2009-10-15

Janji

Dah masuk minggu ke tiga bulan Oktober. Syawal pun dah tinggal sipi-sipi je, untuk sesiapa yang nak buat open house tu masih sempat la, boleh buat skali dengan Deepavali punya 'open house!' Barulah 1 Malaysia kan??? (In terms of Majlis rumah terbuka ya, tak nak sentuh soal lain, kang tak pasal-pasal jadi isu plak).

Ok, cukuplah pasal open house. Terus terang aku cakap, semua jemputan open house tahun ni aku tak dapat datang sebab setiap kali member-member buat open house, ada saja hal yang aku tak boleh elakkan. Hmmm apa boleh buat, dah tak ada rezeki. InsyaAllah kalau korang buat lagi tahun depan, dan kalau dipanjangkan umur, aku akan hadir (juga tertakluk kepada keadaan ketika itu nanti).

Ada satu perkara yang memebelenggu aku semenjak dua menjak nih. Mungkin ada sesetengah daripada kita yang pernah mengalami apa yang aku alami. Apa perasaan anda bila perkara-perkara di bawah ini berlaku pada diri anda:-

Situasi 1.

Bila seseorang telah mengatur janji dengan kita, tapi janji tersebut di anggap remeh orang itu,sedangkan kita bersungguh-sungguh mahu memenuhi janji tersebut (meletakkannya sebagai priority dalam agenda harian kita).

Situasi 2.

Bila dah berjanji dengan seseorang, janji tersebut dianggap remeh dan bila kita nak call orang itu, tak dapat-dapat, talifon off, out of service, batery habis dan macam-macam hal lagi yang tak membolehkan kita mengetahui apa yang berlaku.
Sebenarnya kedua-dua situasi itu adalah saling berhubung. Aku tak tau lah apa yang anda semua rasa bila ia terjadi kepada anda. Tapi bagi aku, ia sangat merimaskan!!!

(Part meroyan + mengamuk+ emo!)...

Cuba bayangkan, bila aku berjanji dengan kau nak jumpa malam ni pukul 9.00 malam, di Mid Valey yang letaknya 20++ km dari rumah aku, jalanraya pulak jem, sedangkan kau pulak boleh sesenang hatinya datang ke MidValey hanya dengan berjalan kaki (sebab kau takder transport), tapi aku yang sampai dulu 10 minit sebelum jam 9.00 malam, dan bila aku call kau tak dapat-dapat, talifon off, dan haram kau nak talifon aku bagitau ada masalah kena settle dulu ker, nak aku pegi ambik kau kat rumah ker dll. lagi persoalan yang bermain di fikiran aku.....korang tak rasa bengang ker?????

Kalau yer pon tak dapat datang awal, sila bagitau aku yang ko lambat, atau biar aku call kau supaya aku tau yang kau lambat. Atau sekali pon talifon kau takder kredit atau rosak, please la cari jalan bagitau kat aku kenapa kau tak boleh tepati janji kau tuh. Boleh ker tak??? Tolonglah hormati orang yang sedang menunggu kau itu. Buatnya orang yang menunggu kau tu jenis hati baik, sangguplah menuggu kau sampai berjam-jam sedangkan banyak benda lain dia boleh buat, (sebab tak berbaloi dia dah datang jauh-jauh lepas tu nak balik pulak satu hal lagi), tak ker kau kesian dekat dia? Bagi aku, kalau aku menunggu orang, aku mesti tunggu sampai orang tu datang, paling lama aku boleh tunggu adalah dalam tempoh sejam. Lepas tu bye bye la (aku paling serba salah part nih, kesian kat orang tuh, tapi kenapa orang tu tak kesian kat aku yer?

...(habis dah meroyan@emo@mengamuk)

Tujuan aku menulis kat sini, sekadar nak meluahkan apa yang aku rasa dan untuk mengingatkan diri aku juga supaya tidak melakukan perkara yang sama kepada orang lain sebab ianya sangat menyiksakan. Bak kata pepatah melayu "Penantian itu satu PENYIKSAAN!" Sama-samalah kita memperbaiki diri kita dan cuba untuk melakukan yang terbaik. Hati kita memang nak dijaga, tapi hati orang pun kita kena jaga juga. Pernah tak kita fikir kenapa wujudnya istilah "JANJI MELAYU?"

Renung-renungkan...dan selamat beramal!


p/s= Situasi di atas adalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena pada yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia.

PEACE~


12 comments:

  1. Cakap pasal open house, sabtu ni ada open house dekat ubi kayu. Kalau rajin datang lah.

    ReplyDelete
  2. Dr House =

    Sabtu ni Deepavali = Cuti

    Cuti = Balik kampung

    So sabtu ni aku balik kg..hehehe;0

    ReplyDelete
  3. pernah janji nak gather2 dengan geng gebu cik yanie kan....????


    =[

    ReplyDelete
  4. Cik Gebu Yanie =


    Yup pernah..tapi cik Gebu Yanie yang cancel sebb nak g teman kawan cik gebu yanie makan KFC.. Lepas tu nak gath lagi tapi belum ditentukan bila tarikhnya sehingga kini.

    ReplyDelete
  5. janggel ; open house?asyal tak pegi,lenkali tak dpt pegi,biar sy yg wakilkan,hakhak X)

    janji?janji dan janji?

    apatah lagi bab2 menunggu mmg panas arh klu org yg dtggu2 tak dtg,nak memaki hamun,public,ramai org,nak mengamuk kang kene seret pak guard plak.

    sememangnyaa org mcm tuh[yg selalu tak tepati janji ataupun suka dtg lmbt] mmg seorg yg LOSER!

    eventho aku ade gak dtg lmbt if nak jumpe kwn aku tp mesti arh btau nape lmbt ke ape kan as long org yg menunggu tuh tau penungguannya ituh berbaloi~ bla bla bla XDD

    slmt beramal gak =]

    ReplyDelete
  6. aku pun mengamuk royan dan seangkatan dengannya sampai tak terkata apa2....
    macam mana kalau orang tu dah tahu kita akan datang jugak walaupun dah tahu kita ada benda laen nak kejo.. dah ajak beriya, dan we say fine bila dah drive jauh2 bukan setakat tak sampai lagi tapi dok pi lepak kat tempat lain dan lambat lagi nak sampai.... nape tak cakap awal2??? dah jauh aku drive, bayar tol ngan parking free2 je... dah tu appointment laen terpaksa laksss jadik lewat malam.... tak hangin gilerrr ke??? orang laen pun ada life jugak larrrrr..... di akhir cerita i just say "sori, tak boleh tunggu. aku penat n nak kena pg umah ..... laks. orang lain pun tunggu aku"

    fuh..... giler aku meluah rasa nie.... damm!!!

    ReplyDelete
  7. ZAYER=

    Open house takleh pg sebb ada perkara lain kena settle la. Takder rezeki namanya tuh. K
    Haha ko mmg sama macm aku la. Aku pon akan buat cam yang ko buat tuh! Hahahaha

    ReplyDelete
  8. CIKMAS =

    Tul tuh. selalunya kalau aku dah rasa cam org bodoh tu aku akan meninggalkan tempat itu.

    Hehehe.
    p/s - ko ni buat marathon koment blog aku ker???

    ReplyDelete
  9. Chipsmore =

    Hahhahaha tau pon..!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS