2009-10-08

@Dilema

Dalam hidup ini, kita selalu kena buat pilihan yang tepat terutamanya dalam mencapai sesuatu keputusan. Kadangkala keputusan yang kita perlu buat itu akan mendatangkan mudarat atau ketidakselesaan kepada orang lain. Tapi kita terpaksa juga melakukannya.

Atau, kadangkala, kita perlu memilih untuk mengorbankan sesuatu, bagi memberi laluan kepada sesuatu yang lain. Semua itu perlu mendapatkan pertimbangan yang sewajarnya sebelum ianya dimuktamadkan. Sejujurnya aku bukanlah seorang yang bijak dalam membuat keputusan. Seringkali juga aku salah dalam membuat pertimbangan dan akhirnya keputusan itu mendatangkan musibah @ mudharat kepada diri aku. Tapi apa boleh buat, semua benda yang sudah berlaku tidak mungkin boleh berulang lagi. Apa yang mampu aku lakukan hanya menjadikannya iktibar agar ianya tidak berulang di masa akan datang.

Kalau difikirkan balik ke atas setiap keputusan yang penah aku lakukan sebelumini, satu yang dapat aku simpulkan, semuanya berdasarkan pengaruh dan kata hati yang kadang kala tidak betul sama sekali. Ya, ada yang memberi nasihat kepadaku,"ikut kata hati kamu"..dan memang aku mengikut kata hati, tapi kata hati yang salah! Jadi sebenarnya, apa cara atau tidakan yang betul untuk membuat sesuatu keputusan itu? Berapa lamakah tempoh masa yang ranum untuk menghasilkan sesuatu keputusan yang bijak? Adakah garispanduan tertentu yang menjamin setiap keputusan yang kita buat itu tepat?

Bagi aku, tidak ada jawapan yang tepat bagi semua persoalan itu. Semuanya berdasarkan pertimbangan dan takdir seseorang. yang penting usaha dalam mencari keputusan itu perlu setimpal, bagi menghasilkan keputusan yang tepat.

Aku sangat mudah dipengaruhi, sangat merendah diri dan sangat susah untuk mempercayai diri sendiri. Pelik kan? Sepanjang tempoh hayat kehidupan aku ini, rasanya aku masih belum cukup keyakinan diri untuk memulakan langkah baru dan menjadi pemimpin yang baik terhadap orang-orang yang sepatutnya aku pimpin. Masih banyak yang perlu aku belajar. tapi adakah matapelajaran untuk menjadikan diri kita matang dan yakin? Mungkin ada tapi segalanya berbalik kepada diri kita sendiri untuk menjayakannya.

Kalaulah ada mesin mencipta keputusan yang bijak dan membina keyakinan diri, aku nak beli satu!

Itulah gunanya otak, untuk berfikir dan untuk menyimpan segala memori yang telah kita bina. bayangkan sekiranya segala memori yang telah wujud di dalam akal fikiran kita lenyap secara tiba-tiba... sedih bukan. Pasti kita akan rasakan hidup ini tidak bermakna lagi, dan pasti orang-orang yang menyayangi kita akan turut merasa sedih.

Jadi, kesimpulannya, dalam membuat keputusan, jangan meluru, berfikirlah selama mana yang kamu mahu, dan jangan biarkan persekitaran mempengaruhi kamu dalam membuat keputusan. Berfikirlah dengan bijak.~

Sekarang ni pon banyak keputusan yang aku kena buat!!! Doakan agar segala pertimbangan yang aku buat itu tepat. Jangan biarkan aku dalam dilema lagi.

Amin~


10 comments:

  1. janggel ; hurmm,sian bace entri ko yg nih.

    asyal?tgh down ke tym tulih post neh?

    anyway,bese ar tuh,manusia klu takde dilemma namenye bkn manusia.

    bek jadi malaikat or syaitan,huhu

    tapi aku pon ade gak the feeling of insecure dlm diri tuh

    mmg lah besh klu ade mesin yg bleh buat keputusan yg bijak tapi oneday bila mesin tuh dah rosak,we have to depend on ourselves gak kan samaada nak anta mesin tu tuk dbaiki or takyah,at that tym mesin tu pon ta bleh tlg kite

    kuatkan semangat menjalani kehidupan sbg manusia diatas muka bumi Allah ini!

    chaiyok!! hihi ;p

    ReplyDelete
  2. zAYEr :

    Thanks sebab sanggup ko baca entry yang macam psycho ni hahahaha.

    Sebanrnya aku tulis entry ni sebab tetibe je teringat banyak benda2 bodoh yang aku pernah buat sbelum ini. Kesannya aku terima sampai sekarang,

    So sekarang ni aku kena lebih berhati-hati dalam membuat apa saja keputusan. Taknak ada orang yg mempengaruhi aku dah. Aku nak bebas.

    Hahahaha sengalz tol aku nih.'

    Yerp Chaiyyyok! Fighting!

    ReplyDelete
  3. yeah, aku stuju ngan ko. life is all about making decisions. hm. kalo ade la mesin buat kputusan kat kedai makcik rogayah blkg rumah ni, sure aku beli dlu bro!

    ReplyDelete
  4. perh..aku pon tetiap hari dilema..bgn2 pg jek nk pilih,berak dlu ke mandi dlu??? huhuhu

    ReplyDelete
  5. Nuke_Rude:

    Hahahaha thanks sebab setuju dengan idea sengalz aku tuh..
    Yup life is all about making decisions. Jom kiter beli sesama mesin itu! wakakaka~

    ReplyDelete
  6. aZizol:

    Cheiit, kalu aku, aku pilih berak dulu. wakakaka
    Tu la, kena buat keputusan yang tepat. ;P

    ReplyDelete
  7. Salam bro Janggel..
    Kadang2 keputusan itu memerlukan pengorbanan dari diri juga...

    Harap diberikan keputusan yg terbaik.Jika ada keputusan untuk memilih 2 perkara, seeloknya tunaikan istikharah dulu.insyaAllah akan ada jawapan dan ketenangan...

    ReplyDelete
  8. Aie:

    Waalaikumussalam...

    Yup setuju dengan bro Aie, istikharah adalah yang sebaik-baiknya, tapi itu juga yg selalu kita abaikan.

    Let's make a good decision starting now onwards.
    InsyaAllah..

    ReplyDelete
  9. Best of luck.Doa byk2 semoga diberi pilihan yg terbaik=)

    ReplyDelete
  10. Aie=

    Thanks for the support!;P same goes to you ok.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS