Posts

Showing posts from August, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri: Maaf Zahir Dan Batin

Image
Assalamualaikum! Mood Raya kian menebal! Sempena Hari Raya Aidil Fitri yang bakal tiba ( insyaAllah pada 30 Ogos 2011 katanya) aku dengan rendah diri, menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini samada dengan nama sebenar atau nama timang-timangan...ehem (*hahaha) sekiranya penulisan saya di dalam blog ini ada yang menyinggung perasaan mana-mana pihak yang membacanya. Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datang daripada hambanya sendiri. Semoga Hari Raya tahun ini memberi seribu pengertian kepada kita semua. Untuk yang memandu pulang ke kampung: Berhati-Hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang, pandu cermat jiwa selamat. Untuk yang naik kenderaan awam: Awasi barang-barang anda, jaga tingkah laku dan semoga selamat tiba ke kampung halaman masing-masing. Untuk yang tak balik beraya: Selamat beraya di tempat sendiri, jangan sedih-sedih dan ingatlah pengorbanan anda itu ada hikmahnya. Jangan serik singgah ka...

Penculik Pokok Di Bulan Ramadhan :)

Image
Assalamualaikum!!! Penat giler hari ni, awal-awal pagi (lepas subuh) dah gerak nak balik kampung, sebelum tu pulak dapat lelap mata sekejap je. Alhamdulillah perjalanan pulang ke kampong berjalan lancar. Tak jem pon tapi kenderaan memang sangat banyak! Masing-masing dah bergerak pulang ke kampung macam aku. Sampai je kampung aku terus pengsan! Tatau la kenapa penat sangat.Aku pengsan sampai pukul 3 petang pulak tuh! Hahahaha. Hari ni jugak 2 orang kawan baik aku nak datang ke rumah ( Acid dan Fdean ) sebab nak ambil kuih raya yang diorang order dari mak aku. Bila dah jumpe apa lagi, macam-macam cerita la keluar! Yang aku jeles adalah diorang cuti raya lagi lama dari aku!!!! Haish! *Jeles! Dalam sebok-sebok nak ambik kuih raya, sempat lagi kidnap pokok bunga mak aku! Diorang berdua ni memang suka tanam pokok. Penuh dah keliling rumah diorang dengan pelbagai jenis. Maklumla rumah kampung, jadi tanah memang luas dan siap boleh buat swimming pool lagi! Seperti biasa...

Makan-Makan di Bulan Puasa: Restoran Sari Ratu & Cafe

Image
Assalamualaikum!!! PERHATIAN: GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH MUNGKIN AKAN MENGGUGAT PUASA ANDA! Dah tinggal sipi-sipi je lagi Bulan Ramadhan ni, mood nak kerja pon bertambah nipis, tapi apakan daya hanya boleh tengok kawan-kawan se-opis yang lain bersuka ria, aku pulak terpaksa layan kerja yang nak kena kejar dateline time raya! Haish dugaan... Takpe, kerja is kerja, life must go on right? Aku tak suka campur adukkan kerja dan perihal sosial aku. So bila dah tensi di tempat kerja maka kenalah cari jalan untuk melepaskan lelah barang sekentut dua (*bak kata Paksu aku). Aku dapat panggilan daripada housemate (secara tiba-tba sebab dia jarang nak call-call ni), yang mengajak untuk berbuka bersama-sama. Bukan la maksudnya aku tak pernah berbuka bersama dengan para housemates aku, tiap-tiap hari kot aku berbuka dengan diorang kat rumah, cuma kami belum pernah lagi try berbuka di luar bersama-sama. Aku pon setuju ajalah, sebab dah hujung-hujung puasa ni teringin jugak nak m...

Balik Kampung (Pra Raya)

Image
Assalamualaikum!!! Minggu lepas aku sempat balik kampung...gigih kan walaupun seminggu lagi nak raya, tetap sempat balik kampung!  Itulah nikmatnya kampung halaman dekat, tak payah naik bas berjam-jam atau tak perlu naik kapalterbang merentas benua! (Cewah bajet obersi). Aku gerak balik ke kampung hari Sabtu, pagi. Sampai-sampai je, ayah aku ajak teman dia ke Ipoh. Haish kalau dah suruh ajak teman tu maksudnya aku la yang kene drive! Takpelah, aku kan mithali. Jadi dengan gigihnya aku dan ayah aku pun merempit la ke pekan Ipoh, dengan tujuan beli stok barang-barang buat kuih raya yang dah tak habis. Mak aku pulak terpaksa tunggu rumah sebab ramai orang datang buat kuih raya. Sampai je pekan Ipoh, hujan turun selebat-lebatnya! Sampai tak nampak jalan, tapi aku gagahkan diri mengecikkan mata untuk melihat arah yang betul menuju ke kedai jual barangan kuih. OK bagi penduduk Ipoh, aku rasa kedai ni agak femes la (kecuali bagi orang Ipoh yang tak berapa nak Ipoh , ada paha...

Pulut Mangga dan Acar Buah: Terbaik di Bulan Ramadhan!

Image
Assalamualaikum!!! *Dalam kepala otak sedang berperang - "Haish apa yang aku buat ni? Asyik nak pos entry pasal makan je! Ada yang kurang pahala puasa ni kang bila masauk blog aku" Tapi desakan untuk tepek cerita pasal makan memang menjadi-jadi di bulan Ramadhan ni, dan aku pun tak sanggup nak hampakan harapan napsu aku. Bulan puasa ni memang macam-macam makanan la yang aku ngidam nak makan, padahal hari-hari biasa (sebelum dan selepas Ramadhan takde pon terfikir nak makan). Paling terkesan di hati adalah keinginan nak makan "Pulut Mangga!" Sanggup ni terjah sampai ke Kampung Baru sebab nak makan pulut mangga sedap buatan makcik kat situ. Entahla aku tak ingat nama kedai dia apa, tapi kalau lalu ikut pintu gerbang Kampung Baru tu, terus je sikit nampak kedar ramai orang sebelah kanan, ha kat situ le kedainya. Terbaik, ada juga jual somtam dan pelbagai jenis sup. Memang menggiurkan dikala malam dan sibuk nak bersahur. Itu kisah pulut mangga kat Kampung Bar...

Lauk Pauk Kenduri Style Perak

Image
Assalamualaikum! PERHATIAN: - INI ENTRY KETINGGALAN ZAMAN, HARAP MAKLOM. Sebenarnya aku nak sambung entry sebelum ni mengenai aktiviti selepas Iftar dan Besday Party di rumah Sifu, tapi memandangkan mood tengah kecamuk dan kacau bilau, aku buat dulu entry-entry yang tertangguh sebelum ni. Seperti biasa la bila bulan Ramadhan je, topik utama orang akan bercerita adalah mengenai makanan, lebih spesifik "juadah berbuka puasa" Ha bab-bab makan ni memang tersangat la aku suka! Sebab tu kebanyakan entry dalam blog aku ni, kalau tak pasal jalan-jalan, mesti pasal makan...sikit-sikit je pasal teater (hampeh tahun ni projek teater aku memang sangat merundum!) Sebelum tu aku nak cerita pasal kenduri sambut Ramadhan yang diadakan di rumah arwah atuk dan opah aku di Ipoh, Perak. Seperti biasa, tukang masak mestilah ibunda tercintaku! Dan aku pulak secara automatiknya akan jadi tukang angkat-angkat barang, pinggan mangkuk, periuk belanga dan sebagainya. Maklumlah, dari rumah...