2011-01-05

6% Service Tax Dan KFC

Assalamualaikum...

Sekarang ni aku tengah mamai-mamai kat opis, akibat terlebih dos dadah kot. Erk buuukan yang itu yer tapi sebab makan ubat. Aku demam! Huhuhu semalam seharian aku pengsan kat rumah dari pagi sampai ke pagi baru aku sedar. Tu pon naseb baiklah housemate aku ketuk pintu bilik. Alhamdulillah...bangun-bangun jer dah sihat sikit badan dan boleh la nak gerak ke mana-mana.

Bila tengok berita ada cerita pasal harga minyak naik, service tax naik dan macam-macam lagi yang naik (termasuklah berat badan naikkk!!! arghhh!). Cerita pasal service tax naik, teringat pulak kat restoran-restoran makan segera macam McDonalds, KFC dan yang seaktu dengannya. Kalau cakap pasal KFC, aku teringat pulak kat sorang member aku yang hantu KFC,...hmmm kenangan...Pasti kalau nak makan KFC dah mahal sangat sekarang ni kan? Sebab service tax dah naik 6%. Betolkah? Sebab aku belum terai makan KFC lagi sejak tahun baru ni.

Kalau dulu, masa kecik-kecik (aku pon tak ingat darjah berapa, yang pasti kecik lagi la) kalau bab cuti sekolah jer aku dan abang aku akan duduk di kampung, rumah atuk dan nenek bersama sepupu-sepupu aku yang lain. Memang meriah beb! Macam-macam aktiviti kami buat. Tapi ada satu cuti sekolah ni, aku dan abang aku ditempatkan di rumah makcik aku di Keramat, KL. Anak makcik aku ada dua orang masa tu, sebaya jer umur dengan aku dan abang aku. Memang best la kalau dah sepupu pun sebaya umur kan.

Apa yang aku ingat, satu hari tu, abang aku dan sepupu aku yang lebih tua dari aku tu ajak kami pergi berjalan-jalan di Zoo Negara! Wah!! Korang bayangkanlah, budak-budak kalau dapat pergi zoo kan best! Dan yang paling best lagi bila kami pergi zoo jalan kaki jer!!! Rumah makcik aku tu dekat jer dengan zoo, jalan kaki dalam 15 minit dah sampai. Rasanya masa tu lebuhraya MRR2 tu pon takde lagi kot.

Maka bermulalah perjalanan cuti-cuti sekolah kami berempat ke dalam Zoo Negara. Memang syok habis la bila empat budak nakal merayau-rayau dalam zoo! Macam-macam benda kami buat, paling best bila dapat tengok Gajah, Zirafah dan Harimau. Aku pon dah tak berapa nak ingat apa benda yang kami buat lagi dalam zoo tu.

Dan satu peristiwa yang paling tidak dapat dilupakan oleh aku adalah kami pergi lunch KFC dalam Zoo!!! Fuyoooo, tau tau jelah kan, time dulu-dulu kalau dapat makan KFC tu dah merupakan satu rahmat tak terhingga! Aku pon tak taula mana datang idea nak makan KFC tu, ni semua idea abang aku dengan sepupu aku yang tua tu la. Aku dan sepupu aku yang kecik tu ngikut ajer, maklumlah budak-budak. Bila dah habis makan sampai menjilat jari baru terpikir nak bayar pakai apa???? (Erk zaman dulu makan dulu baru boleh bayar!!!) Jenuh la kami semua korek poket seluar, cari duit ringgit-ringgit.. Aku ngan sepupu aku yang kecik tu dah nak nanges dah. Habes abang aku ngan sepupu aku sorang lagi korek poket seluar diorang..siap dengan duit sen sen lagi kami kira. Cuak siot!!! Takut kene tinggal kat zoo basuh pinggan!!!

Alhamdulillah setelah dikompol-kompol duit syiling dalam poket akhirnya cukup jugak duit buat bayar makan KFC!!! Tobat lepas ni taknak makan KFC kat zoo lagi dah.! Bila kenang-kenang balik, memang tergelak habes dengan peristiwa tu. Zaman kanak-kanak yang sangat indah. Sekarang ni kalau makan KFC je mesti teringat peristiwa tu.

Oklah, tamau melalut dah... syukur demam dah kebah.

PEACE!

Ha ni la dia restoran KFC kat dalam Zoo Negara tu.

12 comments:

  1. jom dating makan KFC

    hehehhehe

    (^^,)

    ReplyDelete
  2. Yanie :

    Cik Yanie mahu benlanja sayakah???jom!

    ReplyDelete
  3. erh bukan bayar dulu baru makan ke kfc?hehe..me pun dah lupa kfc kat zoo tu pakai sistem apa..last pegi zoo negara darjah 6 which is 1990..huhu

    ReplyDelete
  4. fika79:-

    entah caner tah..yg saya ingat mkn dulu baru bayar time tu...heheh zaman dolu2...early 80s kot.

    ReplyDelete
  5. kepsi oh kepsi..dlm zoo negara...hebat ah..

    ReplyDelete
  6. Pencacai Alim:

    Huhuhuh dulu2 hebat ler..skg ni tak hebat pon kepsi ...heheh

    ReplyDelete
  7. rasa nyer kfc dlm zoo, harga dia lagi mahal dari yang luar zoo, kan?
    ingat2 lupa daa...

    ReplyDelete
  8. aNASH-

    Entah tak pasan la pulak..masatu pon kecik bebenor diriku ini. Tapi rasanya skg pon lagi mahal dari luar..standard2 KLIA ngan genting highland lah rasanya.

    ReplyDelete
  9. ,=====,o00o Pon..Ponn..Ponn
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Kenalan moga ade respon baik dari blog kamu....

    KFC idaman ku selalu hingga menjilat jari wooooooo mmg best ....teringat iklan KFC dulu-dulu

    ReplyDelete
  10. Afzainizam -

    iklan kfc dolu2 mmg best..siap bleh hapal lg lgu dia kan!

    ReplyDelete
  11. hai kaz..yup, rite now dh naik 6% tax and bukan setakat kehepsi jek..astro pun dh start kenakan 6% tax..sblm ni xde pun..service hampeh, duit nak kaut kaw2..

    ReplyDelete
  12. Dianahaznida:-

    Hai kazen, huh keji kan. semua nya dah mahal skg ni!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS