2010-12-31

Kisah Si Janggel di Tahun 2010

Assalamualaikum...

Finally, its come to the end of the year 0f 2010. Sekejap sangat rasanya tapi dalam pada itu pon dah macam-macam hal berlaku. Alhamdulillah, it was really colourfull and bright!.

Secara keseluruhannya, tahun 2010 ni boleh dikatakan sebagai tahun aktif meronda dan menembak. Tapi agak sayang sebab Projek Teater tahun ni agak suram, mungkin kerana beberapa faktor iaitu kekurangan 'kaki' dan kebanyakan teater yang diperntaskan tak sampai ke telingaku ini. (Wah ayat pelapik sangat kan...). Anyway, nasib baiklah dah di cover dengan pelbagai aktiviti lain yang happening giler!

Projek Teater Tahun 2010: Tak banyak cuma beberapa sahaja seperti berikut:-
1. Projek Teater 1: Makyong - Anak Raja Dua Serupa (Istana Budaya)
2. Projek Teater 2: Teater Muzikal Gamat 2 (MATIC)
3. Projek Teater 3: Teater Muzikal Tun Mahathir 2010 (Istana Budaya)
4. Projek Teater 4: Teater Muzikal Siti Di Alam Fantasi (Istana Budaya)

Huh cuma empat jer???Jauh meleset dari tahun 2009. Hmmm apa boleh buat, faktor masa jugak mempengaruhi jumlah penglibatan untuk PT tahun ini. Kebanyakkannya semua Teater Muzikal, ya aku suka Teater Muzikal! Sangat berseni dan tak boring!.

Banyak juga tempat-tempat baru yang aku eksplore tahun 2010. Samada pergi sorang-sorang, dengan family atau dengan kawan-kawan. Pembukaan tahun 2010 sangatlah happening, aku sambut bersama teman-teman sekepala di Look Out Point, Bukit Ampang. Thanks to kengkawan yang sanggup datang ke KL (aku dan Boring kena jadi hos tahun ni) untuk sama-sama berjimba-jimba! Dolly (Japan), Tan and Adie (Singapore) sama-sama kami eksplore tempat-tempat makan menarik di KL. Best! rentetan daripada itu banyak lagi eksplorasi yang aku buat. Cuba tengok lists kat bawah nih:-

1. Look Out Point, Bukit Ampang (New Year celebration and gahtering with Adie, Dolly, Tan and Boring)
2. Eksplorasi Meredah Hutan FRIM (With Jamal and Kaki Jalan)
3. Mengintai Kelip-Kelip di Kuala Selangor (With Fdean)
4. Hop-on Hop-Off di Kuala Lumpur (With Kaki Jalan)
5. Eksplorasi Melaka (With Inetz)
6. Eksplorasi Bukit Tabur (With Kaki Jalan, Mamud and Kay)
7. Eksplorasi Ipoh - Balik kampung (With Deennasour and Apit)
8. Eksplorasi Pesta Belon Udara Panas di Putrajaya - (Alone)
9. Eksplorasi Singapura (Alone)
10.Eksplorasi Universal Studio Singapore (With Adie, Tan, Dolly, Jamal, Boring and Max)
11.Eksplorasi Kuching and Serikin (With Family)
12.Eksplorasi Melaka (Again) (With Joy and Inertz)
13.Eksplorasi Port Dickson (With Boring and Max)
14.Eksplorasi Hutan Lipur Sungai Tua (With Inertz, Kaki Jalan, Mamud, and friend)
15.Eksplorasi Paya Indah Wetland (With Kaji Jalan, Ina, and Wan)
16.Eksplorasi Floria 2010 - Putrajaya (Alone)
17.Eksplorasi Kuala Lumpur (With Haluan Sendiri)
18.Eksplorasi Gunung Nuang (With Kaki Jalan, Mamud and Friends)
19.Eksplorasi Pangkor 1 (With Fdean, Acid,and Wanai)
20.Eksplorasi Pangkor 2 (With Kaki Jalan and Hang Dhamin)
21.Eksplorasi Bukit Tinggi (With Kaki Jalan and Hang Dhamin)
22.Eksplorasi Melaka 3 (With Hang Dhamin)
23.JOM Batu Caves with Ijam (With Kaki Jalan, Hang Dhamin, Shaz,kenon Mikhail dan Mahadzir MN)
24.Eksplorasi Pulau Pinang (With Kaki Jalan, Hang Dhamin, Shaz dan Kenon Mikhail)
25.Eksplorasi Johor (Alone)
26.Eksplorasi MAHA 2010 (With Mahadzir MN)

Hmmm tak banyak jugak kan? Tapi best sebab banyak juga benda-benda baru yang aku belajar dan dapat menambah kengkawan baru. Itu semua priceless moment!

Oh ya ada satu lagi segmen yang aku banyak kali buat juga iaitu Segmen Jalan-Jalan Cari Makan. Huh Benda ni memang tak boleh tinggal, satu aktiviti wajib kalau takde benda lain nak buat hehehe.

1. Medan Ikan Bakar Umbai, Melaka (With Inertz)
2. Medan Ikan Bakar Tanjung Harapan, Klang (With Inertz and Shaun)
3. Hokkaido Restaurant - KL jer (With Kaki Jalan, Inertz, mamud and Friend)
4. Al-Rawsha, KL (With sec. school pals)
5. Ikan Bakar Belakang Istana Negara, Jalan Bellamy (With Kaki Jalan and Fdean)
6. Melantak at Vichuda (With Fdean and Wanai)
Heheh kebanyakaknnya semua pasal ikan bakar kan? Nak buat camana, dah peberet. Tapi sebenarnya ada banyak lagi lokasi jalan-jalan cari makan yang aku pergi cuma tak direkodkan secara in-person blog jer (uits terms barukah? hehe)

Rasanya tahun 2010 ni belum cukup meriah lagi. Banyak lagi plan aku yang belum tertunai dan insyaAllah akan ku tunaikan pada tahun 2011. Doakan kejayaan ku yer!

Psst: Niat nak keliling dunia tapi fulus tak ada...hmm ada siapa-siapa nak sponsor tak??? Kecik tapak tangan, tasik Putrajaya saya tadahkan...Kompom aku akan buat liputan besar-besaran nanti. (Teringin nak buat macam dokumentary Globe trekker hehehe)

Sengals.

SELAMAT TINGGAL 2010!!!!
SELAMAT TAHUN BARU 2011!!!!
PEACE!!!
 





2 comments:

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS