2012-01-04

Projek Star Cruise - Libra : Ke Penang Kite (Mai Lah Sini~) Part 2

Assalamualaikum!!!

Jom sambung lagi dari SINI.


Sementelaah dah lalu kat Gopeng, maka kami pon singgah la untuk berjumpa dengan Biqque dan Na serta keluarga masing-masing, oh lupe Icam Si Pengembara Tumpangan jugak ada! *sangat kena dengan temanya itu. Kengkononnya diorang nak ke Gua Tempurung bagi mengisi masa lapang. Fuh gigih eh, masa lapang digunakan untuk menjelajah gua! Best tak tipu. (Eleh gigih kan vogue-vogue nak masuk gua, nak lawan Leman Vogue, LV la tew)

Maka setibanya kami di tol Gopeng, kami pon menunggulah ketibaan mereka. Bile talipon, katanya lagi 10 km...oh takde la lama kena tunggu. Lagipon jarak di antara Ipoh dan Gopeng bukannya jauh, sekangkang kera je.

Akhirnya yang ditunggu telah tiba, yang menanti terkinja-kinja, kami pon decided untuk singgah di restoran pertama yang kami jumpa dengan tujuan minum-minum barang seminit dua. Ingat ye, RESTORAN PERTAMA YANG DIJUMPAI. Maka kami pon bergerak lah ke pekan Gopeng, masuk simpang pekan terus nampak kedai bernama Restoran Razak Corner!!! Kelas kau Razak, terpaksa singgah kat kedai tu. Kalau hari-hari biasa gamaknya tak terniat kot nak singgah situ heheh, tapi sebab dah kemaruk nak mengumpat maka Restoran Razak Corner menjadi pilihan.

Tu dia....rombongan Cik Ro dah mai serbu Restoran Razak Corner!!!!
Golongan makcik-makcik bergambar, masing-masing pandang ke lain.


Uniknya kedai ni, ianya kelihatan seperti stor barang-barang antik! Tengok ajelah kat dalam tu, macam-macam barang antik ada, terang-terang kat situ ada tampal sticker no photo/camera..tapi aku snap je gambo dalam tu...Ada aku kesah? Hahahaa.

Tengok tu, macam-macam ada. Nak singgah? mai la Gopeng!
Maka sesi menganyam pon bermulalah. Diorang memang tak tersangka yang kami akan ke Pulau Pinang hari tu, seprais katanya. Ingatkan nak ngikut diorang masuk gua, tapi tidak.... kapal Cruise sedang menanti kami di pelabuhan. Kehkehkeh.

Makanan rasmi di Razak Corner, Kak Coco sponsor.
Sesi menganyam dimulakan...senyum je semua...
Posing di depan kedai sebelom sesi lambaian terakhir ...
Sesi menganyam yang disangkakan hanya seminit dua, berlarutan sampai ke jam yang ke dua. Gigih giler kalau bab-bab menganyam ni kan! Akhirnya dah dekat pukul 1.30 petang baru kami beredar dari Gopeng. Ok masih awal lagi, so tak perlu rushing ke Pulau Pinang sebab masa untuk check in ke dalam kapal adalah pada jam 5.30 petang.

Perjalanan di teruskan diiringi nyanyian dan celoteh John. Aku dan MasMZ hanya jadi bekap singer je. Kak Coco? Kehkehkeh gigih pegang remote control agaknya (aku tak nampak sebab dia duduk belakang aku).

Kami tiba di Seberang Perai dah dekat Jam 3.30 petang. Masa tu minyak kereta aku dah bagi signal berkelip-kelip dah. Fuh cuak jugak takut tetiba tersidai di tepi jalan sebab nak singgah stesen minyak asyik terlepas je. Akhirnya gigih jugak merentas Jambatan Pulau Pinang, dan terus singgah di stesen minyak menghala ke Georgtown. Setelah selesai urusan mengisi minyak dan melepas, kami meneruskan perjalanan ke Padang Kota Lama, untuk solat dan makan petang. 

Tu diaaaaa...dah sampai tol nak naik jambatan.
Walaupun tengah drive, aku envy dengan depa yang tengah gigih snap gambar, kesimpulannya, aku pon amek gambar sekali hahaha..Jangan tiru aksi ini.
 
Kerata ditinggalkan di kawasan letak kereta berbayar betul-betul di hadapan Kota Lama, katanya khas untuk penumpang-penumpang Cruise aje, so kire ok la. Bayaran letak kereta pon murah je, RM 7.00 untuk sehari. Tapi kalau korang lucky, terus aje masuk depan kawasan Swettenham Pier dan parking kereta kat situ, FREE aje. Sempat la juga pekena mee goreng sotong mamak (erk betol ke bunyi nama ni, cam pelik je) dan air Coconut  Shake (adik beradik Kak Coco gamaknya) yang sangat sedap. Kalau sesiapa ke Padang Kota Lama, jangan lupa singgah minum Coconut Shake kat situ ye, pergi je masuk dalam food court tu dan carilah kedai yang ada tulis Coconut Shake yer...sumpah sedap..tak tipu. Harga jugak berpatutan, RM 4.00 untuk mee goreng sotong dan RM 2.50 untuk segelas air coconut shake.

Surau ada kat tepi toilet awam ni...kecik aje suraunya..boleh muat dua orang sekali masuk.
Tu nampak tak cahaya keimanan di muka memasing??? Suci Musalmah je memasing kan... Surau kat belakang tu.
Ni la kedai Air Coconut Shake tu. Seblahnya pulak kedai mee goreng sotong.
Warna mee ni sangat merah..tapi sedap.
Air Coconut Shake yang diperkatakan.

Dah selesai makan dan minum, kami merayau-raya di sekitar Padang Kota Lama pulak, masa tu tengah sebok ada karnival apa entah, sempena menyambut tahun baru gamaknya jadi orang memang agak ramai. Cadangnya nak masuk dalam Fort Cornwallis (Kota Lama) tu tapi kena bayar pulak RM 2 (murah je). Memandangkan bile aku jengok ke dalam tu nampak macam tak ada apa-apa sangat so kami tak jadi nak masuk, just bergambar kat luar aje. 

Fort Cornwallis




Dari jauh dah nampak kapal Super Star Libra tu, jam pulak dah dekat pukul lima, jadi kami pon menapak menuju ke arah Pelabuhan Weld. Memang kena naik ikut situ dan jaraknya dari Padang Kota Lama pon tak jauh, dalam 300 meter je kot.  Sempat jugak singgah kedai beli jajan untuk di bawa naik ke atas kapal. Maklumla, pepaham je kan atas kapal tu mana ada yang murah hehheee.

Dari jauh dah nampak Super Star Libra...mengintai-intai kekdahnya.
Promo dia...

Dan yang paling penting, kami telan ubat mabuk siap-siap. Nasib baik John ada bawak, sebab aku tak sempat nak beli. Padahal sebenarnya atas kapal tu takde la bergoyang mana pon. Biasa je rasanya. Kami pon terus ke bangunan Swettenham Pier untuk check-in. Masa tu orang dah ramai yang beratur, memang sesak giler. Maklumlah, nak menyambut tahun baru katanya. Majoriti yang ada kat situ adalah bangsa Cina, dan ada jugak kelihatan beberapa bangsa asing yang kononnya nak celebrate New Year atas kapal macam kami hehehe.

Port Weld
Swettenham Pier

So kami kenalah beratur untuk ambik pas / access card. Best gile sebab dapat card tu, siap ada tulis nama kite kat atasnya. Lepas dah ambil kad tu, kena bertur lagi kat boarding area untuk pemeriksaan imigresen. Beg-beg pon semua kena scan yer, sama macam nak naik kapal terbang jugak, untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini katanya.

Hilang arah tujuk....Eh Kak Coco, mana beg troli????
Kemain ramai manusia sejagat....
Kak Coco tengah buat counter check.
Berjaya dapat card!
Beratur lagi untuk pemeriksaan.

Akhir sekali, dah nak masuk pintu ke laluan kapal, akan ada sesi photography curi. Lain kali kalau korang nak try naik kapal ni, sebelum masuk tu senyum je la memanjang, sebab diorang akan amik gambar tepi maskot dan gambar tu akan di print dan dijual di atas kapal nanti.

Amek gambar dulu dengan maskot.

Ok lah nanti aku sambung lagi kisah dalam Super Star Libra ni... 

Psstt 1: Harga tol dari Gopeng ke Tol Juru ialah RM 19.90
Psstt 2: Harga minyak kereta RM 50.00 so total dah RM 100.
Psstt 3: Harga tol nak naik Jambatan Pulau Pinang (sekali lalu je) RM 7.00
Psstt 4: Harga makan mee goreng sotong dan air soconut shakeRM 6.50
Psstt 5: Harga tiket masuk ke Fort Cornwallis RM 2.00
Psstt 6: Lagi cerita pasal Cruise di SINI dan SINI dan SINI.

WASSALAM.

34 comments:

  1. muahaha....

    muka aku jek banyakkk!!! mana muka ko weh? hahaha. aku rse kene slowkan skit xtvt menganyam nih. kang readers sume ingt kita suma buat. walhal..mmg suka pun!!! muahaha...

    ReplyDelete
  2. John:-

    Hahaha sah sah la muke korang je yg banyak dlm lemera aku..muka aku mana ada!

    kurangkan aktiviti menganyam????? oh no.....tak ceria hidup nanti.

    ReplyDelete
  3. muahaha...nnt aku tepek gmbr2 muka korang pulak byk ok! hahaha. nantikan. adeh, mcm x sempat je nk bwt entry baru..busyyy~~~ aku masih di tempat client.

    bukan ape, kang org ingt kita mulut jahat. walhal mmg btol pun! hahahah

    ReplyDelete
  4. hei! kalau ompompuan la kome ni kuat bebeno menganyam. berdose tau! #modesetazah

    aku siyes dah lama teringin nak minum kokonut shake..last aku rasa 2thn lepas kat Klebang, Melaka...bapok lama dah tuuuu...ko penah terai yg kat Klebang tu? klu compare dgn yg ni mana lagi terangkat?

    ReplyDelete
  5. alamakkk coconut shake tuh sedepnyeeee... kak coco reti buat dak? hahahha

    ReplyDelete
  6. *typo = KalaH bkn kalau

    oi kome ni mengumpat pasal sape ni ha tak habis2 7 keturunan? iskk iskk iskk...aku kenal tak org yg korang bahankan ni?

    ReplyDelete
  7. John:-

    Hhahaha takyah la tepek muka aku, tak sior teman nengoknye...huhuhuh.
    Ala bukannya kite nganyam sepanjang masa, kan banyak topik lain yang dibincangkan, contohnya macamana nak pegang kemera dengan betol, macamana nak memasak gula melaka....kan bagus tuh!

    ReplyDelete
  8. Fatt:-

    Hahaha tak baik serkap jarang tau! kami berkongsi ilmu pengetahuan tatkala berjumpa tau! hahahahahaha


    Yup aku pernah rasa kokonat shake kat klebang tu, memang sedap giler!!!!! siap orang beratur panjang lagi nak beli...memang yang tu sedap jugak..aku rasa sama je rasanya dengan yang kat Penang ni...

    Psttt:- diulangi kami berkongsi ilmu la...

    ReplyDelete
  9. Ely Hasrul:-

    HAhah tatau la kak koko tau buat ke tak, tapi aku rasa John pandai buat sebab dia bgtau aku resepi nya haritu. cer tanya John heheheh

    ReplyDelete
  10. tak sabo nak tgh gambo atas kapai... kete tak leh masuk skali dlm kapai ke. chup chup chup!!! shahrul kata nak bom kapai, dia postpone ke... icam!!!! mana asid nye.... hehehhe

    ReplyDelete
  11. br je terbaca promo dr milkadeal ni harga rm299 siap bilik...

    ReplyDelete
  12. eh kak biqque dgn kak wana orang gopeng ke?

    tengok perjalanan je dah rasa macam tengah balik kat malaysia. tu semua tu memang area saya lalu hari2 kot kalau balik Malaysia. Gopeng tu plak ex-sekolah. Mengimbau memori plak. hehe.. Nasib baik saya luar kawasan, kalau tak boleh suruh menyinggah sekali. ^^

    ReplyDelete
  13. ainul, kak wana takde, na ada hehehehe! laki i ngan na tu orang ipoh, tu yg blk kg tu...i orang tepen! weeeehuuuuuu :D

    korang, sesuka hati je menganyam! bukan kita sibuk tangkap gambar camera guna hp ke???

    ReplyDelete
  14. Bawak2 bertaubat hahahha..udah tu anyam ketupat, jom buat lemang pulak hahahahhaha..

    Confirm aku kena try kokonut shake tu hahaha, mee sotong tu pun nampak sedap je..Haih..nampak gaya mailah sini lagi la kot hahahahah! (aku notis korang asyik mailah sini! manjang!)

    Paling tak leh blah antara banyak2 gambo, MUKA KEIMANAN MASING2 BERLATARBELAKANGKAN SURAU!!! HAHAHAHHA..TU SEMUA REKAAN SEMATA2 KUANG KUANG KUANG..aku YAKIN, korang kuar je dari kawasan tu, tanduk pun naik balik hehehe (jgn marah hahahha..acah je)

    Tak silap aku kalau kite nk beli apa2 atas kapal tu, memang akan guna access kad tu kan? nanti before nak check out, kena settle kan bil dulu kan? kan? (berdasarkan kisah aku beberapa tahun dulu la, skrg tak tau la kot2 kekdah lain)

    ReplyDelete
  15. mak aih..jambatan pulau pinang tue memanjang jem jea atas tuh!

    coconut shake tue ghopenye memang menggiurkan!

    ReplyDelete
  16. Lily:-

    Saba naaaa...sok lusa keluar gambar kapal ye..silap2 John keluarkan dulu gambar kapal heheheeee.

    Huh shahrule tu? ada dia berani? hahahahaha...*ops. Ica tengah sebok polish kasut baru USS dia. hehehe.

    ReplyDelete
  17. AKO:-

    Memang hari ni tetibe ada promo dia lagi tapi mahal jugak dari yg kami dapat hehehe.

    ReplyDelete
  18. Ainul:-

    Takde Kak Wana la, Na aje hahaha Cawana tu gabungan nama laki dia Cawan dengan dia Na.hehehehe

    Ye ke ulang alik, sok sok dah balik Malaysia lalu la situ puas2 hehehe.

    ReplyDelete
  19. Biqque:-

    Ala bukan ko ke team leader menganyam? hehehehe sabo je la. Haan kes tangkap gambo hkemera guna henpon tu bio la dia jadi kenangan di restoran pak Razak.

    ReplyDelete
  20. BlueEwoke:-

    Kokonat shake sangat sedap okay..aku pon tatau macamana bleh sedap. Kalo ko tak dapat pi yg kat Penang, ko try yang kat klebang, Melaka. Fuh ramai gile org beratur beli.

    Mailah sinniiiii...*lagu pebere John.

    KANNNN muka keimanan kekdahnya wakakaka..... suci suci je ....alhamdulillah.

    aah, atas tu semua kene pakai access card tu lah, masa nak chec out baru dia charge duit kite..

    ReplyDelete
  21. Maszuber:-

    Ye memang cenggitu la keadaannya kat atas jembatan tu...pi la terai kokonat shake tu, nyaman!

    ReplyDelete
  22. eh. eh. sorry2. okeh ingat2. kak na. kak na. kak na. =p . mcam hafal sifir plak rasa. haha

    loh kak biqque, dekat je lah. saya org parit buntar+nibong tebal. ic2..

    ReplyDelete
  23. Na,

    muka keimanan??? hahahahhahahahah jadiknye korg amik yg ade cabin la kan? bape hengget jadiknye? cpt smbung.. buat ape? main judi? eh silap main guli ke? hahahaha

    ReplyDelete
  24. Ely:-

    Hahah gitulah namkpak gayanya...keimanan rakyat Marhein.
    Kami ambik 2-2, cabin dan standing pax. Aku ngan John dok standing pax je, manakala (hamboih ayat manakala!) kak koko dan masmz amek Cabin.. aku ngan John tompang guna bilik ayor je kat Cabin tu hehehehe.

    ReplyDelete
  25. ainul, parit buntar tu kampung mak sayeeeeeeeeeeee hahahaha! tu dia!

    janggel, standing pax tu kan bunyi cam tido berdiri hahahaha! sandar menyandar gitu...hahaha!

    ReplyDelete
  26. kak fatt, mamak penang punye coconut shake lagi power dari kelebang...

    mai try..mai try....

    mmg terbaik...

    ReplyDelete
  27. Biqque:-

    Hahaha lebih kurang cenggitu la, sandar menyandar sambil berdiri. hahahahaha

    ReplyDelete
  28. anna,
    yeke...wah pasni takyah gigih lagi pegi Klebang, dahle kena beratur smpai ke tepi jalan..silap2 haribulan kena langgar sblm dpt minum...mimpi ngeri~

    ReplyDelete
  29. Janggel...
    wehhh
    ape ke bersepah muka akak nih?
    dah jadi macam role model plak...
    haishhh...
    macam nih tak boleh jadi...
    identiti tersebar luas...
    (mana plak paperbag nih ????..)
    Tak de trolly? tak bawak...tak mo la beriye-iye beno..(bahu dah senget sebelah sbb bawak sume gala alat-sekulat padahal dok 1 malam aje...dah mcm satu rumah nak diangkutnyer)
    Coconut Shake ? mengaku siap2 ...memang tatau buat..tanam pokok je pandai...

    ReplyDelete
  30. Kak Anash:-

    Ala akak ni, dah itu je gambo yang saya ada...huhuhuhu *sambil nguis2 tangan kat rambut. Maklumla gambo saya mana ada cenggitu hahahaha.

    Ehem walaupon tak tau buat coconut shake tapi kapkek pandai buat kan? *wink wink!

    ReplyDelete
  31. Janggel,
    kapkek lagi?
    aduiii....(buang sawang kat mesin jahit..eh...)

    ReplyDelete
  32. Kak Anahs;-

    Hamboih nak menjait pulak ke?

    Rizalman? Hatta Dolmat??? Ke antie Leong kat kedai Tukang Jahit Ah Leong??? hahahahaha

    ReplyDelete
  33. salam.. klu amek standing pax, nk solat kt mne eh? pastu, klu nk swimming, bleh kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.
      ada surau disediakan tapi x ingat tingkat berapa. part swimming saya tak sure boleh ke tak. sebab kami x swim pulak.

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS