2010-12-15

Merempit dan Penghargaan

Assalamualaikum!!!

Tuan tanah minggu ni rajin pulak update blog kan? hehehe apa boleh buat...nafsu tengah membara (nafsu update belog yer bukan nafsu lain!!)

Lepas peristiwa tayar keter aku digonjengkan minggu lepas, tiba-tiba aku terasa macam best je naik kereta aku..maklumlah dah dapat tayar baru (hukhukhuk (T_T) nanges sebab kena paw dengan keter sendiri). So bile dah terasa best bawak keter dengan kaki barunya itu, aku pon decide la nak pegi round-round kota di malam hari lahirku...wah! Sangat looser kan jenjalan seorang diri? Pedulik apa haku orang nak kata, yang penting aku tak ganggu hidup sesiapa yer dak?

Perjalanan ronda-ronda kotaraya malam semalam memang best, lancar jer jalanraya KL. Tak jem langsung. Mungkin sebab tau hari ni hari spesel aku kot (ngeh ngeh...). Dari rumah aku terus meredah lebuhraya PLUS dan mengikut kata hati sampai kemana-mana saja sambil buat konsert dengan lagu-lagu baru dalam keter! Hahahaha best giler! Kalau tak percaya cuba lah!

Teringat zaman kat Universiti dulu, aku dan member kamceng sekolej selalu jugak merayau-rayau malam-malam buta mencari ketenangan. Masa tu naik moto kapcai jer Honda C70 milik member aku. Cuba korang bayangkan sebuah motor Honda C70 meredah kotaraya di waktu malam, best giler. (naseb baik tak kena tahan ngan polis sebab merepit :p) Rasa tenang dan hilang semua tensi. Jadi, bab-bab merayau malam-malam buta ni bukan benda asing bagi aku. Tambah pulak kalau aku tensi sesangat, memang itulah yang aku buat. Pernah sekali tu aku merayau sampai ke Melaka (terus pi makan ikan bakar kat Umbai hahahha-  Hahahaha makan tetap makan yer).

Ok enough about merayau-rayau.

Sebenarnya tujuan aku update blog hari ni sebab nak menyatakan rasa terima kasih aku kepada kazen-kazen aku yang sama-sama menjayakan sesi penggambaran mingu lepas. Terasa nak nyanyi lagu Wonder Pets pulak... 

"Apa yang penting??? Kerjasama...Apa Yang Penting??? Kerjasama...Wonderpets wonderpets kami datang, membantu triceratos yang kesusahan...(tetiber triceratos kan??? betol ke eja camtu???)" Tapi tu memang lirik dia laaaa, kalau tak percaya sila dengar.

To Ina- kalau ko tak berbaring-baringan di atas jalanraya dan meminjamkan senjata hebat ko pastinya gamabr-gambar itu biasa-biasa saje.

To Akmal - Ko sanggup merempit bawak moto kapcai kuning tu mengekori kami yang naik kereta semata-mata untuk props yang cantik! Cayalah.

To Ayop - GPS bergerak- maklumlah anak Tok Sidang katanyer. Mestilah tau selok belok kampung dan tempat baekkkkk punya untuk ehem..ehemmm (alamak terkantoi disitu)

To Te-o - kalau takde ko, takderlah bubble-buble yang menghiasi frame gambar-gambar pengantin tu.

And to Dilla and Arief - our backup jurutembaks. Hehehe sangat membantu.

So masing-masing ada peranan kan? Lepas ni jom kita buat bill dan bagi pada pengantin!!!! Amacam????Setuju???

Oklah, cukup setakat ni aku merepek.

PEACE!
Orang Kuat No 1
Orang Kuat No 2
Orang Kuat No 3
Orang Kuat No 4
Orang Kuat No 5
Orang Kuat No 6 (seblah aku tu)


4 comments:

  1. kl dekat sini, boring2 lepak dekat Awana. seronok jek lepak atas bukit tu kira kereta..hehe

    ReplyDelete
  2. Salam Bro...

    Guna camera pe?? Len kali nak buat photo shoot...ajak arr...

    Hehe..lembu pun bleh jadik background...shabbas bette!!

    ReplyDelete
  3. Hanie:-

    Tu arr suka gak g lepak kat bukit tu tapi kalau memalam sensorang bahaya gak.

    ReplyDelete
  4. Inalegolas:-

    Guna Canon 1000D jer,. hehehe
    Insyaallah, slalu gak buat shot beramai2.

    Hehe mestilah, lembu pon nak glemer gak! ;)

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS