2010-10-22

Pakcik Ke Melaka: AGAIN - Praktik Ilmu.

Bismillahirrahmanirrahim.....

Rasanya dalam banyak-banyak negeri kat Malaysia ni, Negeri Melaka la yang paling kerap aku pergi selepas negeri Perak (kampung halamanku yang terinta). Tidak termasuk Negeri Selangor/KL/Putrajaya (sebab tempat aku bermastautin). Entah kenapa pun aku kurang pasti, mungkin sebab Negeri melaka banyak meninggalkan kenangan dalam diri aku. Di sana juga aku kenal erti sahabat, keluarga dan sejarah.

Tapi rata-rata kunjungan aku ke Negeri Hang Tuah tu adalah atas urusan kerja. Maklumlah, Melaka pon dah jadi Negeri Maju 2010 (TAHNIAH!), so makin banyaklah projek yang masuk. Baru-baru ini aku ke Melaka lagi, tapi bukan atas urusan kerja, tapi urusan berjimba-jimba. Sebetulnya untuk mengisi masa yang sentiasa kosong. Bertemankan HD, kami bertolak dari Putrajaya pada jam 10.00 pagi. Tak la awal sangat, tapi cukup awal bagi hari Sabtu yang damai.

Samapi di Melaka hampir jam 12.00 tegahari. Kami bersetuju untuk mengisi perut dulu...almaklum sajalah, sarapan pagi pon ala kadar saja. Lokasi tempat letak kereta agak jauh, jadi kami terpaksa menapak ke Bandar Hilir. Tapi untung juga, dapat juga kami menembak di sepanjang jalan menuju ke sana. Lokasi makan-makan hari itu adalah di Restoran Asam Pedas Selera Kampung. Kalau tak silap aku, restoran ni memang femes, siap keluar rancangan Jalan-Jalan Cari Makan di TV3 pulak. Lokasi restoran ni adalah di deretan kedai berhadapan Menara Tamingsari.

Lepas makin, barulah akiviti menembak bermula. Kami merayau-rayau sekitar Bandar Hilir, tak sah kalau tak singgah A'Famosa dan Bukit Saint Paul, lokasi menembak yang sangat baik. Cuaca hari tu pon sangat baik, alhamdulillah.

Lepas selesai di Bandar Hilir, kami berjalan ke bangunan-bangunan merah, sebenarnya aku tak tau sangat nama tempat tu, tapi kalu sebut bangunan merah semua orang tau.

Dari kawasan bangunan merah, kami melepak di sepanjang Sungai Melaka,menyaksikan Melaka River Cruise membelah sungai dengan tenang. Habis di tepian Sungai Melaka, kami ke Jonker Walk menyaksikan deretan kedai-kedai unik di sepanjang Jonker Street, sangat happening. Banyak juga gambar untuk simpanan dicekup. I like.

Sepanjang di Melaka, walau dah berapa kali datang pon, tetap aku rasakan kelainannya. Itulah keunikan Melaka. Kami bertolak pulang ke KL pada jam 9.00 malam, itupon selepas selesai mempraktikkan ilmu Light Painting yang baru dipelajari.

Jom layan gambar-gambar tak seberapa dari kami.

PEACE!




 
 
  

12 comments:

  1. wahh..best..len kali nak join boleh? hahaha

    tapi saya takde dslr..guna lomo jek.. :P

    ReplyDelete
  2. melaka mmg tembat yg best nak "tembak2"

    ReplyDelete
  3. Hanie:

    hahah jom ler.
    Tak payah DSLR pon takper, pakai kemere hp pon boleh hehee.:)

    ReplyDelete
  4. Edy:

    Ya betol, saya sangat setuju.

    ReplyDelete
  5. pasnie boleh la aku ikit lagi...sila refer blog aku....hahahhaha..ske x?

    ReplyDelete
  6. wow..bandar hilir la bermulanya ikut lumba beskal jelajah melaka(beskalku ada bakul didepan..)..
    tak dinafikan tempat chantek untuk menembak..Cempaka dah sihat le tuh..

    ReplyDelete
  7. Anash :

    Yeyeyeye chempaka dah sehat! Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  8. erh apa blog hang dhamin?ada ker??

    ReplyDelete
  9. Fika79:

    Hahaha soklan apakah? mestilah ada. klik je kat nama dia tu ha .

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS