Assalamualaikum!!!
Penat juga dalam sehari dua ni sebab kena buat banyak benda. Paling tak tahan bile gigih berjaga sampai pukul 4 pagi gara-gara terpengaruh dengan hasutan Pak Tony!!! Tambahan pulak ada yang jadi pembako (John) hahahaa. Ok lupakan kisah tu sebab tak sanggup nak menghadapi hari esok.
Pagi tu jugak dalam 6.30 pagi aku kena gerak ke Pulau Pinang atas urusan kerja. Adoi naseb baik ada pilot, boleh la aku membuta sepanjang jalan! Sedar-sedar je dah sampai Taiping, terus segar mata. Janji dengan orang sana nak berjumpa di tol Jawi. Memang tak ada komunikasi langsung sepanjang perjalanan sebab aku malas nak bagi tepon aku kat diorang. Huhu bahaya wooo kalau lepas kat diorang, tak aman hidup nanti. Sampai je tol Jawi dah nampak diorang satu keter tengah tido. Ni kes gerak awal jugak la ni dari KL... hehehe...
Bile semua dah sapu taik mta, kami pon gerak la ke destinasi, Pulau Burung. Macam biasa la, bila aku tau nak pergi ziarah sampah sarap, aku tak jangka la pulak keadaan dia seunik di Pulau Burung ni.
Kenape pulak unik? walhal tempat pelupusan sampah je!!! bau pon semerbak *nyesal pakai baju cantek...hahahaha. Unik sebab kawasan pelupusan sampah tu berkongsi kawasan dengan paya bakau wetland! Wah aku dah teruja dah sebab nampak itik-itik hutan berenang-renang kuak lentang kat situ! Sampai bau harum sampah pon dah tak hirau!.
Sepanjang siasatan aku tak fokus sangat sebab leka tengok mcam-macam binatang paya bakau kat situ. Menurut Encik G, orang yang bertanggungjawab jaga kawasan tu, dulu diorang aa lepaskan 20 ekor itik hutan kat dalam paya tu sekarang jumlahnya dah beratus-ratus dan siap dia boleh tau mana satu monyang, cucu, pak sedara , mak sedara itik-itik tu! *kaghum!
Bukan setakat itik je, malahan bangau, biawak, burung-burung pelbagai spesis dan buaya pon ada!
Bak kata En.G: "Sini aaa, macam-macam binatang da ooo, you tau "mongek"? cantik ooo muka putih pon ada oooo!!!!. Macam dekat Joo!!! Kasi pakai SK-II"
Eh orang tua ni membongek kan aku ke??? Rupe-rupenya dia cakap kat tempat tu ada monyet muka putih!!! aku punya la gelak tak hingat dunia dengan member aku kat dalam kereta!.
Menurut kata beliau lagi, ramai jugak orang- orang pencinta burung datang membak gambar kat situ. Maklumla burung-burung serata dunia (
migration birds) pon banyak datang situ!!!! Lepas ni kawasan tu kan
diprivatekan, hmmm susah la kalo orang awam nak masuk, kene main jengah-jengah ikut pintu pago je la...
Lepas habis siasatan, kami pon ke bandar
Seberang Perai. Nak cari tempat bermalam pulak. Susah jugak nak cari bajet hotel sebab semuanya penuh!!! Akhirnya lepas dah puas pusing , jumpa jugak la satu hotel bajet ,
Hotel Perai Jaya namanya. Ok la, sebab nak buat tido je pon, lagipun esok pepagi dah nak balik
KL.
WASSALAM...
|
Ni ada satu family scavenger tinggal kat tapak pelupusan ni...wondering macamanalah diorang boleh hidup macam ni yer.*tetiber rasa bersyukur yang tertinggi. |
|
Agaknya lembu-lembu diorang punya kot? Atau diorang tolong jaga (ada orang upah)? Kalau diorang punya lembu , kaya jugak la scavenger ni. Seko lembu dah dekat 4 ribu! |
|
Pembinaan jambatan ke 2 Pulau Pinang...Taun depan siap la tu..... |
|
Tumbuhan paya bakau menjadi pemisah di antara tapak pelupusan dan laut. |
|
Wetland....yang indah |
|
Nampak tak itik tu, cantik laaaa...ni keturunan yang keberapa pon aku tatau. |
|
Lokasi ikan tembakul / belacak |
|
Sekawan MONGEK. |
|
Mongek yang sedang mencari makanan. |
|
Paya bakau Pulau Burung. |
|
Bebangau! |