2008-11-21

:: Berakhirnya Kisah Si ~Bryde's Whale:: Tercekik Sampah Katanyer...::

Macam-macam kejadian pelik yang berlaku lewat kebelakangan ini. Isu sana..isu sini.. dan yang penting dunia semakin meluahkan kemarahan terhadap perilaku khalifah yang tak sewajarnya dilakukan. Bercakap tentang khalifah, sebetulnya aku bukan yang terbaik dalam membicarakan perkara ini, tapi sebagai sebahagian daripada tanggungjawab yang aku rasa perlu untuk diketengahkan di sini, lalu aku lakukan juga. Sebetulnya dari segi definisi, Khalifah adalah "orang yang mewakili umat dalam urusan kekuasaan dan penerapan hukum-hukum syarak". Atau lebih senang aku huraikan sebagai pemimpin yang sedar akan tanggungjawabnya.

Sebagai seorang yang terlibat secara langsung dengan pengurusan ALAM SEKITAR di Malaysia, aku bukanlah paranoid atau terlalu taksub dengan apa yang aku lakukan, sebetulnya ia lahir dari naluri aku sendiri untuk terus berharmoni dengan persekitaran. Sebab itulah segala-gala yang aku lakukan, baik dari segi pelajaran mahupun pekerjaan semuanya bersangkut paut dengan "ALAM". Dari segi pengalaman, memang terlalu cetek untuk aku kongsi, begitu juga dengan ilmu. Tapi setidak-tidaknya, kita perlulah lakukan sesuatu kebaikan biarpun ianya hanya sebesar zarah sekalipun, InsyaAllah balasan yang diberi amatlah setimpal.

Cukup membebel setakat ini. Apa yang menarik perhatianku adalah, keratan akhbar yang sudah agak lama juga diterbitkan tapi saja aku mahu paparkan di sini untuk peringatan kepada diri aku dan sesiapa yang membacanya.

Sebenarnya, bukan setakat ini sahaja cara alam meluahkan kemarahannya, pelbagai cara lagi dan yang paling jelas adalah kejadian Tsunami yang berlaku pada tahun 2004. Bagi aku itu adalah satu contoh yang paling keras kepada kemuncak kemarahan "alam" kepada pemimpinnya. Jadi renung-renungkanlah...


Newspaper cutting


source: Berita Harian

PENEMUAN seekor anak ikan paus betina spesies Bryde's Whale yang terdampar di beting pasir Kuala Nenasi, Pekan, baru-baru ini menggemparkan semua pihak kerana mamalia berkenaan dianggap asing di negara ini.

Mamalia berwarna hitam dengan ukuran kira-kira 10 meter panjang dan berat lebih tiga tan metrik itu, dipercayai tersesat sebelum ditemui seorang nelayan.

Ikan paus berkenaan mengalami kecederaan pada bahagian muncung dan badan dipercayai tersesat daripada kumpulan antara dua hingga tiga ekor.

Nelayan, Saman Muhamad, 42, yang menemui ikan paus berkenaan berkata, dia terkejut melihat satu objek besar terdampar pada beting pasir kira-kira 7.30 pagi ketika hendak turun ke laut.

"Saya sangkakan kayu balak berwarna hitam yang hanyut, tetapi sebaik mendekatinya, saya dapati ikan paus itu masih bernyawa.

"Ketika ditemui, paras air sungai hanya setakat sirip ikan berkenaan tetapi disebabkan saiznya yang besar, ikan itu tidak mampu bergerak ke laut," katanya.


Ikan paus malang kembali terdampar setelah cuba diselamatkan kakitangan Jabatan Perikanan, nelayan dan pihak bomba.

Katanya, ketika ditemui ikan paus itu masih kuat apabila sentiasa cuba berenang dan bergerak menggunakan ekornya, tetapi disebabkan air cetek di kawasan berkenaan, mamalia itu tidak mampu bergerak.

Saman berkata, dia bersama lebih 15 nelayan dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Pekan dan kakitangan Jabatan Perikanan Daerah berjaya menolak ikan paus berkenaan ke laut pada kira-kira jam 11 malam.

Bagaimanapun, mamalia berkenaan sekali lagi ditemui terdampar di atas pasir di Kuala Nenasi dan mati ketika operasi menyelamat dilakukan.

Pegawai Penyelidik Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) di Rantau Abang, Terengganu, Mohd Lazim Mohd Saif pula berkata, siasatan awal punca kematian mendapati saluran usus ikan paus berkenaan tersumbat.
Katanya, plastik sampah, segumpal tali nylon dan penutup botol ditemui dalam usus mamalia berkenaan yang dipercayai menyumbat saluran ususnya.
"Ikan paus itu mengalami masalah kesihatan agak serius menyebabkan ia lemah dan tidak dapat berenang ke laut walaupun selepas operasi menyelamat dilakukan.
"Ia kembali semula ke Kuala Nenasi selepas dibawa arus deras air pasang sebelum ditemui terdampar di pantai,"katanya.
Beliau berkata, ikan paus itu tidak dapat membezakan antara hidupan laut dengan plastik sehingga menyebabkannya memakan bahan buangan itu.
Selain ikan paus, kes hidupan laut makan plastik yang dibuang pihak tidak bertanggungjawab turut dilaporkan berlaku kepada haiwan laut lain seperti penyu dan dugong.

Mohd Lazim berkata, kecederaan pada bahagian muncung ikan paus berkenaan dipercayai terlanggar batu karang terutama selepas terpisah daripada kumpulannya akibat tersesat.

Katanya, dia bersama empat pegawai Makmal Veterinar Kuantan melakukan pembedahan selain mengambil contoh beberapa bahagian ikan paus berkenaan untuk tujuan analisis.

Mamalia berkenaan ditanam di kawasan pantai Kuala Nenasi dengan diawasi polis Nenasi dan penduduk setempat bagi mengelak berlakunya kecurian.

Katanya, selepas dua bulan ditanam, Tumec akan mengambil rangka ikan paus berkenaan untuk kajian selain untuk pameran.


P/s:: Tetiba sebak bila baca kesungguhan anak ikan paus ni untuk menamatkan hidupnya kerana tidak mampu lagi mengharungi dugaan yang maha dahsyat...

8 comments:

  1. uwwaaa...sedihnya..tak suka la baca cerita pasal binatang mati, tak kira la kucing ke, anjing kurap ke, kura2 ke, ikan paus ke, sangat sensetif tau. kalo akurium rmh saya tu besor blh le tumpang bela ini memuat boh ikan puyu je camne?? huuwwaaa.. janggel telah men-down-kan hari jumaat saya. sila bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  2. Cik Saya:: Alamak...heheheh sesekali kene jugak citer pasal binatang mati supaya orang-orang disekeliling boleh sedar tentang kewujudan mereka.

    ReplyDelete
  3. sian nye ikan paus tu

    ReplyDelete
  4. Enchek CAMERA:: tu la pasal...hidupnya berakhir di sini....

    ReplyDelete
  5. sian sgt kesian
    nie sume salah janggel
    AHAHAH

    ReplyDelete
  6. Woiit aku pulak yang disalahkan...cissssss...

    SABAR je lah....

    ReplyDelete
  7. kesian kan,
    tak tau camner nak suruh orang jgn buang sampah kat sungai,
    maybe dgn mengharamkan tanah rezab di tepi2 sungai utk di diami kot,
    ataupun korang buatlah penebat sampah kat longkang2 besar supaya tak masuk ke sungai..
    huhu~

    ReplyDelete
  8. De:: erk actually dah macam2 PBT buat untuk sampah2 di sungai or di laut tapi education from the community tu tak berapa nak ada...huhuhu kesannya?? alam sekitarrrrrrrr jugak...

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS