2010-12-24

Projek Teater: Siti Di Alam Fantasi

Assalamualikum!

Hahah tajuk entry pon dah macam kanak-kanak Rebina kan, takpa jiwa muda. Jom nak story sikit pasal teater muzikal kanak-kanak yang aku terjebak semalam. Ya mungkin ini adalah penutup Projek Teater (PT) aku tahun ini. Sedih kan?? tahun ni PT sangat hambar dan sunyi...geng dah tak ramai yang join so terpaksa la melepaskan beberapa PT yang sangat best.

Takpe, back to the story. Semalam bertempat di Istana Budaya, aku dan KJ (macam biasa member sepergedikan) pergi menonton teater kanak-kanak yang sangat popular satu ketika dulu iaitu SITI DI ALAM FANTASI! Fuh memang teruja nak tengok, sebab dulu kalau tak silap aku sekitar tahun 1998 dan 2000, teater Siti Di Alam Fantasi ini pernah dipentaskan di MATIC dan Istana Budaya dan pelakon utamanya adalah Amy Mastura!!! Hahaha memang pelakon chomel pujaan aku tuh.

Dengan tanggapan yang sama, aku dengan gagah gigihnya nak menonton SDAF Season 3 ni, dah terbayang-bayang pelakon chomel pujaan aku tu beraksi di 'Pentas Bertaraf Dunia' Istana Budaya tu. (Bertaraf dunia la sangat!!!hampeh ada la).

Sampai je kat Istana Budaya baru aku perasan, rupa-rupanya bukan Amy Mastura yang jadi Siti, sebaliknya seorang pelakon remaja yang kian meningkat fofuler iaitu Liyana Jasmay. Ok....(sentap sekejap, sape suruh tak buat research awal-awal). Takpe, Liyana Jasmay pon kiut jugak! Hehehehe. Tapi apa yang aku nak cakap, bila baca buku program yang dijual dengan harga RM 10 tu, barisan pelakon-pelakon hebat telah ditepekkan di dalam beberapa muka surat utama seperti Datin Paduka Umi Aida, Vanidah Imran dan Ziela Jalil!! (amacam teruja tak nak tengok???) Tapi hakikatnya malam semalam sekor pon takda, yang ada hanyalah pelako-pelakon tempelan yang bagi aku cukup hebat memegang watak-watak tersebut. kalau macam tu tak payah bubuh nama pelakon terkenal pon takpa! Aku rasa TERTIPU di situ. (ada penjelasan tak?) Atau seharusnya letak kat dalam buku program tu 'penampilan khas' sahaja bagi pelakon-pelakon terkenal tu takde la orang berharap sangat nak tengok.

Apa yang menarik mengenai Teater Muzikal Kanak-Kanak Siti Di Alam Fantasi ni:-
  1. Set pentas yang sangat Colorful dan banyak!!!! Sarat dan cantekkkkk!!!! Aku sangat suka dan ditambah pulak dengan persembahan cahaya laser yang rasanya julung-julung kali digunakan untuk persembahan teater kanak-kanak! Memang best!
  2. Para pelakon yang sangat chomel dan berbakat. Ish suka tengok budak-budak kecik belakon, sangat kiut! Liyana Jasmay pon kiut! Eby Yus pon kiut (erkkk...)...Fizo Omar....(no komen...ok la lakonan dia jadi Raja Lipas)
  3. Johan Raja Lawak sebagai Pokok sangat membantu dan berkesan dalam SDAF. Aku rasa aksi Johan tu yang banyak menyelamatkan teater ni dengan lawak-lawak spontan dia. Pelakon lain pon hebat jugak.....
  4. Jalan cerita yang sangat sesuai untuk kanak-kanak (Macam aku kanak-kanak Rebina) heehe.
Apa yang tak best pasal Teater Muzikal Kanak-Kanak Siti Di Alam Fantasi ni:-
  1. Para pelakon yang dijanjikan tidak muncul!!!! (*geram~!!! grrrrrr)
  2. Sound system yang banyak terganggu..Hai bilalah Istana Budaya nak upgred sound system diorang...kata PENTAS BERTARAF DUNIA~! Tak cukup bajet ke pon.....

Nak tahu sinopsis??? Sila gugel yer..aku malas nak tulis kat sini. Apa-apa pon citer ni memang BEST!!!!

PEACE!

Aksi Wajib depan Poster!
Geng Lipas sedang beraksi.
Geng Ulat Bulu yang lembut-lembut hehehe.
Geng Bee yang sangat kiut.
Geng Kelip-Kelip Kampung Kuantan! Hehehe
Sesumpah, Ahli Sihir dan Burung Bayan.
Geng Kataks.
Geng Ikan Duyung.;p
Johan Raja Lawak dan Eby Yus!
Tonggak Utama, Liyana Jasmay dan Fizo Omar.
Kiuttttttttttttttttssssssssss
Gantengsssssss.
Tengok tu bebudak dah siap berator nak amek autograf...segan pulak aku nak join hehe
  





6 comments:

  1. wah..macam best je..teringin nak tgk teater

    ReplyDelete
  2. Edy -

    Best..pi la tengok, semat lagi kot.

    ReplyDelete
  3. aii pakcik...sesat di alam fantasi ye lame x hapdet ni..

    hahahah

    ReplyDelete
  4. Hanie-

    Penat nak apdet belogm, sebb minggu lepas dah pulun buat 3 entry hahahaha

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS