KISAH 1
TAJ MAHAL: Gambar dari Chawana ...(pinjam gambar ye :) |
"Love never claims, it ever gives; Love never suffers, never resents, never revenges itself; Where is love there is life; Hatred leads to destruction."
- Mahatma Gandhi, India
Baris-baris ayat di atas cukup menggambarkan betapa luar biasanya tanah India
*cewah!. Katanya dunia kasih sayang, lambang cinta agung dan sebagainya
(yang tak terfikir oleh akal). Sebenarnya aku tak pernah terfikir pun
untuk menjejakkan kaki ke sana, apatah lagi menatap dengan mata kepala
sendiri betapa agungnya binaan Taj Mahal. Segala-galanya bermula dari pesanan sms disususli pula dengam private message di Facebook oleh Kemang (juga seorang blogger yang dengan tag line: "Travel makes me a wiseman").
Untung juga ada Air Asia X (penerbangan tambang murah negara) yang pada ketika itu mengadakan jualan murah untuk tiket pergi dan balik ke New Delhi! Setelah diracun berkali-kali, akhirnya tanggal 17 Oktober 2011, aku bersetuju untuk membeli tiket tersebut dengan harga RM 323.62 (returned)...murah tak? Jeles tak? Hehehe. Itu merupakan harga tiket paling murah untuk penerbangan sejauh itu bagi aku. Alhamdulillah, rezeki nak merasa berjalan jauh. Oh ya, bukan aku saja yang teracun, John dan MasMZ juga terjebak dalam kancah pembelian tiket ini, walaupun masing-masing tak pasti adakah perjalanan itu akan menjadi kenyataan atau tidak, sebab tarikh yang kami pilih itu merupakan tarikh yang super busy!

Harga tiket yang ditawarkan oleh Air Asia X. |
Bila dah kompom tiket di tangan, fuh serta-merta terus terbayang Taj Mahal di depan mata. Masa tu aku hanya tahu Taj Mahal je, sebuah monumen yang indah dan diklasifikasikan sebagai salah satu benda ajaib di dunia! Giler ko, saper yang taknak tengok kan. Sekarang ni sibuk tengah atur plan, buat itinerary, buat research sana-sini, bukak internet, buka buku dan tanya orang sana sini. Luckily dah ada member-member yang pernah sampai ke India antaranya Lily (Globetrotter), Kak Coco (Coco Nutz), Biqque (Beauty In Darkness) dan Chawana (Chawana). Senang betul nak buat rujukan, sebab diorang ni semua banyak membantu. Paling tidak pun, bukak je blog diorang dan baca sampai khatam.
Dah
dapat info secara mulut ke mulut (lain je bunyinya kan), ada jugak yang
sudi meminjamkan bahan-bahan rujukan!!! Terharu sangat tau sebab ramai
yang sapot kami nak ke sana. Itulah cara kami, kalau ada member nak travel, yang lain akan sapot bersungguh-sungguh. Best kan!
Antara rujukan utama aku dan kengkawan ihsan Lily dan Fatt. |
Thanks Lily and Fatt (Backpakerbusuk)
sebab sudi meminjamkan buku-buku rujukan korang! Memang sangat berguna.
Dan yang paling penting, aku dah tau macam-macam ada kat India rupanya! hehehe.
KISAH 2
Flight Ticket (The cancelation)
Beberapa bulan yang lalu, sewaktu adrenalin (cewah bombastic word) tengah terkinja-kinja dan juga cuak nak ke India, tetibe je dengar ura-ura yang mengatakan tiket flight kami yang telah kami beli pada 17 Oktober 2011 tu akan effected dengan tindakan Air Asia X (AAX) untuk 'menjumudkan' penerbangan mereka ke India. Tapi masa tu hanya dengar ura-ura je, tak tentu betul ke tidak.
