2011-12-06

10 Muharram...

Assalamualaikum!!!

Siapa puasa sunat hari ni? *Aku tak... tetibe.
Untuk pengetahuan semua, hari ni dah masuk 10 muharam 1433...dan dikenali juga sebagai nama Hari Asyura. Jadi siapa-siapa yang puasa sunat hari ni dapat pahala berganda-ganda ye...*napelah aku tak puasa sunat hari ni...huhuhuh.

Nak share Peristiwa Besar yang berlaku pada 10 Muharram ni, antaranya:-

  1. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  2. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  4. Allah menjadikan 'Arsy.
  5. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  6. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  7. Nabi Adam a.s. dicipta.
  8. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  9. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  10. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  11. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  12. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  13. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  14. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  15. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  16. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  17. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  18. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  19. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  20. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

Banyak sungguh peristiwa berlaku pada 10 Muharram...alhamdulillah.

Pssttt:- Orang lain sibuk puasa sunat, aku pulak sibuk pergi merayau cari makan hehehe..tengok apa yang aku jumpa!!! (RUJUK GAMBAR DI BAWAH)


WASSALAM.

Seekor Garfield didapati menggantungkan diri di sebuah lori sampah kerana tidak tahan dengan sikap tuannya yang suka memicit-micit perutnya ketika sedang tido.

2011-12-04

Borak-Borak Di Boraque Kopitiam

Assalamualaikum!!!

Tadi aku lepak kat Boraque Kopitiam...tau dak kat mana tempat tu? Di Danau Kota, dekat bebenau dengan Uptown Danau Kota, Setapak. Motif lepak kat tempat sejauh alam tu? (Dari rumah aku le). Sebenarnya dikhabarkan ramai la blogger tersohor nak berkompol menemankan si John memulangkan barang kat BlueEwoke. Kelas ko John, ko pulangkan barang pon ramai blogger temankan!

Maka perjanjian pon termeterai la, sesiapa yang free dapatlah menghadirkan diri, hasil roger-roger melalui emel, blog dan BBM akhirnya terkompollah Kak Anash(COCO NUT) , BlueEwoke dan Chawan serta dua orang budak kecik heheh aku kenal Aqilah je, yang sorang lagi (bakal jurugambar berjaya ) tu lupe pulak tanya nama, Lily (fuh yang ni memang havoc dan otai bab-bab berjalan jarak jauh nih) dan mestilah ada John. Pada mulanya sorang lagi si Biqque pon kata nak join tapi terpaksa mengkenselkan diri di saat-saat akhir...takpe next time ko tak boleh terlepas ye Biqque!

Bila dah jumpe, apa lagi masing-masing pakat bersembang tak hengat dunnia...teutama si Lily yang bercerita sampai aku tergelak keluar ayaq mata! Cayalah! *sambil bayang gaya dia pegang beg kasut Ferragamo (entah betol ke tak eja cenggini) tengah tunggu bas...kau ada? hahaha.

Apa yang pasti, sesi ice breaking malam ni sangat mengujakan. Tak sabar pulak nak kompol ramai-ramai lagi lepas nih. Mesti gegar punya lah tempat berkompol tu. Yakin 100%! Semoga ukhwah yang terjalin terus kekal sampai bila-bila. Kami ni nampak je macam dah kenal lama masa sembang di blog tapi hakikatnya baru hari ni jumpa...itulah kuasa blog kan! Disamping menambah kenalan dapat juga berkongsi ilmu. Thanks to all yang tak lokek kongsi ilmu menerojah dunia! Cayalah!

Disamping sembang-sembang, hasil tuaian malam ni:-

1. Dapat hadiah dari Chawan sebab menang peraduan dia hari tu!
2. Dapat 3 bijik kapkek buatan Kak Anash! Thanks!!!

Psstttt:- Enjoy jumpe korang semua! 
Psssttt 2:- UNTUK KISAH YANG LEBIH MENDALAM SILA JENGOK DI BLOG COCO 

WASSALAM.

Dah nak abes baru pasan nak amek gambar! hahaha
Kapkek Kak Anash!!!


2011-11-30

Terasa Bagai Berada Di India!

Assalamualaikum...

Pssttt:- Tajuk takde la kena mengena sangat..sipi-sipi je. 

Sebenarnya nak buat entry Wordless Wednesday..tapi disebabkan aku anti WW ni (memang tak pernah ada) maka terhasil jugak ayat-ayat merapu kat bawah..terima hakikat tangan tak boleh berhenti menaip...:p

Lama jugak aku abaikan blog aku ni, pegi terjah blog kengkawan pon hanya sempat tengok gambar. Tapi aku dah buat lawatan susulan, memang menarik baca kisah-kisah kawan-kawan yang kita suka tatkala diri ini kekeringan sumber dan masa untuk meraban di blog sendiri. Pasrah.

Sepertimana yang aku pernah nyatakan dalam entry sebelum ini, hujung tahun agak sibuk. Ya sungguh tak dapat dielakkan, mana nak kerja, nak layan keluarga, nak layan kawan-kawan, tambahan pulak aku kena setelkan lagi dua event. Walaupun penat, tapi aku suka sebab aku dapat belajar banyak benda baru. Sedih jugak sebab mata Cik Melatie masih tak mampu aku nak beli....sabar je la. Guna apa yang ada, janji hasilnya memuaskan.

Ok cukup merungut pasal diri sendiri. Dikesempatan ini aku nak ucap Terima Kasih pada Chawana sebab menobatkan aku sebagai pemenang dalam Kuiz Untuk Travelholic Yang Bakal Ke India yang dia buat kat blog dia di SINI. *Dalam sibuk-sibuk tu sempat jugak aku jawab soalan kuiz kan!!!! Ye aku kan gigih walaupon bukan aku yang nak ke India hehehe.

Hadiah pon aku dah terima! Terima kasih Chawana di atas sumbangan kepada aktiviti menguatkan lengan tu yer. Mungkin ia sebagai latihan mengangkut beg-beg yang berat tatkala berkelana nanti! Hehehe. *aku suka!

WASSALAM...

Tahniah buat pasangan Hafiz dan Natasya...
Tasya dan hafiz....


2011-11-22

Tahniah Rakyat Malaysia!

Assalamualaikum!!!!

TAHNIAH SKUAD HARIMAU MUDA! TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA!
(MODE PATRIOTIK)

Tak cukup sorak kat rumah, malam ni nak sorak dalam blog juga!~ hehehe . Walaupon aku ni tak minat sangat dengan game bola ni, tapi bila ia melibatkan Malaysia, automatik aku jadi patriotik! Gigih ni balik kerja awal...makan awal pastu bersiap-siap duduk depan tv dengan para housemates dari pukul 8 malam sampai 12.30 malam!

Sepanjang perlawanan, memang banyak sumpah seranah aku dengan housemates semua pastu, jantung macam nak gugur dah bersepah-sepah atas lantai. Haish tetibe fanatik kan...tapi memang perasaan yang jarang dapat aku rasa, dan hanya akan tiba bila time-time Sukan SEA, Sukan Commonwealth, Sukan Olimpik...hahaha tu la tandanya semangat 1 Malaysia!

Walaupon pemain-pemain kita dihina, dicaci sewaktu beraksi dan bendera negara di bakar, diconteng serta lagu NEGARAKU di ejek dan diperkotak katikkan oleh Warga Indonesia, tapi aku kagum sebab ATLET Malaysia tetap mempunyai kekuatan mental dan semangat yang tinggi. Aku kagum sebab diorang tak merendahkan martabat rakyat Malaysia di mata dunia. Syabas Rakyat Malaysia!!!

Jom nyanyi lagu ni sama-sama!!!

GEMURUH SUARA! TEAM MALAYSIA


Kalau engkau jatuh, Jangan engkau lemah, Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah. 
Bina yakin diri, Mampu kita lakukan, Tiada yang mustahil, 
Segalanya Boleh! 
Kita bergandingan, Meraikan Malaysia! 
Gemuruh suara, Jadi bangsa Berjaya, Gemuruh perkasa, Bawah satu bendera,
Nama kita bina, Diseluruh benua rasa bangga, Genggam amanat wira, 
Julang panji Malaysia..
Genggam amanat wira, Julang panji Malaysia!!

Sumber google.

2011-11-20

Aksi Pengantin Lama

Assalamualaikum!!!

Minggu ni mood hibernasi. Duduk diam-diam buat aktiviti biasa, tidur, makan, buat kerja rumah, pergi kerja dan seterusnya benda yang sama diulang-ulang. Ada rancangan nak meng"escape"kan diri, tapi terbatal di saat-saat akhir sebab perancangan yang terlampau singkat.

Bulan November dan Disember ni sebenarnya dah masuk musim MENGAWAN. Banyak la pulak jemputan kenduri kendara, sana kawin, sini kawin...sepupu aku pon ada dua orang yang kawin so bolehlah aku jadikan alasan, tak nak bagi sedara-mara busy sebab banyak sangat kenduri kawen kan. hahaha. Bukan setakat sedara mara kawin, kawan-kawan pon sebok nak mengawan jugak..ok biarkan. Jodoh korang kan...

OK sebenarnya nak cerita tentang pengantin lama yang sporting. Walau dah beranak pinak (3 orang) tapi tetap gigih nak posing sakan. Sebabnya, waktu depa kawin dulu, tak sempat nak posing-posing sedemikian rupa. Akhirnya aku pon merealisasikanlah impian murni depa tu, kesian juga sebab beriya-iya buat persiapan sebelum tiba hari ditembak. 

Ok jom tengok aksi-aksi diorang sebagai pengantin lama dan flower girls diorang. Semoga diorang kekal bahagia sampai ke akhir hayat. Uish dua bulan mendatang yang agak busy. So tahan je la mata korang dengan kisah-kisah orang mengawan kat blog ni ye, itupon kalau aku rajin update. Tapi kalau taknak baca pon takpe, aku tak kisah! Bak kata John....AAK? hahaha.

Pstt: tetap akan escapekan dalam masa terdekat diri walau apa pun terjadi....

WASSALAM.

 


2011-11-17

Sudu Panjang dari Korea!

Assalamualaikum!!!

Tibe-tibe rasa rindu dengan Korea....sudu panjang, chop stick besi (eh boleh panggil chopstick jugak ke)...sotong kurita idop...hahahah. Kenapa tetibe teringat semua tu? Sebab aku dapat satu set cutlery  (walau tak lengkap) dari Seoul! Fuh, lama dah ngidam nak makan pakai sudu panjang ni. Susah nak cari sudu-sudu panjang camni kat Sini, tapi kat Korea tu macam banyak sangat pulak kan... 

Thanks to Eid yang bagi kat aku menatang alah ni. Sangat suka!!! Lepas ni boleh la makan megi dengan sudu panjang, makan nasik goreng dengan sudu panjang dan minum air dengan sudu panjang ni!!! Best!

Sebenarnya dulu aku dapat berkotak-kotak set sudu dan garfu panjang ni, Kerajaan Korea Selatan bagi tapi semua aku bagi kat mak aku buat jadi penghuni tetap lemari kaca dia. Ish....

Hmmm...tak habis lagi pusing Korea, nak kene ripit nih....tapi bilakah?.....hanya Allah yang tahu.....

WASSALAM.

Diterbangkan khas dari Kuria! :)
Bile renung-renung balik makanan-makanan ni, rasa macam sedap pulak.....sebenarnya time ni aku makan udang tempura tu aje...yang lain aku tengok dan hidu. *nyesal
Cili tu, walau pon nampak sebegitu rupa, tapi ianya sangat pedas membabi buta!..Dan pengat labu diorang sangat mabeles! Eh nampak tak sudu dan gerpu panjang itew???? Suka!!!



2011-11-15

Keseimbangan

Assalamualaikum...

Dalam tenang ada kalut dan kusut...Kita sibuk mengejar apa yang  ada di depan sehingga kita terlupa pada yang di belakang. Sedangkan yang di depan itu belum tentu tahu arah tujunya, manakala yang di belakang  telah kita tahu sejarahnya.Yang di depan belum tentu akan sama dengan yang di belakang, adakalanya lebih baik tetapi adakalanya juga lebih buruk! Jadikanlah keseimbangan itu suatu kemestian.




POPULAR POSTS