Posts

Showing posts from October, 2010

Pakcik ke J.O.M. Batu Caves - Siri ke-7

Image
Assalamualaikum... Minggu ni keadaan di pejabat memang super busy. Maklum sajalah, bila dah hujung-hujung tahun ni, banyak la benda nak kena settle . Tambahan pulak bos aku nak pergi haji lagi dua minggu, jadi memang banyak perkara yang perlu diselesaikan. Bila dah tiba hari Jumaat, fuh memang aku rasa sangat lega. Maklum sajalah, dah sampai hujung minggu, tiba masanya pulak aku nak buat aktiviti aku sendiri, lari dari masalah pejabat. Aku dan Geng Ungu yang lain dah plan nak ikut serta program JOM di Batu Caves, Selangor. Apa pulak program JOM tu? Sebenarnya JOM ni merupakan satu program outing yang dianjurkan oleh seorang sifoo yang berpengalaman dalam bidang fotografi. Namanya Noorizam Sabran @ Ijam. Boleh gugel yer cari blognya.  Sebelum ni aku dan Geng Ungu yang lain ada juga join JOM di Putrajaya . Fokus utama adalah untuk mendedahkan teknik asas fotografi kepada penembak-penembak 'muda' seperti kami. Memang berbaloi la, dengan hanya RM 25, kami diberikan...

Selamat Menunaikan Ibadah Haji - Ibu.

Image
Assalamualaikum... Sekarang ni dah masuk Musim Haji. Dah ramai pon para Jemaah Haji Malaysia yang berlepas ke Tanah Suci . Semoga semuanya selamat dan dapat menunaikan ibadah haji dengan tenang. Amin~!     Hari ni juga, ibu angkatku berlepas ke sana... Sayangnya aku tak sempat nak jumpa....semua gara-gara kerja. Aku PASRAH, SEDIH...tapi semua itu aku pendam dalam-dalam, biar semua orang sangka aku gembira. Semoga ibu dikurniakan kesihatan yang sempurna dan dapat menunaikan haji dengan tenang. Jangan lupa doakan yang baik-baik untukku juga. Bila dikenang-kenang... Dah lama ibu berhajat ke Tanah Suci ...Ibu orang susah dan sentiasa berdoa agar satu hari nanti rezekinya akan datang untuk mengunjungi Kaabah . Alhamdulillah doanya dimakbulkan. Aku tumpang gembira. Ibu memang banyak berjasa kepada aku. Mengasuh aku sejak dari umur 3 bulan. Aku takkan lupa jasa ibu. Kepada semua Jemaah Haji Malaysia. Semoga mendapat Haji yang Mabrur! Pssttt: Bos aku pon nak berangkat ke Mek...

Untuk Sesiapa Yang Rasa Dirinya Cantek

Image
Assalamualaikum... Masa untuk jiwa-jiwa. I wish I could, but I can't.... Masa itu tak pernah senang dengan aku.... TIME....PLEASE COME AND FIND ME :P   This is what I look like today, and I'm trying not to pull out my hair I'm trying not to show it cause I'm far too shy to grow it back there that's probably why I like wearing HATs there's no denying I'm deferring the facts avoiding confrontation lacks tact in a situation behind every line is a lesson yet to learn but if you ask me the feeling that I'm feeling is overwhelming and oh it goes to show I've so much to know I wrote this for my PRETTIES friend WHO WHILE TRYING NOT TO PROVE THAT I CARE trying not to make all my moves in one motion and scare her away well she can't see she's making me crazy now I don't believe she knows she's amazing how she has me holding my breathe so i'd never guess that I'm a none such unsuitable, suitable for her but...

Selamat Ulang Tahun Ke-81

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Happy Birthday EMBAH!!!! SELAMAT ULANG TAHUN KE 81 buat nenda ku yang tercinta! Semoga sentiasa sihat dan gembira. Semalam, bertempat di rumah nenda ku di Kampung Sungai Limau, Selangor, aku dan saudara mara aku telah mengadakan satu "seprais partay" untuk Embah. Walaupun majlis ala kadar, tapi bila semua anak beranak Embah dah bawak makanan, tetiba pulak meja jadi penuh! Hahaha I like ! Ada satay, nasi goreng, nugget ayam, kuih muih, kek berketol-ketol, buah-buahan dan banyak lagi! Memang meriah dan best! Sebenarnya majlis hari jadi buat Embah dirancang last minit. Aku pon baru tahu sehari sebelum hari kejadian. agak kelam kabut juga aku memecut dari rumah ke kampung. Walaupon perancangan awal nak buat seprais parti la konon, tapi sebenarnya Embah dah tahu dah. Macamana dia boleh tahu???? Hahahah begini kisahnya.. Sehari sebelum kejadian, susana di rumah Embah agak kecoh, bising dan tetiba ramai pulak yang datang bersembang...

Pakcik Ke Melaka: AGAIN - Praktik Ilmu.

Image
Bismillahirrahmanirrahim..... Rasanya dalam banyak-banyak negeri kat Malaysia ni, Negeri Melaka la yang paling kerap aku pergi selepas negeri Perak (kampung halamanku yang terinta). Tidak termasuk Negeri Selangor/KL/Putrajaya (sebab tempat aku bermastautin). Entah kenapa pun aku kurang pasti, mungkin sebab Negeri melaka banyak meninggalkan kenangan dalam diri aku. Di sana juga aku kenal erti sahabat, keluarga dan sejarah. Tapi rata-rata kunjungan aku ke Negeri Hang Tuah tu adalah atas urusan kerja. Maklumlah, Melaka pon dah jadi Negeri Maju 2010 (TAHNIAH!), so makin banyaklah projek yang masuk. Baru-baru ini aku ke Melaka lagi, tapi bukan atas urusan kerja, tapi urusan berjimba-jimba. Sebetulnya untuk mengisi masa yang sentiasa kosong. Bertemankan HD , kami bertolak dari Putrajaya pada jam 10.00 pagi. Tak la awal sangat, tapi cukup awal bagi hari Sabtu yang damai. Samapi di Melaka hampir jam 12.00 tegahari. Kami bersetuju untuk mengisi perut dulu...almaklum sajalah, sarapa...

Ilmu Penyuluh Hidup: Mari Melukis

Image
Assalamualaikum.... Lagi kisah basi. Minggu lepas aku telah mempelajari sesuatu yang baru. Sesuatu yang sangat mengujakan bagi penggemar-penggemar seni cahaya seperti aku (wahahah statement tak boleh blah!). Apa yang aku belajar sebenarnya? Bagi penembak-penembak tegar, mungkin ini hanyalah sekelumit ilmu yang ibarat mengopek kulit kacang saja bagi mereka. Tapi bagi aku, ianya amat bagus. dah lama aku tau pasal benda ni, cuma tak tahu macamana nak buat dan effort nak belajar tu kurang. Jadi bila dah ada kesempatan belajar, aku pon grab la peluang ini dengan jayanya. Segala-galanya bergantung kepada senjata aku, walaupun ia baru pulih dari kecederaan tapi aku nekad juga nak paksa dia bekerja malam tu. Alhamdulillah menjadi juga hasilnya. Bertempat di dataran tempat parking kereta sebelah Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi) Putrajaya, akhirnya aku, Hang Dhamin (HD) dan MRemy telah sama-sama menghadiri satu kelas Light Painting anjuran secara percuma seorang penembak tegar bern...