2009-04-18

Review Filem: Queen Of Langkasuka

Dah lama aku tak buat Review filem, bukan sebab aku dah stop menonton wayang, tapi sebab rasa dah ramai orang buat review filem dan kebanyakkan cerita-cerita yang ditonton adalah biasa saja. Harini, aku tergerak untuk menonton sebuah filem yang bagi aku sangat hebat dan mengagumkan! Filem apakah?

"Queen of Langkasuka" sebuah filem epik fantasi dari negara jiran kita Thailand. Huh filem epik fantasi? Yup. Sememangnya Thailand, Filpina dan Indonesia terkenal dengan filem-filem bergenre begini. Tapi apa yang membanggakan mengenai filem Queen of Langkasuka adalah jalan cerita dan qualiti lakon layar yang menarik!

Daripada jalan cerita, kostum dan aksi semuanya tersusun rapi di setiap babak. Sebenarnya Queen of Langkasuka sedikit sebanyak mengisahkan kisah Sejarah Melayu di mana hubungan kerajaan Negeri Pahang, Johor dan Kedah dengan Langkasuka di Siam. Hmmm negara jiran kita bikin filem pasal Sejarah Melayu dan ia memang membangakan! ofcoz ada unsur-unsur fantasi diselitkan di dalam filem ini, dari kuasa-kuasa alam semesta sehinggalah kelincahan pencak silat yang ditunjukkan di dalam filem ini. Aku kagum ok! Pelakon-pelakon utamanya segak berbaju Melayu siap bersampin dan bertanjak! Kostum-kostum masyarakat jawa, Arab, Britis dan Jepun juga ada diletakkan di dalam filem ini. Huhuhu.


FILEM LEBIH HEBAT DARI PGL


Dari babak pertama, aku dah terbayang unsur-unsur filem seakan-akan filem Puteri Gunung Ledang (PGL), tapi yang menjadikan ianya lebih hebat dari PGL adalah aksi-aksi pertarungan yang sungguh hebat dan rapi, dan elemen-elemen fantasi yang sangat best! Itu membuatkan PGL kalah. Aku tak tahulah berapa bajet untuk buat filem ni, adakah semahal PGL atau lebih? tak pasti.

SINOPSIS

Queen of Langkasuka mengisahkan sebuah kerajaan di Siam, iaitu Pattani yang diperintah oleh Puteri Hijau sedang menghadapi ancaman daripada musuh utamanya iaitu Putera Rawai yang bersekongkol dengan Black Ravel seorang pahlawan yang memiliki ilmu hitam yang hebat. Perperangan bermula apabila sebuah kapal belanda yang membawa dua buah meriam yang hebat untuk dihadiahkan kepada Langkasuka telah diserang oleh Black Ravel dan konco-konconya.

Sejak itu, Pattani dan Lanun-lanun Putera Rawai sering berperang sesama sendiri. Sementara itu, di sebuah perkampungan Gipsi Laut, tinggal seorang pemuda bernama Pari yang memiliki keistimewaan mempunyai kuasa Du Lum iaitu kuasa mengawal hidupan laut dan dia telah berguru dengan seorang Tok Guru bernama White Ray, yang juga merupakan ayah kepada Putera Rawai. huh..berbelit-belit dah jalan citer dia... kalau tak paham pergi tengok sendiri citer ni.

Hmmm...Aku tak reti la nak cerita sebab filem ni sangat unik dan lama jugak durasinya, dalam 2 jam lebih.


Kemuncak cerita:


  1. Puteri Biru dan Puteri Ungu dicolik oleh Putera Rawai.

  2. Anjar pakcik kepada Pari yang juga sebenarnya seorang pakar membuat meriam juga dicolik oleh Putera Rawai.

  3. Isteri Pari dan gadis-gadis kampungnya dirogol dan dibunuh oleh Black Raven.

  4. Kisah Pari dan Jarang[seorang pemuda yang merupakan pahlawan yang kerap menyelamatkan Puteri-puteri pattani] berusaha menyelamatkan mereka semua yang dicolik itu.

  5. Babak Pari mendalami ilmu Du Lum di dasar laut sambil bertemankan ikan Pari, jerung dan pelbagai spesis laut yang lain! Sangat menarik!

  6. Percintaan Puteri Ungu dengan Pari walaupun sebenarnya Puteri Ungu sudah bertunang dengan Putera Pahang. Pertunangan tersebut adalah untuk mendapatkan bantuan kerajaan Pahang di dalam menyerang lanun-lanun Putera Rawai.

  7. Babak akhir peperangan di antara Putera Rawai dan kerajaan Langkasuka yang sangat menari. Memang best giler time ni, seperti menonton filem The Lord of the Ring! Filem Malaysia belum ada yang sehebat ini ok!.

Hmm banyak lagi yang aku tak tahu nak oleh macamana di anatara babak-babak yang aku senaraikan di atas. Untuk mengatahui dengan lebih lanjut, aku sarankan korang semua pergilah tonton filem Queen of Langkasuka ini. Ianya berbaloi! Untuk pembikin-pembikin filem Malaysia, buat la citer fantasi macam ni, kita belum ada langsung ok!ops ada la satu, PGL tapi tak sehebat Queen of Langkasuka.Tahniah untuk produksi filem ini. You are the best!

OK, sampai ke filem seterusnya.. PEACE!



Pari, hero filem ini.

Putera Rawai dan Black Raven [lanun-lanun yang mengancam Langkasuka]

Puteri Ungu yang cun giler!

Lord Jarang hulubalang kanan Puteri Hijau.[Ngape dia pakai topeng ek?? tengok la citer ni!!!]

Babak Akhir, Putera Ahmad Putera Negeri Pahang dan Puteri Ungu

Puteri Hijau, pemerintah Langkasuka


The Trailer

13 comments:

  1. Ooo.. ni la cita yang ko nak tgk tu.

    ReplyDelete
  2. @inertz
    Iyo lah incik...
    Dah lama dah nak tengok tapi takde member..tengok sensorang jer..
    Sebab teringin nak tengok pasal bagaimana Thai kupas sejarah Melayu dalam bentuk Fantasi..
    dan hasilnya WOW!!!!
    Memang menakjubkan!

    ReplyDelete
  3. dr review mcm menarik
    nk tgu cd la mcm tu baru nk tgk
    hehe, tipu jer =)

    ReplyDelete
  4. @KhairiL's

    Memang menarik! G la tengok, agak2 malas nak g wayang hang p je google kat Youtube..dah ada dah set lengkap filem tu. Wakakakaka

    Boleh ker aku bagu suggestion camtu??? kehkehekeh

    ReplyDelete
  5. I love the way you interpret the story! I am happy because people from other country also watch this movie. Thanks for your support!

    ReplyDelete
  6. @Ren

    Thanks Ren!

    I always support the good quality film!..

    ReplyDelete
  7. hohoho, cite ni mmg best,
    mmg byk plot spi berjela citenye,
    tp papepun, mmg best, tak rugi kalo tgk

    ReplyDelete
  8. dh lame kty mlaysia xde cerita sejarah dan cerita pendekar2 zaman sultan...
    ptot la org sekarang dh x bersatu..
    sbb xde jati diri....
    sbb xhidup mcm orang melayu tulen...
    huhuhu...

    pe2 pom..
    cite ni mmang best...

    ReplyDelete
  9. Kerk=

    Yup,mmg dah lama tak ada citer2 tu skg nih. Yang banyak pon citer hantu yang tehapa2 ntah..

    ReplyDelete
  10. jalan citer ni best...elok korang tgk citer ni....langkasuka kat kedah asalnya...

    ReplyDelete
  11. Keris apa panglima puteri tu pakai ya. Nak beli la

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS