Posts

Showing posts from 2011

Kisah HARUN 2011 (Tutup Akaun)

Image
Assalamualaikum!!! "Nama aku HARUN..(kat kampung....bukan Harun Salim Bachik tapi HARUN MARTOPO) di KL ni nak kasik glamer semua orang panggil aku AaRON ... (sebut betol-betol macam sebut nama Aaron Aziz tu tau!!!) Arghhh sudaaahhhhhh...moh baca cerita aku sepanjang tahun 2011." Dan kisahnya bermula.... Sudah tiba penghujung 2011. Sekejap giler!!!!! Rasanya macam baru je jejakkan kaki ke Bali awal Januari lalu, tup tup dah macam-macam benda berlaku. Seperti biasa, entry wajib bila dah akhir tahun, nak summarized segala benda yang berlaku sepanjang tahun 2011 (Aku tak gigih nak buat entry per bulan! Ahakssss) TRIP BESAR (Sebab apa aku kata trip besar? Sebab banyak pakai duit hahahahah) Ok, tahun 2011 ni aku mula menampakkan taring aku sebagai seorang yang kaki BERjalan (saja malas nak tulis kaki jalan) sebab awal tahun je dah jejakkan kai ke obersi! Plan bukan main lama dari tahun 2010 lagi, akhirnya dapat jugak jejak kaki ke Bali . Secara tak langsung ...

Sesi Roti Tisu

Image
Assalamualaikum!!! Gigih kan sehari sampai dua entry aku buat? Maklumla keterujaan tengah memuncak hahahaa. Nak dijadikan cerita, semalam aku dapat SMS daripada empunya blog Globetrotter dan Beauty In Darkness , agak lewat dalam jam 5.30 petang. Diorang kata ada perjumpaan kecil-kecilan kat tempat biasa. Aku pulak masa tu tengah gigih bawak family aku pusing-pusing satu Putrajaya , nak tengok Masjid Besi katanya....ikut je la tamau derhaka. Hehehe. Aku pun balas sms bersetuju nak join perjumpaan kecil-kecilan tu, malahan diberi tugas untuk invite empunya blog Coco Nutz , Kaki Berangan dan Kaki Jalan (berapa banyak kaki laaaaaa). Bila sms kak Coco , dia kata tengah sibuk jadi baby sitter kat Alor Gajah sambil verangan bersantai di tepi swimming pool .... Kaki Berangan pulak senyap seribu bahasa, tanpa balasan (aku yakin gile dia tengah tidor) dan Kaki Jalan , aku tau dia kat Ipoh. L agipon ni ast minute call, so tak dapat nak panggil semua... sorry ye yang lelain. ...

Durian Oh Durian

Image
Assalamualaikum!!! Memang dah kabo awal-awal dah, bulan doblas ni banyak beno orang mengawan! So aku pon terima tempiasnya haish! Takpe-takpe asalkan korang bahagia sudah. Dan dikala ini *tetibe tuka mood * Aku nak mengucapkan SELAMAT BERTUNANG kepada kawan terbaik aku Acid !!! Semoga selamat menempuh alam pertunangan yer! Orang kata masa bertunang nilah banyak dugaannya, so pandai-pandailah korang jaga diri.  Aku tak sempat ke majlis pertunangan Acid , sebab ada kerja lain perlu diselesaikan (Majlis kawin rakan sekerja) tapi lepas selesai majlis tu, aku terus pecut ke Ayer Hitam (rumah Acid ). Memang best la tengok hantaran-hantaran si Acid yang berdulang-dulang tu. Sempat jugak la aku rasa kek, buah-buahan, kuih muih nya. Lepas habis bersembang kami (aku, Acid dan Fdean ) bergerak pulak ke rumah Fdean di Chenderong Balai . Dengar kata, banyak sangat durian yang terbiar busuk di atas tanah dusun dia. Giler!!! Dah la aku cari durian murah kat KL tak jumpe-jumpe, ...

A Thousand Years - Mood Melankolik

Image
Assalamualaikum... [Sekali lagi kengkonon nak buat entry WW, tapi tetap ada mgomel-ngomel jugak] Hari ni mood melankolik...nak nyanyi nyanyi je walaupun hati gundah gulana dek kerna orang odit ISO buat onar di opis.....(bak kata sorang teman...orang odit selalu dibenci) hahaha jangan makan hati ye John. A Thousand Years Pstt: Alhamdulillah External Hard Disc berjaya ditemui semula. Syukur sebab segala kenangan lapan tahun lepas ada dalam tu!!!! Memang nanges kalo hilang. Paling banyak gambo-gambo masa travel..... Hari ni puasa bayar nazar sebab dah jumpa. Syukur. Pstt2:- Tahniah pada kazen aku yang sebaya...ko dah kawin dulu...Semoga bahagia ke akhir hayat. Pstt3:- Really need a vacation..... Pstt4:-   Teringat Pangkor dan Langkawi satu ketika dulu...tenang...susah senang bersama. (sambil picit-picit butang telepon) WASSALAM.   From Ipoh with Love

Food Hunter: Puncak Mutiara Cafe, Kampung Pelet

Image
Assalamualaikum!!! Selepas puas melawat sampah sarap dan 'mongek' di Pulau Burung , kami bergerak ke bandar Seberang Perai untuk mencari hotel bajet (maklumlah hujung-hujung bulan ni tak mampoo la nak berhotel mahal-mahal, lagipon sekadar nak buat tido je, pastu esok pepagi dah nak blah).  Akhirnya jumpa jugak hotel, hairan jugak sebab banyak hotel yang kami pergi semuanya penuh!!! Cuti sekolah kot. Sebelah malam pulak, kami telah dikidnap oleh teman-teman di Pulau Pinang, katanya nak bawa kami ke sebuah tempat makan yang best ! Wow kalau dah namanya best semestinyalah aku nak terjah. Lokasi tempat makan malam tu adalah di Puncak Mutiara Cafe. Memang aku tak pernah dengar, tapi menurut kata kengkawan aku tu, tempat ni femes ! Ok, noted ..balik nanti kena google . Sah memang femes sebab ada website yang canggih di SINI . Untuk ke Puncak Mutiara Cafe dari bandar SB, kalau nak cepat ikut BKE Higway menuju ke Baling dan keluar di susur  Kubang Semang....

Kapal Terbang

Image
Assalamualaikum!!!! Seakan mengalami satu fasa yang berbeza..... takpelah ... PLANE Lama dah melupakan lagu ini...tiba masa untuk mengingatinya semula. Pssttt:- Berfikir sebelum bertindak itu WAJAR. WASSALAM.

Projek Teater: 1 Plastik Hitam

Image
Assalamualaikum!!! Lama betul tak terjebak dengan Projek Teater. Kali terakhir adalah bulan September dulu kot, menyaksikan The Secret Life of Nora di Istana Budaya. Lepas tu haremmmmm dah tak jejak kaki ke IB dan yang seangkatan dengannya. Aku dah slow sikit bab-bab ni, berhibernasi je sekarang. Tapi baru-baru ni, aku sempat pulak menyaksikan pementasan teater bertajuk " 1 Plastik Hitam" . Lokasi pementasan tidaklah segah di IB, malah beratus kali ganda lebih sempit daripada IB. Tontonan juga di celah-celah kepala manusia dan tempatnya juga tak berapa selesa...walaupun harga tiket masuk adalah RM 20 (kiranya kalau kat MATIC pon boleh lepas). Pementasan teater 1 Plastik Hitam berlangsung di Stor Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) . Waktu pementasan pula adalah pada jam 8.30 malam.Tak silap aku semalam (Ahad) merupakan hari terakhir pementasan. Para pelakon? Rata-ratanya memang aku tak kenal langsung cuma ada la sorang, Karl Syafek yang pernah mengacarakan rancang...