2011-01-28

Orang-Orang Yang Kita Percaya


Assalamualaikum...

Tak kenal maka tak cinta, bila tak cinta maka semua yang dilihat di depan mata hanyalah yang buruk-buruk sahaja. Betolkah begitu? Perlukah kita mengenali seseorang itu secara terperinci sebelum kita betol-betol mahu meletakkan kepercayaan pada diri orang itu?

Bagi aku, ianya adalah satu kemestian! Masakan kita sanggup menyimpan wang emas jutaan nilai didalam mulut penyamun? Adakah kita sanggup meletakkan anak-anak kita di tangan singa? Sebab itulah aku katakan yang kepercayaan itu sangat penting! Orang yang kita percaya itu mestilah orang yang faham dengan kehendak dan naluri kita. Pendek kata sama-sama serasi.

Bagi aku, selain dari keluarga sendiri, ada beberapa manusia di muka bumi ini yang aku betol-betol percaya. Merekalah telinga, merekalah mata dan merekalah mulut kedua aku. Sebetolnya aku memang susah nak mempercayai sesiapa pon, tidak kiralah orang itu baik atau terlalu baik atau sebaliknya sebab harga diri manusia itu berubah-rubah dari pandangan mata setiap indiviu. Sekejap kita baik sekejap lagi kita bertelagah. Itu jupa punca untuk tidak mempercayai sesiapa. Sukar sebenarnya, tapi untuk melatih diri untuk mempercayai seseorang memerlukan masa yang sangat lama.

Aku sendiri pernah mempercayai orang lain selain dari individu yang aku percayai itu, aku pernah meletakkan maruah dan harga diri kepada orang-orang baru yang muncul dalam hidup aku, tapi entah dimana silapnya, kepercayaan yang aku letakkan itu hilang begitu saja, sia-sia. Aku taknak salahkan sesiapa..mungkin juga salah aku sendiri kerana terlalu hanyut dengan arus semasa, tapi apa yang pasti hati aku belum terbuka untuk mempercayai sesiapa selain mereka yang ada sekarang ni.

Walau apapun, aku akan cuba. Tak salah untuk mencari lebih ramai orang -orang yang kita percaya. Tapi pencarian itu biarlah dengan hati yang ikhlas dan teliti. Bila kepercayaan sudah tiada, pasti yang lahir selepas itu dah tak sama dengan yang pernah kita kecapi sebelumnya.

Haish....sukarkah untuk mempercayai seseorang?

PEACE!!!

 Semua Isi Hatimu (Album 3 Suara - Jac, Ning, Shila)



10 comments:

  1. ermmmm... tak tau orang dalam gambar tu yang comei ke atau orang yang ambil gambar tu yang comei... hihi...

    [nak percaya diri sendiri comei lar]

    ReplyDelete
  2. yup. bkn sng nk pcaya org. dan bukan sng nk mengekalkan kepercayaan yg org lain bagi.



    apsal la gamba tu kemain lg sedih...?

    ReplyDelete
  3. memang susah kot nak letakkan kepercayaan pada org lain especially bila kita pernah dikhianati..mungkin phobia, mungkin ego..tapi jangan risau kepercayaan tu akan hadir dengan sendiri andai tindakan yang ditunjukkan mampu membuktikan segalanya..somehow!its life..we learn, we failed and then we learned!

    ReplyDelete
  4. MasMZ

    Mestilah org dalam Gambo yg comei walau pon tgah todo hahhaa

    Psst: tak boleh!

    ReplyDelete
  5. Nuke Rude

    Yup thats totally right! kepercayaan tu begitu tinggi nilainya.

    Hahaha gambo tengah tido ku sedih...haish.

    ReplyDelete
  6. fika79

    Yer kita perlu belajar dan menilai. Susah sebenarnya tapi itu adalah pusingan hidup kan?

    anyway thanks for your thought.

    ReplyDelete
  7. masMZ

    Haah tu tido la tu! Haishhh.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS