2008-12-10

::Selamat Hari Raya Aidil Adha..::

Alhamdulillah..ummat Islam telahpun selamat menunaikan fardhu Haji di Makkah dan ummat Islam di Malaysia turut merasa kemeriahan beraya walaupun di musim-musim tengkujuh ni kan.

Di kebanyakan tempat di Malaysia, rata-rata mengalami hujan dari awal pagi hinggalah ke malam tanpa henti. Bersuka rialah katak-katak, kodok-kodok dan sekaum dengannya bermandikan hujan. Alhamdulillah..hujan rahmat. Kalau tak hujan nanti kering kontang pulak bumi nih, kemarau...Syukur aja lah.

Kesian juga kepada penduduk di Sebelah Utara Semenanjung dan Pantai Timur yang mengalami banjir besar sehingga memusnahkan kampung halaman mereka. Takziah di ucapkan. Begitu juga kepada penduduk-penduduk di sekitar Taman Mewah dan yang sewaktu dengannya di Bukit Antarabangsa yang menghadapi bencana tanah runtuh yang hebat tahun ini. Sekali lagi Takziah.. aku hanya mampu mendoakan dari jauh sahaja...nak pegi dekattakut terjebak pulak..hehehhehe.

Berbalik kepada Raya Haji, alhamdulillah sekali lagi aku dapat pulang beraya di kampung halaman ayahanda tercinta di Selangor. Walaupun tak ramai sedara mara yang pulang tapi susana bolehlah dikatakan meriah. Sempat juga menyambut hari jadi sepupu kecilku 'Haiqal' yang menyambut ulang tahunnya yang ke 2. Ala tomei-tomei nya budak nih.....Besday aku plak minggu depan!!!!! [hahahah tetiba pulak promote nih...Ha nazrin hadiahku jangan lupo!]

Sepanjang perjalanan balik beraya banyak jugak la kenderaan yang melalui lebuhraya. Alhamdulillah semuanya masih lancar. Tak ada jem yang teruk. Dan lembu-lembu yang nak dikorbankan juga tidak terlepas dari berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain..!!! Makan angin la katakan...bekorban untuk ummat Islam.. Semuanya akan ditempatkan di Syurga kelak..Alhamdulillah...

Jadi dikesempatan ini, memandangkan Hari Raya Aidil Adha ada 2 hari lagi...aku nak ucapkan selamat Menunaikan Ibadah Kurban dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua ummat Islam di Malaysia!

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!!!




8 comments:

  1. nak jadi orang pertama wish birthday to janggel. JANGGEL, HAPPY BIRTHDAY!!!!!! hadiah elek. hehehee..

    ReplyDelete
  2. Huhuhu terharu la saya kepada Cik Saya di atas ucapan itu,..... Hang merupakan orang pertama...Thanks!!!! Sob...sob... terharu.....

    ReplyDelete
  3. wah,,
    meriah nye sambutan aidiladha dia..
    eh, bile birthday bro?
    Ok, HERI BESDAY TO U,MAKAN UBI KAYU..lalalala..
    hik3

    ReplyDelete
  4. hahaha tak de la meriah mana pon... stakat ala kadar jer..

    Besday ku?? hehehe biarlah rahsia...

    ReplyDelete
  5. salam aidiladha
    nak tumpang wish gak la

    HAPPY BIRTHDAY...

    (^_^)

    ReplyDelete
  6. Heheheh apa ni semua nak wish awal2...huhuhuhu tak aci tol..... anyway thanks... :)

    ReplyDelete
  7. hepi besday yer.....=)
    selamat hari tuer....=)

    ReplyDelete
  8. Airp:: Tq..Tq...Eh apa plak tua..baru nak masuk 22 nih... still muda ,lagi hahahahahah

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS