2012-11-02

Cara Mudah Renew Passport Anda!

Assalammualaikum!!!

Korang pernah guna MyOnline*Passport ? Aku tak pernah, tapi baru pagi ni aku try guna menda alah tu. Kira macam kagum jugak la sebab ianya cepat, pantas dan tuntas! Apakah bendanya MyOnline*Passport  ni?

Ok mai sini aku cerita  untuk rujukan sesiapa yang tak tahu la eh. Yang dah tahu tu, bolehlah share-share experience kat sini! Jangan kedekut sangat naaaa. (ish awat aku sebok nak berloghat Utara ni?). MyOnline*Passport merupakan satu cara /kekdah mudah untuk meng renew passport anda yang dah nak mampus. Seperti mana yang kite sedia maklum, kita tak boleh nak masuk ke kebanyakan negara kalau tempoh expired date passport kita dah capai masa 6 bulan sebelum tarikh tamat. Sebagai contoh, kalau passport korang tamat pada bulan Mei 2013, makanya bulan November 2012 adalah tarikh terakhir anda boleh menggunakan passport anda itu (yakni enam bulan sebelum tarikh tamat). Ada paham? 

Ok disebabkan aku ni busy, tak menyempat nak berkampung kat Jabatan Imigresen lama-lama, maka aku mengambil inisiatif untuk meng renew passport menggunakan MyOnline*Passport . Senang je nak guna, jom lihat cara-cara yang aku buat:-

Syarat wajib ada:
  1. Gambar berukuran passport (latar belakang biru, bersaiz 3.5:5, berpakaian gelap, mata menghadap kamera, rambut tak menutupi dahi atau tudung tak menutupi dahi dan senyum. Ala standard la gambar passport, takan korang tak tau).
  2. No passport dan no Kad Pengenalan (yang ni korang kena ingat atau sediakan sebab nanti akan diperlukan untuk diisi di ruangan mula).
  3. Duit (melalui kad kredit MasterCard/Visa/Meps pon boleh - terpulang la kalau korang nak buat passport untuk dua tahun (RM100) atau lima tahun (RM300)).
Ok dah ada perkara-perkara wajib kat atas tu? Boleh proceed.

1.  Buka website MyOnline*Passport ( https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport ) Dah baca semua syarat kat page tu lepastu ketik SETUJU.

2. Lepas tu akan keluar paparan seperti di gambar ini:

Sila masukkan no passport lama anda dan no IC anda.
3. Maka selepas itu akan keluar pula paparan sebegini. Nampak tak, takde gambar kan? so korang kenalah upload gambar mengikut spesifikasi yang ditetapkan:


4.   Ni paparan yang akan keluar bila dah ketik ruangan upload di atas tu:


5.  Kemudian boleh la upload gambar anda. Pastikan sizenya tepat ya.

Alamak over size pulak. Terpaksa buat sekali lagi.
6.  Ulangi langkah yang sama kalau size tak tepat, sampailah button BACK tu boleh diketik. Kemudian paparan akan kembali seperti ini beserta gambar! 


7.  Sila semak segala butiran yang dipaparkan, butiran tu automatik keluar sebab dia dah detect masa kita key in no passport dan IC kita di awal page tadi. Kemudian jangan lupa pilih tempat /cawangan Pejabat Imigresen yang berdekatan dengan tempat anda untuk collect passport baru anda nanti!.


8.   Jangan lupa juga pilih mode pembayaran anda dan tekan update. Maka paparan ini akan keluar:-


9.   Ha amacam sekejap je kan? Jangan lupa print slip dan bawa masa ambil passport anda nanti! Mudah dan cepat!

10. Ok masa ambil passport tu nanti sila bawa skali gambar passport asal untuk diserahkan kepada orang Imigresen tu sebab kemungkinan gambar yang kita upload tu tak terang. (bongok kan? Baik tak payah upload!)

Ok, sekadar berkongsi maklumat. Semoga berjaya!

WASSALAM.

39 comments:

  1. wahhh! berguna! pernah jugak try aritu tapi ade masalah nak pegi collect pulak..last2 terus pegi imigresen je buat hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ceklala:

      Banyak masa boleh dijimatkan kalau pakai online. :)

      Delete
  2. mcm tahu2 saja ai nak kena renew paspot bulan depan. hahahahaha mekaseh pacik!! ;p

    ReplyDelete
  3. eh2...mudah la..hehe =)
    tQ n bookmark!

