Skip to main content

Kisah Lai Ci Kang

Semalam, sorang member aku yang baru saja menyambut hari lahirnya yang ke 29 bernama Inertz telah dengan murah hatinya membelanjer aku makan Satey Kajang!!! Ish lama betol aku tak ke Kajang sebenarnya, apatah lagi nak makan Satey Kajang tanpa orang membelanja aku...so semalam adalah harinya.

Setelah membuat pengesahan kehadiran, aku pon menunggulah Incik Inertz yang murah hati itu di rumah. Katanyer nak datang ke rumah aku senang, bukak jer wikimapia dan dia dah siap point rumah aku dalam tuh! Wakakaka. Tunggu punya tunggu lambat jugak tak sampai-sampai Incik Inertz yang murah hati itu ke rumah ku. Ruper-rupernya, keliru...[cakap je lah sesat!].

Nak dipendekkan cerita, sampai juga la Incik Inertz yang murah hati itu ke rumah aku. Kami pon bertolak ke Kajang dalam pukul 8.00 malam. Tujuan asal memang ler nak pergi makan Satey Kajang sebab aku memang dah melobi habis supaya dia belanja aku sejak bertahun-tahun yang dulu. Sementelaah dah ke Kajang, termelencong la sekejap ke Tesco, katanya nak beli antena TV. Maka bershopping la sebentar kami di Tesco yang memang aku tak pernah jejak sebelum ini.

Selesai urusan shopping di Tesco, aku dan Incik Inertz yang murah hati itu pon meneruskan tujuan asal kami untuk makan Satey Kajang! Tiba di Kedai Satey Kajang Haji Samuri [kedai itu je yang aku tau dan biasa pergi], maka ada lah sorang akak, berketurunan Indonesia mahu mengambil order kami.

Akak Indon: Mau order incik?

Janggel: Saya nak order Teh O' Ais

Akak tu pon menulis dengan telitinya. Mukanya tiada tanda berperasaan langsung..OK...

Incik Inertz: Laicikang ada tak?

Akak Indon: Apa dia? [Kurang pasti..mungkin dia tak berapa dengar kot]

Incik Inertz: Laicikang ada tak? [Incik Inertz cakap kuat sedikit agak-agak bagi akak Indon tu dengar]

Akak Indon: "Laici nya ada, tapi KANG nya enggak ada.."[muka tetap takda perasaan]

Aku dan Incik Inertz yang murah hati itu pon terus ketawa dengan hatrick nya! Tak sangka pulak aku tetiba akak Indon tu cakap macam tu. Dah la muka macam tak bersalah, ikhlas je memek muka dia. Aku tak tau la dia paham ke tak apa itu Laicikang. Korang rasa korang paham tak 'Laicikang' tu apa?

Bila aku selidik punya selidik, dalam bahasa Jawa, Kang bermaksud "abang", so adakah akak Indon tu ingat aku Incik Inertz yang murah hati itu mintak air Laici Abang??? Korang rasa???


Tamat pusingan pertama

Second round yang dah sengal....

Comments

  1. oo..mkn x hajak.. :P
    laici abg???
    mwahaahhaaha..
    xdpt mnum pn xper laa..

    ReplyDelete
  2. @miSz.haNie

    Wakakakaka takleh ajak..nanti bilangan cucukan satey yang aku boleh makan jadi sikit.

    Laici Abang...hahahahhaha

    ReplyDelete
  3. Hehe patut la.. Kang tu abang ye..
    Ampeh tul. Dah tua aku nie.

    ReplyDelete
  4. hahaha..

    kalau ada time tu meti dah gelak guling2 kat jalan..

    happy besay bt sahabat bro janggel..

    ReplyDelete
  5. @inertz
    Memang muka blur kan makcik no 63 tuh..Ha kalau sesaper g makan satay kajang kat situ, cari la makcik yang pakai lencanai no 63...Itu lah dia..

    ReplyDelete
  6. @AiE bAhRi

    Bukan stakat guling-guling ..agaknya siap meroyan kot hehehe. Sapa yang ada time tu pasti faham ... wakakaaa

    TQ .

    ReplyDelete
  7. wakakakakaka... laici abang kah??? x sehsuaii occay!! nak putus urat kentut aku gelak weeeiii!! wakakakakaka..

    ReplyDelete
  8. @Ecah

    weh ecah..ko jangan double meaning sudah...

    nak putus urat kentuk tu aku tak kesah..jangan ko ketawa sambil terkentut2 sudehhhh wakakakakaka!

    ReplyDelete
  9. aku tetap tergelak dgn kuatnya lagi depan kompiter nih...hahahahaha..teringat aku citer: kopi kerajaan

    aku hendak bertnya kepada kakak di Intan selatan yg sedang basuh cawan di sinki..

    me:kak, kopi nih best la..kopi kluang ker?(yela kluang kan famos ngan kopi kat stesen keretapi tuh)

    akak Intan: taklah..kopi kerajaan.

    sambil dia meneruskan basuh cawan di sinki tnpa memaling pada aku..aku pun aper lagi muka dah merah and terfikir?what?kopi kerajaan?mmg la kopi tu duit kerajaan..tapi...bukan dari kluang ker? so, aku pun pergi dgn kepelikan&malu pun ada!nasib aku sorang..heeheheh

    ReplyDelete
  10. @beautifulLIFE

    wakakaka versi berbeza...
    patotla aku dengar ko gelak tadi

    ReplyDelete
  11. Tula masalahnye pelayan Sate semua muka Indon. Lain aku minta lain yang dia faham.

    ReplyDelete
  12. @inertz

    Apa leh buat... memang trend skg!

    ReplyDelete
  13. @e n c h e k || CAMERA™

    Huhuhu memang lawak..

    tapi aku dah takde nafsu nak gelak bile teringat satu kisah lucu yang lain...

    ReplyDelete
  14. kang Janggel
    waduh waduh
    sedap bangat amat makannya itu satay
    org indon memangnya begitu yer kan

    ReplyDelete
  15. @KhairiL's

    Waduh Khairil memang sedap bangat itu makannya.
    Capek mau habisi nya.

    Orang indon yang baru sampei Malaysia gayaknya, masih enggak ngerti tuturan sini.

    wakakaka

    ReplyDelete
  16. HAHA
    xder nafsu nk gelak sbb tringt crita lain?/
    crita pe plak??

    ReplyDelete
  17. nice! belajar perkataan indon baru hari ni..

    do u love scuba diving like i do? lets hook up!

    ReplyDelete
  18. waaahh, sate!!!

    nyum2....

    agak2 apa rasanya laici abg tu ya...

    ReplyDelete
  19. @e n c h e k || CAMERA™

    Hmmm alamak dah terlupa lak citer lain tuh...adoiiiiiiiii

    alzheimer kot

    ReplyDelete
  20. @InaLegolas

    Hi...gud..boleh bukak kelas nih...

    Minat sangat ngan scuba but i dont have license..
    Cadangan yang baik...nanti bebila leh arr

    ReplyDelete
  21. @pink_butterfly

    Yum yum memang sedap!!!

    Laici Abng????? tak pernah rasa la huuuhhuu

    ada ker~~~~?

    ReplyDelete
  22. anytime mr janggel!

    btw, are u on facebook..have u added me as ur friend??

    ReplyDelete
  23. @InaLegolas

    oooo ok.

    Facebook..not yet added. Anyway my facebook ID is Shahrin Mudzarap. u can search on it.

    ReplyDelete
  24. Tak dapat bayangkan kalau awek2 yang minta laicikang kat akak tu. Sure terkebil2 nak cari laici abang. Haha...

    ReplyDelete
  25. @inertz

    ish berbaur lucah!!!!


    tapi ok gak kan wakaka!

    ReplyDelete
  26. Best nyer ada kawan belanje makan.. padahal itu hari jadi dia.. patut org lain yg belanje :D hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TT

      HAHHAA rezeki tu namanya. Jap cane leh sampai sini ni?

      Delete

Post a Comment

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS

Padang Besar, Perlis : Syurga Membeli-Belah di Utara Tanahair ?

Assalammualaikum!!!
Selamat Hari Raya Aidil Adha! Atau orang-orang kampung aku cakap Hari Raya Haji! Macam biasa, bila tiba hari raya maka acara wajib adalah menziarah sanak saudara dan MAKAN! Ya, acara makan memang tak dapat dielakkan, tak kire la start je subuh sampai ke subuh tak berhenti-henti mengunyah! Ya Allah, tak dapat nak dibendung! Tambahan pulak bile dah ada lemang, ketupat dan rendang depan mata. Rosak diet (kata orang tu).
Ok berbalik kepada cerita utama, di hari raya kedua aku dan keluarga telah berangkat ke utara tanahair... ke mana? Kedah? Perlis? Yup, pergi merisik katanya. Bukan merisik untuk aku la, merisik untuk sepupu aku. Jauh sampai ke Perlis jodohnya... insyaAllah semoga jodohnya kekal abadi. Jodoh aku? Mungkin di Europe nanti akan ketemu? Wahhh berangan. OK cukup melalut.


Sebanarnya aku nak cerita pasal Padang Besar! Siapa pernah pergi Padang Besar? Dah berzaman aku dengar pasal Padang Besar ni, sejak kecik kot. Dan aku pon tak ingat samada aku pernah jejakkan…

Sehari Di Bohey Dulang Dan Sibuan Island, Semporna

Assalammualaikum!!!
Seperti yang dijanjikan, aku nak cerita sedikit tentang trip aku ke dua buah pulau yang terletak di dalam Daerah Semporna, Sabah. Sebelum tu moleklah kiranya aku cerita dulu macaman aku boleh ke sana.
Kisahnya, aku telah join satu group Instagrammers di Tawau ni (@Towautown) yang telah menganjurkan satu aktiviti meet up dengan followers IG mereka ke Pulau Bohey Dulang dan Pulau Sibuan. Memandangkan aku memang 'mereput' habis kat Tawau ni, makanya aku dengan pantas send whatsapp kat Qimayra (admin @tawautown) bagitau nak join trip tu. Alhamdulillah dengan pantasnya aku terus bayar duit trip yakni RM 87 (termasuk makan/ duit bot/ duit bas) dari bandar Tawau! Fuh start hari pertama bayar tu dah tak sabar-sabar dah aku menghitung hari.
Tiba hari yang dinanti, kami berkumpul di hadapan Dewan Masyarakat Tawau seawal jam 7.00 pagi. Dari situ kami menaiki dua buah bas yang disewa khas (aku tak tau berapa harga sewa bas tu sebab dah termasuk sekali dalam harga pakej…

Food Hunter: Rumah Makan Cibiuk, Kajang - Selera Masakan Sunda

Assalammualaikum!!!
Sekarang ni dah masuk dalam 10 hari terakhir Ramadhan, amacam semua? Rasanya masing-masing dah tak sabo-sabo nak raya la tu... jangan dilupa, kejar juga pahala puasa di sepuluh malam terakhir ni yer. Zakat  fitrah dah bayar ke? Kat Selangor ni masa aku bayar semalam harganya RM 7 sekepala. Bayarla zakat tu sebab ianya perkara wajib bagi yang mampu, untuk membantu pada yang memerlukan.
Ok nak cerita pasal berbuka puasa. Haritu, ada sorang member kat opis ni memperkenalkan satu restoran yang bagi aku sangat best untuk bersantap bersama keluarga dan kawan-kawan. Bagi sesiapa yang teringin nak merasa masakan Sunda (salah satu bangsa di bahagian Jawa Barat, Indonesia) boleh la cuba datang ke restoran ni. Nama restoran yang aku maksudkan ni adalah Rumah Makan Cibiuk! Dengan tag line "Rajanya sambal" memang sesuia la sangat sebab di rumah makan (restoran) ni disediakan pelbagai jenis sambal (sambal belacan, sambal halia, sambal mangga dan lain-lain) serta ulam-u…