaikan secepat mungkin dengan pertukaran tarikh penerbangan dan sebagainya. Susah jugak kalau cancel terus sebab kebanyakan daripada penumpang yang terjejas dah buat ground arrangement kan? seperti ...

MAS Dah Buat, AA Bila Pulak? Mampu ke?

Image
Assalamualaikum!!! Seminggu dua ni memang ramai yang melenting sebab AAX buat kecoh, sesuka-suki membatalkan penerbangan. Ramai jugak kengkawan yang affected. Sampai hari ni masih belum dapat jawapan dari AAX pasal pembatalan penerbangan tu. Takpe la kengkawan, InsyaAllah kalo ada rejeki maka terlaksana jua ye dak. Jom tadah tangan doa reramai ok! Dalam sebok-sebok AA buat ONAR di muka bumi ni, MAS pulak atur strategi nak memenangi hati pelanggan katanya. Alhamdulillah, memang best pon performance semua yang terlibat. FLASHMOB di KLIA . Agak-agak AA ada tak nak buat FLASHMOB timbal balik? Ke depa sibok sangat nak buat ONAR? Tunggu je la...korang mampu??? "NOT Everybody Can Fly" kata Pak Tony....siap la ko, langit tak selalunya cerah.  "Now Everybody Can Cry" kata John muahahaha. Sangat Variety! Macam-macam ada . The Best Airport In The World kata mamat tuh hahaha. Another Idea bernas dari KITKAT CLUB milik Datin Seri Tiara Jacquelina!...

Pesta Deroian di Sungai Lepoh Challet & Camp

Image
Assalamualaikum... [Mode dilanggar GARUDA....sedih tau AA buat hal cenggini!!! Nyiiiiiiaaaampah!!!] "Oh kome deroian dah berbunge...lalala..moh kite minang anak dare....cewahhhh" Lagu dendangan Mr. Os terngiang-ngiang dalam radio kereta kak COCO masa tu...macam tau tau je kami nak pegi pekena deroian...bukan pegi minang eh. Ok macam biasa, aku ni memang jenis orang yang tak suka duduk diam, pantang ... PANTANG ye di ajak kemana-mana pasti akan menurut, paling tidak pon sebok-sebok nak tau orang lain pegi mana, hmm nak buat macamana, dah jadi hobi gamaknya.  Sempena menjaga selera ibu mengandung (hahaha "jaga selera" disitu) aku dan kak COCO ( Datin Fe'ah ) telah berkesempatan menjelajah hutan di pinggir kotaraya.Lokasi? Sebenarnya takda lah jauh mana pun, dah nama pon pinggir kotaraya, jadinya memang dekatlah setakat ke Langat aje. Sungguhpon begitu, kawasan yang kami pergi itu memang tidak pernah aku jejaki sebelom ini, apatah lagi si ibu me...

Projek Star Cruise - Libra : Kisah Penamat (Harun, Aloyah, Leman dan Datin Fe'ah)

Image
Assalamualaikum!!! Amacam, iklan sekejap dengan entry Otomen , sekarang baru mau sambung kisah cuti-cuti naik Cruise . Sambungan dari SINI AMARAN: Entry ini kaya dengan gambar syok sendiri dan ala-ala retis hahahaha . Bertabahlah. Ok, lepas keluar saje dari Pulau Pinang naik jambatan, kami pun terus menuju ke Taiping . Rancangan awal nak ke Kuala Gula, tengok burung, tapi bila pikir-pikir balik, hari dah petang, campur dengan sesat-sesat bagai sampai ke malam pulak. Jadi kami hanya singgah di Taman Tasik Taiping. Saja nak bawak retis-retis tengok Taman Tasik Taiping tu, sebab diorang tak pernah sampai.   Fuh memang lawa la taman ni, paling aku suka part dahan-dahan pokok yang mencecah ayor tu, klasik weh...tempat lain aku macam tak pernah nampak pulak ada pokok macam tu. Lagi satu, bandar Taiping ni pon sangatlah jarangnya aku singgah, seingat aku baru 3 kali kot aku datang Taiping hehehe. tetibe petang tu ramai pulak mat rempit buat onar. Ma...

Ultramen Sami : Jom Atur Strategi :)

Image
Assalamualaikum!!! Lari jauh-jauh kejap dari citer cuti-cuti naik Cruise. Kali ni sebok nak plan rombongan Cik Ro katanya. Tatau lah rombongan ke mana, tapi masing-masing macam dah gian nak pegi jalan jadi setakat berjalan dekat-dekat pon kira jadi lah..... Semalam, lepak-lepak kejap kat Bangsar, jumpa Ultramen  Sami (otomen katanya). I'm having fun yesterday , sambil-sambil verangan, pikir next plan. Inilah aktiviti aku kalau takde kerja, pi lepak dengan kengkawan travelholic ( CawaNa, John, kak Coco, Biqque, Lily dan Ely bersama keluarga memasing) sambil atur strategi macam yang Ultramen Sami buat tu... :). Tu dia..apa otomen tengah buat tu? Ohhh tengah atur strategi rupanya hahahaa. Next plan? Tunggu.... Rasanya dah dapat lagu tema la... Geylang Si Paku Geylang (Geylang!!! Sebut reramai)  Geylang Si Rama-Rama ....Lalalalalaa ~ Psstt: Tak sabo nak posing depan lens baru sambil mulut nganga. Psstt 2: Dapat komisyen jual lens k...

Projek Star Cruise - Libra : Jalan- Jalan Makan Angin Part 4

Image
Assalamualaikum!!! Sambung dari SINI . Pagi-pagi kami dah bangun kengkononnya nak ambik gambar sunrise la dari atas kapal, tapi agak hampa sebab keadaan gloomy semacam. So terus cari tempat breakfast. Tak silap aku breakfast dah start pukul 6.00 pagi kot, entah tak sure tapi masa kami naik ke level 9 untuk breakfast dah ramai orang dalam cafe tu. Mungkin orang-orang yang ambik pakej standing pax kot. Lengang.... Breakfast pagi tu boleh dikatakan mewah jugak la, macam-macam ada. Memang pulun habis masa tu. Lepas habis breakfast kami sambung menjelajah ke segenap kapal, singgah di kedai cenderamata di level 4 untuk beli sedikit buah tangan...tapi paham-paham je la, mahal jugak barang-barang dalam tu. Aneka juadah disediakan... Kapal berlabuh di Pelabuhan Weld pada jam 10.00 pagi. Lepas dah siap mandi dan berkemas, kami terus naik ke level 4 untuk mengambil kad pengenalan kami, jangan lupa ya ambil kad pengenalan di Stardust Lounge , merasa jugak naik p...