2010-12-20

Melaka: Pakcik Jumpa Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang!!!

Assalamualaikum!

Pejam celik pejam celik dah nak sampai penghujung Disember merangkap penghujung tahun merangkap penghujung cuti sekolah. Fuh 3 dalam satu tuh. Tapi yang pastinya setiap minggu penuh dengan undangan perkahwinan. Seperti yang aku bagitahu dalam entry-entry lepas, bulan Disember ni saja aku dah full dengan kenduri kawin...sampai aku nak pikir pasal aku pon tak sempat [wakakaka alasan baek punya].

Hujung minggu lepas aku dipaksa oleh kazen aku sekali lagi untuk mengiringi rombongan pengantin ke Melaka. Pada mulanya memang aku taknak pergi sebab tak ada geng. Mami dan papi pulak tak sihat di kampung so memang tak berapa bernafsulah aku nak ke Melaka. Tapi setelah dipujuk-pujuk oleh kazen aku [aku ni pantang dipujuk pasti cair] terus aku terikut juga ke Melaka.

Aku dan kazen aku bertolak dari KL jam 4.30 petang. Sedara-mara yang lain dah bertolak awal dari Selangor. Alih-alih boleh pulak kami terkumpul di Hentian Seremban...hmmm kebetulan. Jadi beramai-ramai la kami berkonvoi ke Melaka. Rumah pengantin terletak di Pantai Puteri, Melaka. Kami sampai di Melaka lebih kurang jam 8.00 malam..Lama giler!!! [sebab banyak berhenti dan trafik jem yang teruk].

Di Pantai Puteri, kami dihantar menginap di sebuah homestay Straitsview Lodge. Best jugak tempat ni sebab suasana dia ala-ala kampung betol-betol mengadap laut. Accomodation pon selesa. Jadi sepanjang malam sampai la ke pagi tak habis-habis kami merayau ke rumah pengantin la, berlegar-legar tepi pantai dan bersembang-sembang.

Seperti biasa jugak, aku, dan kazen-kazen aku yang lain ditugaskan untuk jadi jurutangkap terjun untuk pengantin. Ke hulu-kehilir jugak la kami mengangkut pengantin pusing-pusing di seluruh Bandar Hilir. Orang bukan main ramai kat Bandar Hilir tu, tak pasal-pasal kami jadi bahan tontonan umum...apa boleh buat, pengantin mengejar glamer wakakaka!. Ada jugak yang tumpang bergambar dan ada juga yang tanya: "Ni pengantin betol ke pengantin tipu?" Hahahaha...

Apa-apapun memang best bergambar di Melaka. Satu lagi pengalaman baru telah ditimba. Jom layan sikit gambar-gambar yang ada!

PEACE!!!
Sempat jugak jalan-jalan kat Ayer Keroh...bawak makcik-makcik Shopping!
Inilah tempat kami menginap.~!
Geng Sengals mula beraksi!!
 
 
 
Aksi belakang tabir!~
Kalau nak berjaya kenalah GIGIH!

Antara peminat yang ingin bergambar! Cewah!~ Ni dari Korea rasanya.


Psssttt:: Gambar diatas biasa-biasa jer...banyak yang hampeh dari yang cantek...sekadar memenuhi ruangan entry ini saja....:p

[Mode: Sunyi ditinggalkan]





8 comments:

  1. masMZ:

    Amboi pantasnya!!! Mestilah Sakan!!!

    ReplyDelete
  2. pakcik janggel..

    nanti kenduri cik gebu kat kedah..nak mai tak?

    hehehhehe

    ✿(^^,)✿

    ReplyDelete
  3. Cikyanigebussss:

    Hahha kalau cik yanie sponsor...esok jugak saya mai kedah! wakakaka~

    ReplyDelete
  4. nice pic...kalau petang langit kat kota a farmosa sangat cantik....

    ReplyDelete
  5. Johari:

    Thanks..yup langit petang tu memang cantik dan sangat panas!!!Tapi tak banyak masa sebab dah nak malam so kena buat ekspress shoot.

    ReplyDelete
  6. Nick-

    bosan lor asik tanyak soalan tipikal.Aku dah kawin dah..dalam mimpi. hahaha!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS