Posts

Showing posts from January, 2011

Pakcik Ke Sabah Part II

Image
Assalamualaikum!!! Bersambung lagi kisah aku ke Sabah buat pertama kalinya dalam hidup. Heheh ( officially la). Yang tak official nya pernah transit kat KK Airport selama sejam dok dalam airport tanpa dapat melihat ke luar masa balik dari Korea Selatan , 2 tahun lepas. Ok, hari kedua di KK aku memulakan hari dengan cukup awal. Jam 4.30 pagi dah bangun dan bersiap-siap untuk kejar flight ke Lahad Datu yang akan berlepas jam 7.00 pagi. Agak mengantuk juga la sebab aku tidur lambat semalam update blog hahaha. Tapi gigih jugak la bangun pepagi buta tu demi mencari sesuap nasi. Sampai di airport, bos belanja makan Mc Donalds ! Yeayyyy terisi jugak perut yang kelaparan sebab semalam makan megi je angkara kepenatan berjalan-jalan dan malas keluar di waktu malam. Rasakan! Kami berlepas ke Lahad Datu pada jam 7.00 pagi dengan menaiki kapal terbang Mas Wings! Wow ni jugak satu rekod baru dalam sejarah penerbangan aku. Tak pernah aku naik kapal terbang kecik cam dalam citer Awa...

Bila Dah Lapar

Image
Assalamualaikum... Gembira pada minggu ini sebab dapat jumpa dengan ayah ibu di kampung. Kalau dihitung-hitung sudah agak lama jugak aku tak balik kampung. Sebetulnya ayah dan ibu yang banyak melancung ke Ibu Kota jadi peluang nak balik kampung pon agak terbatas. Kira okay lah tu kan, tapi ofcoz environmental nya berbeda. Setiap kali balik kampung, perkara pertama yang aku rindu sangat nak rasa adalah masakan ibu. Haish faham-faham sajalah, walaupon aku ni boleh dikatakan pandai la jugak memasak ( ehem-ehem ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan...!!! ), tapi bila dah duduk bujang ni rasa malas tu mengatasi segala-galanya. Last-last mee segera jugak yang jadi pilihan. Semestinya masakan ibu jugak yang didambakan. Mak aku memang seorang Ratu dalam dunia masakan!!! Hmmm sebenarnya...... aku nak bagitau yang aku sekarang tengah tersangat LAPAR! Nak makan, malas pulak nak keluar atau masak mee segera. Haishhhh apalah nak jadi kan! Takpelah tunggu esok saja breakfast di pej...

Pakcik Ke Sabah Part I

Image
Assalamualaikum!!! [Mode terujua: Sebab PM hantar personal E-mail wishing me Happy Chinese New Year! 1 Malaysia la katakan...;p boleh percaya ker???] Percaya atau tidak, sejauh mana aku pernah pergi, di dalam atau di luar Negara tapi aku masih belum pernah menjejakkan kaki ke Negeri Di Bawah Bayu . Yup I'm the Sabah's Virgin! Wakakaka..lawak pulak ayat tu. OK Ok Ok itu dulu, sehingga beberapa hari yang lalu ye! Sebetulnya aku baru saja pulang dari Sabah!!! Yippieeeee not a Virgin anymore!~ (Wahahaha ayat kontroversi)  Hari Rabu yang lalu aku telah terbang lagi untuk ke Negeri Di Bawah Bayu demi menjalankan tugas terhadap negara. Biasalah, kalau tak kerana tugas entah bila agaknya aku akan menjejakkan kaki ke sana. Walaupun hanya untuk beberapa hari saja, tapi ia cukup memuaskan...mungkin aku kena ke sana lagi suatu hari nanti??? Who knows ! Hehehe. Banyak perkara-perkara baru yang aku belajar di Sabah. Dari segi budaya, tempat dan pecakapan memang segala-g...

Salahkah Jika Dia Menangis?

Image
Assalamualaikum... Pernah ada seorang sahabat memberitahu aku tentang betapa cemburunya dia terhadap aku. Hmmm aku bertanya kembali kepada sahabat itu kenapa dia cemburu pada aku? Apa yang aku tahu, tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan dengan hidup aku sekarang ni yang lebih kepada kesuraman, keletihan, kekosongan dan pelbagai jenis KE- yang negatif lagi. Huh, lalu dia menjelaskan kepada aku tentang kejayaan aku, pencapaian aku dalam hidup terutaanya dari segi kerjaya dan kehidupan peribadi. Terus aku menyangkal pendapatnya itu. Nonsense! Aku tak pernah rasa yang hidup aku boleh dibanggakan melainkan hanya menyusahkan orang-orang di sekeliling aku saja. Ops bukan aku tidak bersyukur atas apa yang Allah kurniakan kepada aku, aku amat bersyukur! Kerana aku tidak perlu mengemis, aku cukup makan dan pakai, aku tidak perlu meminta-minta belas ihsan dari orang lain. Aku cukup marah dengan sahabat itu yang cemburu akan hidup aku ini. Bagi aku hidup aku cukup ringkas, tidak pernah...

Orang-Orang Yang Kita Percaya

Image
Assalamualaikum... Tak kenal maka tak cinta, bila tak cinta maka semua yang dilihat di depan mata hanyalah yang buruk-buruk sahaja. Betolkah begitu? Perlukah kita mengenali seseorang itu secara terperinci sebelum kita betol-betol mahu meletakkan kepercayaan pada diri orang itu? Bagi aku, ianya adalah satu kemestian! Masakan kita sanggup menyimpan wang emas jutaan nilai didalam mulut penyamun? Adakah kita sanggup meletakkan anak-anak kita di tangan singa? Sebab itulah aku katakan yang kepercayaan itu sangat penting! Orang yang kita percaya itu mestilah orang yang faham dengan kehendak dan naluri kita. Pendek kata sama-sama serasi. Bagi aku, selain dari keluarga sendiri, ada beberapa manusia di muka bumi ini yang aku betol-betol percaya. Merekalah telinga, merekalah mata dan merekalah mulut kedua aku. Sebetolnya aku memang susah nak mempercayai sesiapa pon, tidak kiralah orang itu baik atau terlalu baik atau sebaliknya sebab harga diri manusia itu berubah-rubah dari pandangan mata...

Trip To Bali - Tips And Tricks Part III

Image
Assalamualaikum.... [Mode: Feeling-feeling Pinoy] - Sambungan dari SINI Harini punya entry agak istimewa punya...kenapakh??? Sebab aku bersiaran dari Negeri Di Bawah Bayu , ya Sabah bah. Aku sekarang di Kota Kinabalu di atas urusan kerja. Malam ni agak free sikit lepas penat ronda-ronda Bandaraya KK , hehehe. Esok nak ke Lahad Datu pulak, so kena habiskan kisah Bali ni cepat -cepat sebab lepas ni mesti nak story pasal Sabah pulak hehe. Pengalaman 10: Jalan-jalan dan Jelajah Hari kedua di Bali , memang terasa overexcited! Pagi-pagi lagi dah bangun dan bersiap-siap untuk memulakan eksplorasi. Selapas bersarapan di hotel, Mas Yanto pula mengambilalig tugas sebagai jurupandu kami. Banyak lokasi yang akan kami tuju hari ini. Lokasi pertama adalah Pantai Alit . Sebenarnya lokasi utama yang akan dituju adalah Kintamani. Kintamani merupakan sebuah kawasan pergunungan yang terletak agak jauh dari Bandar Kuta . Kintamani menjajikan pemandangan Gunung Berapi yang sangat inda...