2011-01-26

Cubalah Untuk Mengerti

Assalamualikum....


[refleksi diri sendiri...legacy seorang sahabat]

Ramai orang suka menyalahkan orang lain bila terjadinya sesuatu musibah kepada diri mereka. Amat jarang yang mahu menyalahkan diri mereka sendiri. Kenapa? Sebab itu adalah lumrah manusia, sebaik-baik kejadian adalah manusia, mereka dikurniakan akal untuk berfikir, jadi mereka cuba mencari jalan untuk tidak membebankan diri mereka sendiri.

Memang susah untuk mencari pendamping yang benar-benar faham dengan apa kehendak kita. Percayalah, dalam segenggam padi, bukan semuanya elok, pasti ada yang rosak. Aku sering terfikir tentang keaadaan, mengapa begini? Mengapa begitu? Semua itu terjadi semestinya bersebab...ada hikmahnya. Tapi kadangkala aku tak berapa nak faham, apakah hikmah yang cuba ditunjukkan kepadaku sebab kejadian itu berlaku dalam keadaan yang tidak logik. Pasti ada percaturannya. Allah maha Mengetahui.

Memilih? Siapa yang tidak pernah memilih? Tak salah untuk memilih yang terbaik bukan? Walaupun kita bukan yang terbak, tapi kita cuba untuk jadi yang terbaik kan? Itu semua persepsi. Setiap satu itu diciptakan satunya. Cuma masanya belum tiba untuk bertemu dengan yang satu itu.

Seringkali aku bertindak diluar jangkaan. Sehingga mengakibatkan berlakunya perkara-perkara janggal. Akhirnya juga aku tersedar akan kesilapan, tapi mudahkah bagi sebelah pihak itu menerima keadaan itu? aku cuba untuk berubah, aku cuba untuk memulihkannya tapi aku takut semuanya sudah terlambat. Kadangkala ego berada di atas, bukan aku saja tapi semua orang. Masing-masing tidak mahu megalah, sampai ianya terus menjadi emosi dan merosakkan mood saban hari. Haishhhh.....aku cuba berubah.

Kadangkala aku terfikir, adakah aku semakin baik atau sebaliknya? sejak sekian lama, baru kini aku rasakan yang aku kini seorang yang suka mengalah. Dengan sesiapa sahaja, tapi bukan dengan diri sendiri. Pengalaman memaksa aku untuk terus mengalah, tak payahlah memanjang-manjangkan keadaan, dunia ini bulat, kadangkala kita di atas, dan ada masanya kita di bawah, dan lama kelamaan kita akan di atas semula. Nah, bulat kan? Jadi mengapa tidak mengalah? Kalau dulu aku keras dengan keputusan, aku rela membiarkan ianya hancur, tapi sedikit demi sedikit aku cuba mengikis ego itu. Ya aku cuba untuk menjadi seorang yang kurang egonya. Aku tak mahu digelar egois, sebab itu hanya merosakkan keadaan.

Aku sayang pada orang yang aku percaya. Sumpah, sedetikpun aku tak berniat untuk merosakkan apa yang telah aku cipta, kenangan...susah untuk dikumpulkan apatah lagi jika ianya sesuatu yang indah. Sumpah aku sayang itu semua. Tolonglah jangan hukum keegoan dalam diri sendiri, sebab itu hanya akan mendatangkan bintik hita dalam hati.

Aku faham kalau hati yang terluka itu sukar untuk sembuh. Tapi haruskah hati yang terluka itu bukan aku??? Sebab itu aku mahu jadi pengalah. Tidak mahu terus berada dalam arus yang deras ini. Sungai itu harus tenang...atau sekiranya ia mahu terus mengalir deras maka ketahuilah aku telah cuba untuk berubah...

PEACE!



8 comments:

  1. kata orang..tengok kuman seberang laut pun nampak..anak gajak depan mata buat tak tahu..


    soal memilih ni memang kena pilih..

    :)

    ReplyDelete
  2. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Kajang Pak Malau kajang berlipat,
    Kajang hamba mengkuang layu,
    Dagang Pak Malau dagang bertempat,
    Dagang hamba Tumpang lalu

    dugaan bebbbb.... kalau ade musibah antara Allah nak uji atau menghapuskan dosa kita yang ade.....mungkin dulu kita ada buat salah kut

    ReplyDelete
  3. Si Para-Para:

    Yup..setuju. Thanks for the comment.

    ReplyDelete
  4. Fika79:

    Bernas eh? hehehe rasanya tu caca marba jer penulisanku.

    ReplyDelete
  5. Afzainizam:

    Ya betul..kita manusia memang tak boleh lari dari membuat kesilapan.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS