Assalamualaikum...
Minggu ni ramai yang bercakap-cakap pasal MAHA. Oh apakah MAHA itu? Binatangkah? Makanan kah? Pasar Tanikah??? Hahaha semua itu ada di dalam MAHA. Sebenarnya MAHA atau dalam bahasa panjangnya Malaysia, Agriculture, Horticulture and Agrotourism Exhibition 2010 yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian Malaysia (MOA) merupakan acara dwi-tahunan yang memang sangat-sangat dinantikan terutamanya oleh golongan petani, penternak, pengusaha dan segala bagai usahawan di Malaysia mahupun di luar negara.
Aku jugak tidak ketinggalan untuk menghadiri ekspo pertanian terbesar di Malaysia itu. Bila dapat saja pesanan SMS daripada member penembak tegar iaitu Mahadzir MN (nama penanya kot haha) yang mengajak aku ke MAHA, Ahad lepas, aku terus kata setuju. Daripada melayan kebosanan kat rumah, lebih baik menghabiskan masa sambil mempelajari sesuatu yang baru di MAHA.
Bertempat di MAEPS (Malaysia Agro-Exposition Park, Serdang), aku gigih pergi seawal pagi. Janji dengan Mahadzir akan berjumpa di kawasan letak kereta di Gate 2 pada jam 9.30 pagi. Jadi jam 9.00 pagi aku dah keluar rumah, bukan apa, si Mahadzir kata kena pergi awal sikit sebab MAHA buka pukul sepuluh, so ada masa nak parking kereta. Huh pelan tak menjadi rupanya! Pukul 9.30 pagi aku dah stuck dalam jem nak masuk ke tempat parking! Ya Ampunnnnnnn bukan main ramai dah orang berebut-rebut nak masuk tempat parking. Oh ya, parking kenderaan dikenakan bayaran sebanyak RM 3. Bila dah agak give-up akhirnya aku pon meletakkan kereta aku di tepi jalan tapi dekat jugak dengan pintu masuk di Gate 2. Alhamdulillah tak payah la berjalan jauh sangat. Masa tu si Mahadzir pon dah siap park kereta dia kat tepi jalan, tapi di arah yang bertentangan. So kami berjanji untuk berjumpa di Balai Pengawal di hadapan Gate 2.
Alhamdulillah, kami start menjelajah MAHA dalam pukul 10 pagi. Masuk-masuk je kawasan expo, fuh terkejut gila aku tengok buah nangka sebesar anak kambing!!! Gilerrr besar!!! First time aku tengok buah nangka besar macam tu. Kalau masuk-masuk dah dapat kejutan macam tu, kat dalam tu entah apa lagi kejutan yang ada agaknya. Oh ya masa ni juga Karnival Sua Rasa TV 9 juga sedang berlangsung. Sayup-sayup aku dengar suara Mila AF sedang menyanyi...ah lantak la, aku nak pegi tengok expo hehehhe.
Tapak expo dibahagi kepada beberapa bahagian. Kebanyakan pameran di Gate 2 ni adalah pameran pertanian seperti haiwan-haiwan tenusu (Lembu dan kambing), dan pokok-pokok buah-buahan. Aku tertarik dengan satu bahagian expo yang khas disediakan untuk industri Burung Walit! Apa yang aku baru tahu adalah burung Walit tidak sama dengan burung Layang-Layang! (sebelum ni aku ingat sama). Aku dan Mahadzir juga dapat la rasa air sarang burung yang telah dikomersilkan. Best!
Dan tarikan lain yang aku rasa best adalah di kawasan penternakan lembu dan kambing. Kat situ aku boleh jumpa kambing dari pelbagai baka dari kecik sampailah ke besar, ada yang saiz sebesar anak lebu pon ada!!! KAGHUMMMM!

Yang lembu pulak jangan cakap la, kalau kambing pon dah sebesar anak lembu, lembu pulak dah semestinya sebesar Gajah!! KAGHUMMMM LAGI! Betol aku tak bohong!!! Memang besar gila!!! Takut jugak kalau-kalau lembu tu mengamuk! Habis bertempiaran agaknya orang-orang semua. Di samping tu, ada juga arnab, rusa dan kambing bebiri.
Bila dah tengahari (dalam pukul 12.30) kami pon cari makan. Naseb baik ada kedai jual nasi lemak kukus ayam dara. Wah! memang sangat menggamit. Orang pulak tengah ramai, so kami mengambil keputusan untuk tapau dan makan di satu port yang sangat best...tersorok dan di bawah pohon-pohon nan rimbun! Memang betol-betol piknik!
Lepas lunch kami sambung jalan. Kali ni ke Rumah Nanas pulak. Banyak betol spesis Nanas yang ada kat malaysia ni rupanya! KHAGUMMMMM kuasa 3. Selain nenas, kami juga ke rumah padi, dan tapak Pavilion setiap Negeri di Malaysia. Memang best. Itu baru kisah di Gate 2.
Di Gate 1 pulak, terdapatnya beberapa buah exhibition hall yang menempatkan pameran dan jualan pertanian seluruh negara. Untuk ke sana tak dapek la nak jalan kaki sebab terlampau jauh!!! So terpaksa lah naik shuttle bus yang banyak disediakan. Bas ni jenis open, so boleh la bergayut-gayut kat tangga dia sebab memang sangat rami orang yang nak naik bas!
Sampai di Gate 1, kami meneruskan ekspedisi penjelajahan dari satu gerai ke satu gerai. Antara tarikan yang best adalah pameran Orkid. Mahadzir memang suka gila kat situ sebab dia bawak lens mikro, so bila menembak memang best! Aku biasa-biasa jer hahaha. Lama jugak kami kat MAHA tu. Sedar-sedar jer dah dekat pukul 8 malam!!!! Hahah lebih kurang sepuluh jam jugak la kami kat dalam MAHA tu. Itu pon tak habis ronda lagi!!!! Ada beberapa tempat jugak yang kami tak sempat nak kaver! InsyaAllah minggu ni boleh pergi lagi.
Ok, jom layan beberapa gambar yang sempat ditembak. Best..MAHA memang best!
PEACE!
9.30 pagi dah full!!!! |
Fuyooooo besar giler Nangka tu! |
Kalau tetiber nampak UFO kat angkasa, itu semua sebab benda alah ni la. |
Petani moden! |
Lepak makan tengahari sambil menikmati pemandangan jem jalanraya hehe |
Ni lembu spesis apa pon aku tak tau..macam babi pon ada gak. |
Bila dah penat berjalan, kami singgah urut kaki sat...free jer. |
Laksa Kuala Kangsar! Ni antara yang terbaik di MAHA! |
Makkk aiiii, panjang giler orang beratur nak naik bas!!! hahaha |
~TAMAT~
hahahahhaha..gelak besar okey baca nih walaupun ia berinformasi!mmg mcam p*g la lembu tuh, dan mmg tu la kan statemen aku bila nampak gambar lembu tuh..horror la muka dia. yang sekor tuh badan dah mcm hippo (sbb gempal kaki pendek)tp muka lembu..ntah2 lembu ni ada kacuk Mr.P tak?errrkkkkk.. aku massihh tak berkesempatan nak pi maha nih..huh!
ReplyDeletebtw, sempat lagi ada sua rasa tv9?patut la dasat traffic nyer
Beautifullife-
ReplyDeleteHahahah patut la aku dengar ada suara ngilai2 jer dari jauh wakakakaka! Tapi mmg betol la lembu tu maca B*B@ kan!!! Ntah2 memang ada kacuk ko??? no komen hehehe.
ha ah masa tu ada sua rasa. Tu yang ramai semacam jer tu...
tringin plak aku nk pegi jgk kat MAHA ni sbb ramai kata best!
ReplyDeleteNick-
ReplyDeletePergila nick..best! Tak nyesal punya. Sempat lgi kalo nak pg.