Posts

Showing posts from November, 2011

Terasa Bagai Berada Di India!

Image
Assalamualaikum... Pssttt:- Tajuk takde la kena mengena sangat..sipi-sipi je.  Sebenarnya nak buat entry Wordless Wednesday ..tapi disebabkan aku anti WW ni (memang tak pernah ada) maka terhasil jugak ayat-ayat merapu kat bawah..terima hakikat tangan tak boleh berhenti menaip...:p Lama jugak aku abaikan blog aku ni, pegi terjah blog kengkawan pon hanya sempat tengok gambar. Tapi aku dah buat lawatan susulan, memang menarik baca kisah-kisah kawan-kawan yang kita suka tatkala diri ini kekeringan sumber dan masa untuk meraban di blog sendiri. Pasrah. Sepertimana yang aku pernah nyatakan dalam entry sebelum ini, hujung tahun agak sibuk. Ya sungguh tak dapat dielakkan, mana nak kerja, nak layan keluarga, nak layan kawan-kawan, tambahan pulak aku kena setelkan lagi dua event . Walaupun penat, tapi aku suka sebab aku dapat belajar banyak benda baru. Sedih jugak sebab mata Cik Melatie masih tak mampu aku nak beli....sabar je la. Guna apa yang ada, janji hasilnya memuaskan. ...

Tahniah Rakyat Malaysia!

Image
Assalamualaikum!!!! TAHNIAH SKUAD HARIMAU MUDA! TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA! (MODE PATRIOTIK) Tak cukup sorak kat rumah, malam ni nak sorak dalam blog juga!~ hehehe . Walaupon aku ni tak minat sangat dengan game bola ni, tapi bila ia melibatkan Malaysia , automatik aku jadi patriotik! Gigih ni balik kerja awal...makan awal pastu bersiap-siap duduk depan tv dengan para housemates dari pukul 8 malam sampai 12.30 malam! Sepanjang perlawanan, memang banyak sumpah seranah aku dengan housemates semua pastu, jantung macam nak gugur dah bersepah-sepah atas lantai. Haish tetibe fanatik kan...tapi memang perasaan yang jarang dapat aku rasa, dan hanya akan tiba bila time-time Sukan SEA, Sukan Commonwealth, Sukan Olimpik ...hahaha tu la tandanya semangat 1 Malaysia! Walaupon pemain-pemain kita dihina, dicaci sewaktu beraksi dan bendera negara di bakar, diconteng serta lagu NEGARAKU di ejek dan diperkotak katikkan oleh Warga Indonesia , tapi aku kagum sebab ATLET Malaysia teta...

Aksi Pengantin Lama

Image
Assalamualaikum!!! Minggu ni mood hibernasi. Duduk diam-diam buat aktiviti biasa, tidur, makan, buat kerja rumah, pergi kerja dan seterusnya benda yang sama diulang-ulang. Ada rancangan nak meng" escape "kan diri, tapi terbatal di saat-saat akhir sebab perancangan yang terlampau singkat. Bulan November dan Disember ni sebenarnya dah masuk musim MENGAWAN . Banyak la pulak jemputan kenduri kendara, sana kawin, sini kawin...sepupu aku pon ada dua orang yang kawin so bolehlah aku jadikan alasan, tak nak bagi sedara-mara busy sebab banyak sangat kenduri kawen kan. hahaha. Bukan setakat sedara mara kawin, kawan-kawan pon sebok nak mengawan jugak..ok biarkan. Jodoh korang kan... OK sebenarnya nak cerita tentang pengantin lama yang sporting. Walau dah beranak pinak (3 orang) tapi tetap gigih nak posing sakan. Sebabnya, waktu depa kawin dulu, tak sempat nak posing-posing sedemikian rupa. Akhirnya aku pon merealisasikanlah impian murni depa tu, kesian juga sebab beriya...

Sudu Panjang dari Korea!

Image
Assalamualaikum!!! Tibe-tibe rasa rindu dengan Korea ....sudu panjang, chop stick besi (eh boleh panggil chopstick jugak ke)...sotong kurita idop...hahahah. Kenapa tetibe teringat semua tu? Sebab aku dapat satu set cutlery  (walau tak lengkap) dari Seoul ! Fuh, lama dah ngidam nak makan pakai sudu panjang ni. Susah nak cari sudu-sudu panjang camni kat Sini, tapi kat Korea tu macam banyak sangat pulak kan...  Thanks to Eid yang bagi kat aku menatang alah ni. Sangat suka!!! Lepas ni boleh la makan megi dengan sudu panjang, makan nasik goreng dengan sudu panjang dan minum air dengan sudu panjang ni!!! Best! Sebenarnya dulu aku dapat berkotak-kotak set sudu dan garfu panjang ni, Kerajaan Korea Selatan bagi tapi semua aku bagi kat mak aku buat jadi penghuni tetap lemari kaca dia. Ish.... Hmmm...tak habis lagi pusing Korea , nak kene ripit nih....tapi bilakah?.....hanya Allah yang tahu..... WASSALAM. Diterbangkan khas dari Kuria! :) Bile renung-renu...

Keseimbangan

Image
Assalamualaikum... Dalam tenang ada kalut dan kusut...Kita sibuk mengejar apa yang  ada di depan sehingga kita terlupa pada yang di belakang. Sedangkan yang di depan itu belum tentu tahu arah tujunya, manakala yang di belakang  telah kita tahu sejarahnya.Yang di depan belum tentu akan sama dengan yang di belakang, adakalanya lebih baik tetapi adakalanya juga lebih buruk! Jadikanlah keseimbangan itu suatu kemestian. Untuk kawan-kawan yang kita suka. WASSALAM .

Chocolate Hills

Image
Assalamualaikum!!! Rasa macam zombie pulak semenjak dua menjak ni. Hahaha sebab kejung duduk kat KL tanpa arah tuju. Nak balik kampung pon rasanya macam baru je lagi balik, lagipon mak ngan pak aku tengah bizi tu maleh nak kaco depa. Alhamdulillah jugak, minggu lepas aku berjaya siapkan beberapa kerja penting kat opis sehinggakan minggu ni aku terasa sangat releks hahaha *mampos kalau bos tau...choy! choy! * sekali sekala nak releks takkan tak bleh, sambil releks buat jugak kerja tau! Cuma buat sepoi-sepoi bahasa je la. Ok cukup merepek meraban, sebenarnya aku nak kongsi sesuatu ni, tu pon kalau ada yang sudi nak baca. Pasal pengalaman kawan aku (bukan aku) masa dia melawat Philippine tempoh hari. Ada satu tempat yang menarik perhatian aku iaitu Chocolate Hills. Siapa pernah dengar pasal tempat tu. Sedikit info mengenai Chocolate Hills yang aku cedok dari gugel:- The Chocolate Hills form a rolling terrain of haycock hills – mounds of a generally conical and alm...

Poskad Dari Bali!

Image
Assalamualaikum!!! Aku tau ramai yang tengah busy sekarang ni, tambah-tambah busy buat assignment dari Fatt, karangan SPM Paper Julai katanya, Quantum Fizik semua ada. Takpe teruskan usaha anda-anda semua! Ok tadi masa aku baru sampai rumah, balik dari opis aku pon buat la rutin harian sejak 2 minggu lepas yakni menyemak peti surat...dan akhirnya terasa wet wet je dalam peti tu..aku seluk-seluk akhirnya jumpa.!!!! Poskad dari BALI!!! Syukur alhamdulillah tak hujan hari ni, kalau tak dah tentu-tentu poskad tu basah. Sebab apa? Sebab peti surat rumah aku ni mengong sikit, kalau hujan, air akan masuk dalam peti surat tu dan bertakung menjadi kolam air terjun yang sangat dalam. Habis surat-surat malang akan basah. Sebab tu aku salu je guna alamat opis untuk tujuan surat menyurat. Ok berbalik kepada poskad yang aku terima dai Bali tu, ia dikirimkan oleh blogger pujaan ramai iaitu Fatt! *tepuk tepuk tepuk. Aku pon tak sangka la boleh dapat poskad dari dia, maklumla aku ni bukan...

26 November Ni Birthday Mak Aku

Image
Assalamualaikum! Mode Raya Haji pon  dah suam-suam kuku, memang takde menda nak dicoretkan dalam blog ni, suram je kan. Sesuram gambar kerbau kat bawah tu. Sebenarnya tahun ni mak dan ayah aku ada masuk korban dan kerbau tu lah korbannya. Aku tak tolong pon depa sembelih, aku duduk rumah tengok tv je! Hahaha macam anak derhaka tak??? Choyyy!!!!! tak kan? Aku duduk rumah tolong mak aku layan tetamu! Hehehe *ayat kaver line. "Ai malula...." kata kerbau ini sebelum menjadi arwah. Sempena bulan Haji ni, seorang blogger tegar FATT dah mention nama blog aku kat blog dia untuk menjawab beberapa soalan cepu besi! Haduh memandangkan banyak blogger yang ternak cengkerik (bak kata dia) maka dia pon dengan gigihnya suruh kami semua jawab soalan-soalan tu. InsyaAllah aku terai sehabis baik ye Fatt , maklumlah ada jugak yang nak kene sorok-sorok maklumla dunia blogger ni kacau bilau. :p Ok aku namakan entry ni: "26  November Ni Birthday Mak ...

Salam Aidil Adha!

Image
Assalamualaikum!!! Raya tahun ni merupakan tahun kedua aku dan keluarga tak balik beraya haji di kampung ayah aku di Selangor. Agak kekok sebenarnya beraya di rumah sendiri sebab sebelum ni setiap kali hari raya kami semua mesti akan balik kampung, jumpa saudara-mara, tengok orang sembelih lembu di masjid dan sebagainya, tapi bile dah beraya kat rumah sendiri ni, alamatnya selepas sembahyang raya, duduk rumah dan tidor aje lah!  Tambahan pulak abang aku pun tak blik tahun memang perfect combination lah kirenya. Apa-apa pun aku nak mengambil ksempatan ini untuk mengucapkan;- "SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA: SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH KORBAN" Diucapkan kepada semua Blogger yang rajin singgah di blog aku ni. Maaf ada bahasa-bahasa yang tidak menyenangkan. Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT! WASSALAM. Macam kat alam Bunian pulak! :)

Beruang Koala Muncul Depan Pintu!

Image
Assalamualaikum!!!! Terkejut tau! Pepagi dah dapat sampul surat besar! Dah la aku tengah mengunyah waffle ni kat opis, nasib baik tak tercekik! Belek punya belek, picit punya picit rasa lembik-lembik je dalam sampul surat tu. Neves jugak, mana la tau kot-kot ada orang hantar biological weapon pulak kan! Hahaha *berangan hebat. Sambil tangan sebelah memegang waffle, tangan sebelah lagi sibuk mengoyakkan sampul surat 'besar' tu.  Wahhhhh akhirnya apa yang ditunggu telah tiba! Thanks Kak Anash sebab bagi koala bear kat aku! Ha hambek ko, koala bear dalam sampul surat!, siap main boomerang lagi si koala tu! Tu dia... fridge magnet je la dengan keychain boomerang diimport khas dari Melben! Yes! *Suka tau bagi aku kejutan pepagi Jumaat ni haish! *I like surprises! Tq again ! Tak sangka la dapat hadiah dari blogger tersohor . Kire macam rare jugak la aku dapat menda-menda cenggini, maklumla aku kan tak glamer hikhikhik. Ok Kak Anash , InsyaAllah next time ...

Poskad Dari Melbourne!!! + Mexico!!!

Image
Assalamualaikum!!!   Mode Teruje.[Oh akhirnya ada jugak aku entry ke 101 dalam setahun!!!!] Dalam perjalanan melepas hajat sebentar tadi, tetiba kerani surat datang kat bilik aku dan meletakkan dua keping poskad ke dalam tray masuk. Huh aku pon jeling-jeling je dari jauh, ingatkan orang hantar kad Deepavali ke, atau kad Raya Haji. Biasa la, keje-keje gomen ni ramai je client-client hantar kad-kad macam tu. Pastu aku pon tengok dari jauh lain macam je kad tu, ada gambo-gambo cantik pulak, selalunyan kalau kad Deepavali mesti ada gambo lampu pelita, atau kad Raya Haji ada gambo anak bulan...(eh ada ke kad Raya Haji? ) tapi poskad tu siap ada gambo bangunan-bangunan cantek pastu siap ada gambo mamat hensem tengah main ski ! Alamakkkkk adakah itu kad dari obersi seperti yang dijanjikan? Terus niat nak melepas hajat terkubur! Aku belek-belek dua-dua poskad tu, sah memang dari obersi. Dari Melben (Melbourne) okay! Hehehe thanks Kak Anash, sampai dua poskad tu! Terharu....