Tapi tanggal 15 Januari 2012, sewaktu aku tengah seronok-seronok makan durian kat Ulu Yam bersama Kak Coco dan Kakak Santek sekeluarga, aku dapat e-mel dan sms dari AAX yang mengatakan flight kami ke India dibatalkan!!! OMG terkujat jugak aku masa tu.
Ok biar aku terangkan kronologi penjumutan flight AAX ke India:
AA mengumumkan pembatalan penerbangan AAX ke India (New Delhi) bermula 23 Mac 2012. (So OK la, aku ingat flight aku memang tak effected langsung)
Hanya ada 4 penerbangan sebulan ke New Delhi sebelum 23 Mac 2012 (Oo...ok...maybe affected, grrrrrr......)
Sah memang penerbangan kami terlibat dengan pembatalan, tanggal 15 Januari 2012 aku terima emel seperti di bawah:-
E-mel pembatalan penerbangan oleh AAX |
Setelah menerima e-mel tersebut, penumpang-penumpang yang terlibat dikehendaki membalas emel ke AAX untuk urusan pertukaran jadual penerbangan. Aku pun apa lagi, diskusi dengan John dan MasMZ dan terus reply e-mel tersebut. Masa tu memang pasrah je lah dengan apa-apa jawapan dari AAX. Dan dua hari kendian (17 Januari 2012) AAX reply e-mel kami:-
Si Yogi ni reply e-mel aku. |
Settle hal flight....
Train Ticket (How we bought the tickets)
Kami beli tiket keretapi melalui website CLEARTRIP. Tapi dinasihatkan cek betul-betul tarikh perjalan dengan itinerary yang dah dibuat, takut nanti tersasar pulak, ada yang kena tido kat stesen keretapi pulak...err sanggup ke?
Malam tu, bertempat di McDonald, Seksyen 14, Petaling Jaya, kami pon gigih berkompol sebab nak bincang land trip masa di India nanti. Ahli yang hadir adalah aku, MasMZ (Kaki jalan), John (Kaki Berangan) dan Kemang (Mr. Kemang)! Agak sukar jugak nak beli tiket masa tu sebab kebanyakan tiket yang kami nak sudah habis dijual dan ada juga yang tak mencukupi korum. Alhamdulillah akhirnya berjaya jugak kami beli tiket. Syukurrr.

Harga keseluruhan tiket keretapi yang kami dah beli adalah INR 6,570 = RM 419 untuk 3 orang dari New Delhi ---> (Ajmer Shtbdi) Jaipur ---> (Ju Hwh Supfast) Agra --->(Jbp Ndls Sup Ex) New Delhi. Jadi kalau bahagi tiga orang, setiap dari kami hanya membayar RM 140 sahaja.
Puas jugak kami cari train yang dapat mengikut itinerary kami sebab waktu kami beli tu kebanyakan tiket train dah habis dijual. Jadi kami terpaksa mengubah itinerary mengikut keadaan. Pasrah lagi... tapi alhamdulillah dapat jugak beli.
Ok ini merupakan antara kisah-kisah awal bagaimana semuanya bermula. Sepantas kilat dan yang penting mengikut tag line blog Biqque : "Who travel cheap but fun!" yeah...aku nak ubah sikit:-
"Who Travel Cheap, Smart and Fun to the Fullest!"
3 Days to go...
Pssttt: Doa-doakan perjalanan kami nanti dimudahkan dan tiada banyak masalah...amin!
Pssttt2: Harap-harap tak kena Cerry Berry dan penyakit-penyakit lain yang serius.
Pssttt: Doa-doakan perjalanan kami nanti dimudahkan dan tiada banyak masalah...amin!
Pssttt2: Harap-harap tak kena Cerry Berry dan penyakit-penyakit lain yang serius.
Pssttt 3: Naseb baik hal flight tiket tu takda kacau jadual train kami sebab kami dah beli awal-awal.... Alhamdulillah syukur.
Pssttt 5: Doa-doakan keselamatan kami di sana.
To be continued...
WASSALAM.