    ReplyDelete
  4. wah cepat ko update pasal ni! cepat dan pantas seperti imigresen jugak! Terima kasih diatas perkongsian ini, cewah tetibe skema! #untungla org skrg nk buat passport, dihujung jari je kekdahnya..hehehe

    ReplyDelete
  5. Lagi best kalo diorang buat delivery service skali.. takyah susah2 nak pegi amik kat imigresen sane .... mcm renew roadtax and lesen tu....

    ReplyDelete
  6. aku suka ko tolong share benda2 cenggini..

    thanks.

    ReplyDelete
  7. i did try once but due to bad quality of photo scanning, i went directly to immigration.

    tips: sila dapatkan scanner yg berkualiti cantik KALO nak gambar kita cantik disitu :D else, tak kisah la hasil camne, blasah jerrrr :)

    ReplyDelete
  8. dah cuba mggu lepas. semangat waja scan gmbr, last2 smpi sane die mtk gmbr hardcopy jugak.

    best sebab tak yah beratur. yeay!

    ReplyDelete
  9. Wah kemana la agaknya misi kali ni...

    ReplyDelete
  10. yang renew je ye?
    apply baru xleh ke?
    *nubies*

    ReplyDelete
  11. Salam

    Janggel : muka mmg petak2 eh? Miahahaha abeslah aku kne panah petir tny soklan ni heheh

    Btw great info! Wpon jarak umah n tmpt wat pasport 5 min je.. Heheh

    ReplyDelete
  12. Hanie:

    Ye saya leh hidu awak nak pi buat passport bulan depan hahahaa.

    ReplyDelete
  13. BlueEwoke:

    kekeke sementara tengah tak bz. Gitew.

    ReplyDelete
  14. Azra:

    Haaaa la kan, tapi still kena pi sana gak sebab nak scan cop jari la.

    ReplyDelete
  15. Biqque:

    Kann gambar tak lawa...passport aku gambar buroq!!!

    ReplyDelete
  16. Ajla:

    Kannnn mmg dia mintak hardcopy jugak last skali... hampeh.

    ReplyDelete
  17. Mie:

    Errrr ala tak kemana pun mie. dok sini je.

    ReplyDelete
  18. Aliah Nuqmans:

    Setau saya yg renew je, nak buat baru kena pi sana jugak. banyak prosedur katanya.

    ReplyDelete
  19. sgtt mengkagumkan..kalo ade deliver lg best ahhahaha

    ReplyDelete
  20. Abbazeef-wanderlust:

    Ye mmg cenggitu la wajahku berkotak2 hahahaha.
    Thanks

    ReplyDelete
  21. Summayah Nadirah:

    Ye memang kan.

    ReplyDelete
  22. Thanks for sharing. :)

    Kebetulan memang nk kena renew passport.

    ReplyDelete
  23. ko ingat ko pakai purdah ke??? hahaha

    thanks for sharing!

    ReplyDelete
  24. ntahnyer????
    (sambil tekan keyboard kuat2....tanda geram...)
    motif?
    sebab tak pandai mende-mende on-line gala nih...
    beli tiket kapalterbang online pun fail? ada ati akak nak renew pasport on-line?

    ReplyDelete
  25. serious baru tahu kot!!!!! thanks!!!

    first time melawat blog ni. salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  26. Hani:

    Hahaha tau dah, memang saja je buat entry ni khas untuk mu hahahaa

    ReplyDelete
  27. John:

    Nak jugak merasa pakai purdah! kekeke

    ReplyDelete
  28. Anash:

    Bertabahlahkak... kan dah jadi RETIS skg ni, tetiap mgu kuar TV3! So pepandaikanlah diri dengan benda2 online ni. senang peminat nak berinteraksi nanti.

    ReplyDelete
  29. Basil Hibiscuit:

    Thanks for coming!

    ReplyDelete
  30. Naramas Aman:

    Thanks kak NA. cubalah jangan tak cuba!

    ReplyDelete
  31. janggel,

    aku dh try bt tadi...tp tmpt collection xde tulis putrajaya...yg ade bukit kayu hitam, lawas, limbang, labuan...geram betul la..

    ReplyDelete
  32. Perkongsian yang sangat menarik.. Kalau nak mudah buat atau renew passport, boleh ke Pejabat imigresen sini ye :)

    http://miaqaisarah.com/2016/03/23/mudahnya-renew-passport/

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS