2010-12-07

Afiq dan Murni - Selamat Pengantin Baru.

Assalamualaikum Janggelers!!!

Seperti yang dijangka, bulan doblas ni memang banyak giler jemputan mengawan kawen. Sepupu aku ajer 3 orang akan menamatkan zaman TERUNA dan DARA diorang bulan doblas nih. Fuh penat seyhhhhh tetiap minggu kena balik kampong tolong kat majlis kawen diorang! Takpe...time aku kawen nanti kalo korang tak tolong, siap la korang!!!! Aku bom rumah korang seko-seko wakakakakaka (gelak jahat).

So apa yang best masa KENDURI KAWEN? Aku pasti ramai yang suka makan nasik minyak la, nasik tomato la, nasik beriyani la, nasik hujan panas la dan memacam lagi jenis nasik-nasik bewarna yang lain. Hmmm tulunnnn aku tak suka la semua nasik-nasik yang disenaraikan diatas tu. Ntah ler, sebab kalo makan rasa macam mual-mual preggy jer. Hiks! So kalao pergi majlis kawen, aku prefer makan nasik putih jer. Itu adalah pilihan utama.

Berbalik kepada perkahwinan sepupu kau..eh aku yang berlangsung minggu lepas. Aku ditugaskan jadi pengiring /pengapit kepada dia. ALAMAK!!!! Ni first time tau aku jadi pengapit pengantin! Seumur hidup tak pernah lagi. Dulu pernah la ada sorang opismate mintak aku jadi pengapit dia, tapi aku tolak mentah-mentah. Kali ni terpaksa terima sebab everything sponsored ok!!! dari hujung rambut sampei hujung kaki wakakaka (saper yang taknak kan.....).

Jadi berlangsunglah majlis menglamerkan diri minggu lepas di Dewan Merak Kayang, Felda Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Tahniah buat sepupu aku Afiq Aizuddin Zainuddin dan isterinya Murni Salawati. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat!

Hurmmm bila lak next kenduri??? Minggu ni..minggu depan..minggu tulat...sampailah ke akhir tahun..fully booked. Kalau aku jadi wedding planner diorang kompom masyukkkkkkkkkkkkkkkk!. (berangan jer la.)

Ok PEACE!!!

Mak aku dan mak pengantin sebok cucuk bunga pahar.
Bebudak D'Saji tengah sebok kemas dewan
Vacuum Carpet, susun gelas, susun meja....
Sebelum bertugas, kasi jamu selera dulu yer sedara-sedari.
Ni dia flower girl dah tak sabo beraksi.
Ni pulak kazen-kazen aku tukang bagi bunga telur.
Mak pengantin, adik pengantin dan sedara mara tengah posing depan pintu.
Kumpulan Bale-Bale Entertainment, import khas dari Kuala Selangor.
TU DIAAAAAAAAA!!!! Nampak tak pengapit tu??? Hensem kan wakakaka!
Time ni orang dah ramai balik.
So, bila dah tak ramai orang...Let's poco-poco!!!!
Tugas kami dah settle!
PEACE!!!!







   

13 comments:

  1. soalan cliche, pengapit bila pulak? hehe

    ReplyDelete
  2. the Blabber:

    Hahahah aku dah siap hafal skrip dah. Ada banyak sampul pilihan.. kali ni aku pilih sampul B yer dengan jawapan = "Bila-bila pon boleh" .;p

    ReplyDelete
  3. FiFiey :

    Ni event wedding kat Dewan Merak Kayangan, KL.
    Thanks.

    ReplyDelete
  4. biasanya lepas ni pengapit lak..hehe

    ReplyDelete
  5. Edy=

    InsyaAllah..doa-doakanlah supaya saya cepat ketemu jodoh yer :P

    ReplyDelete
  6. lepas ni pakcik pulak jadi raja sehari..haha

    ReplyDelete
  7. Hanie -

    Tamau la Raja Sehari... Nak jadi Raja selama-lamanya.!!! (Bukan Raja Gopal yer)

    ReplyDelete
  8. Meriah. Meriah... Pengapit hari tu tak join poco-poco sekali ke???

    ReplyDelete
  9. masMZ

    Wah wah wah buat Maraton komen blog ker hari ni??? Mentang2 encik bos dah balik!

    Pengapit tak join poco-pococ pon, jadi pemain alat muzik jer wakakakaa

    ReplyDelete
  10. ha'ah wat marathon... bos memang da balik tapi arini dia takdak yang mengizinkan diri ku melayan jiwaaaaa (mood keje takdak sebab enchek bos takde nak sain borang cuti, ekeke bley???)

    alat muzik apa eh pandai main tu???

    ReplyDelete
  11. masmz

    ahaksss semua alat muzik tau..mood hentam keromo.

    ReplyDelete
  12. masmz

    ahaksss semua alat muzik tau..mood hentam keromo.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!