2010-07-05

Merempat di Tanjung Harapan @ Tanjung Gila

Assalamualaikum.

Sejak akhir-akhir ni aku agak blur sikit, tak tahu nak tulis apa untuk update. Walaupon ada beberapa isu yang belum dikeluarkan tapi mood nak menaip tu tak datang. Tapi hari ni aku menggagahkan jugak otot-otot jari jemari aku ni untuk mengetuk keyboard komputer yang sengal nih!

Beberapa minggu lalu aku sekali lagi dipaksa oleh kawan baik aku yang benama Inertz untuk membelasah makanan laut di Tanjung Harapan @ Tanjung Gila di Klang. Aku rasa ramai yang dah tahu tempat ni, sebabnya ia agak glamer. Walaupun jalan nak ker Tanjung Harapan tu berbelit-belit akhirnya aku manage untuk menjumpai tempat itu. Perjalanan dari Bukit Jalil ke Klang mengambil masa hampir satu jam (sebab banyak tempat kami singgah + sorang lagi member aku pon join gak). Sampai di Tanjung Harapan, kami dihidangkan dengan ribuan manusia yang sedang beratur untuk memilih ikan dan makanan laut yang lain. Waktu tu dah pukul 9.00 malam! Ayoooo terus patah semangat. Tu la....nak sangat pergi Tanjung Harapan!!! Hambek kau!

Tapi berbekalkan kata-kata semangat dan aturan strategi yang bagus akhirnya kami pon membahagi-bahagikan diri mengikut kumpulan. Wah! sekali kumpulan daa... member aku si Jun tu pergi mengecop tempat@meja, manakala aku dan Inertz pergi memilih lauk pauk untuk dimasak. Kan sistematik begitu?

Setelah beratur selama setengah jam! Maka kami pun selesai mengoder makanan. Tu baru part order, belum part menunggu makanan untuk dihidangkan yer. Sekembalinya di meja makan, kami di sambut dengan kerepek dan bahulu yang dijual oleh seorang makcik. Naseb baik makcik tu jual bahulu dengan kerepek ajer, kalau dia jual nasik lemak, nasik kerabu, nasik goreng ikan masin ker...kompom aku nak beli jugak!!!!

Tunggu punya tunggu, dah setengah jam tak sampai-sampai lagi ikan siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, udang goreng tepung, telur dadar, tomyam campur yang kami order. huh...takper sebab orang sangat ramai ketika itu. Tetiber berlaku satu insiden, seorang makcik yang duduk di sebelah meja aku tu mengamuk. Haiyooooo dah macam tele-drama Ibu Mertuaku dah! Aku dengan member-member yang lain dok gelak dan mengumpat jer la hahaha. Malas nak layan, kang kalau layan dengan aku-aku skali jadi Siput Sarawak kang!

Akhirnya penantian kami berkahir apabila telur dadar dan nasik kosong datang dulu. Tu baru telur dadar..yang lain??? 20 minit kemudian baru sampai!! Huh jam pulak dah dekat pukul 11.30 malam yer kawan-kawan. Sabar jer lah..demi mencari sesuap nasik la katakan. Bila semua makanan dah sampai, kami pon belasah dengan lahap dan pantas.

Apakah pengajaran yang aku dapat dalam kesah ini?

  • Kalau nak mai Tanjung Harapan @ Tanjung Gila, jangan mai waktu hujung minggu atau cuti umum. Kalau tak korang pulak yang akan jadi GILE!
  • Masakan kat situ sebenarnya biasa-biasa saje, cuma semangat ingin tahu tu yang membuatkan aku nak datang ke situ. Lain kali no no no...aku dah dapat pot BARU!!! Yeay!
  • Kalau order makanan kat situ, belum tentu semua yang kau order tu akan sampai. Mesti ada yang "dibuat-buat-lupakan". Jadi untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini ebrlaku, sila buat double check menu yang anda order dan check sekali dengan bil yang akan diberikan kelak. Maklumlah, kang ada makanan yang tak sampai tapi ditulis jugak dalam bil. Kan dah kena extra charge!

OK lah, aku nak karang entry lain pulak nih! Chiaw!!!! (Wah tetibe banyak pulak idea datang).

Oiitt:- Akibat terlalu lapar, aku terlupa menembak gambar-gambar ikan yang dah ditransformkan menjadi makan...huhuh.

PEACE!




Inertz sedang mengauk sotong yang tinggal saki baki jer.


Inilah hasil tangkapan kami.


Cik Siakap yang sedia untuk dinodai...(dimasak lah yer)




Fuh beratur bukan main panjang!



4 comments:

  1. hak..hak..itulah nasib org belah sana..kat ktn berlambak gerai mkn seafood..pilih je mn yg suke..hikhik...

    ReplyDelete
  2. Zaini -

    Ituler nasibnya..nak mengharapkan Laut Selat Melaka yang tak berapa nak elok tu hahahaha.

    ReplyDelete
  3. port baru kat tu kat Jepun ke??? Ahaksssss... Adeh! Kenyang bangat!!

    ReplyDelete
  4. masmz-

    ha ah kat yokohama! erkk betol ker nama tu???

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS