2008-11-18

::Review Filem: Madagascar 2: Escape to Africa::

Alex:: I like to move it..move it..

Gloria:: He like to move it..move it

Marty:: She like to move it..move it

Melman:: We like to move it..move it

Itulah antara lirik lagu yang mampu memecahkan panggung!!! Dengan aksi chomel dan bergaya dari ke-empat-empat ekor haiwan iaitu Alex si singa, Gloria seekor badak air, Marty seekor kuda belang dan Melman seekor zirafah!Keempat-empat haiwan ini mempunyai watak-watak yang berbeza dan menghiburkan!

Khamis lepas, aku berpeluang sekali lagi menonton filem yang hebat tahun ini heheheh Madagascar 2! Dah lama merancang nak tengok dan akhirnya menjadi kenyataan.


Madagascar 2: Escape to Africa adalah sambungan daripada filem tahun lalu Madagascar di mana setelah sekumpulan haiwan daripada salah sebuah zoo di New York melarikan diri kini merka bercadang untuk pulang semula ke New York. [Pelik bunyinya kan?] Tapi itulah kelainan yang ditonjolkan oleh filem animasi ini. Ketepikan segala logik akal dan fikiran.

Sepanjang perjalanan menaiki kapal terbang yang diketuai oleh sekumpulan penguin..tiba-tiba kapal terbang yang mereka naiki mengalami masalah dan terhempas di bumi Africa. Di sinilah bermulanya kemuncak filem ini di mana kisah hidup Alex kembali diputarkan sehingga membawa ia kepada pertemuan kembali dengan kedua ibu bapanya Zuba dan Florrie. Zuba pula merupakan ketua kepada kawanan singa di kawasan itu, merasakan sungguh gembira dengan kepulangan Alex yang disangkakan telah mati sejak lama dahulu.

Muncul pula watak Makunga, seekor singa jantan yang jahat yang mempunyai agenda untuk merampas title Zuba. Makunga menghasut Alex untuk memilih lawan yang salah dalam pertarungan puak yang wajib dilalui oleh setiap anak singa. Akhirnya Alex kalah memandangkan dia memang tidak pandai langsung untuk berlawan kerana kebolehannya hanyalah menari!! Ya sebab itulah dia digelar King of New York!

Pada masa yang sama juga, Marty telah menyertai kawanan zebra yang merupakan keluarganya. Di sini dia mengalami krisis identiti dimana dia tertekan untuk mencari kelainan di antara dia dan kawanan zebra yang lain. Ketensionannya semakin menjadi-jadi apabila Alex yang merupakan kawan rapatnya pun tidak dapat membezakan dia dengan kuda-kuda belang yang lain!!!

Gloria pula sibuk mencari cinta sejati di kalangan badak air yang ada di situ dan akhirnya dia menjumpai Moto Moto, seekor badak air yang gagah perkasa!! Namun dia tidak menyedari yang Melman sebenarnya telah mencintainya sejak sekian lama.

Melman pula dilantik menjadi bomoh di kalangan kumpulannya. Namun dek kecewa dengan cinta Gloria, dia pun nekad untuk menjadi korban akibat kemarau yang melanda kawasan itu. Apakah puncanya?? tengok sendiri..

Ops..taknak citer lebih-lebih....cukup sekadar pembayang sahaja. Silalah tengok filem Madagascar 2: Escape to Africa ini kerana ianya berbaloi! Heheheh Syioooookkkk!


18 comments:

  1. alaaa...tak aci tol la..asyik die je yg p tgk wayang...

    p/s: ish zura ngidam nk tgk cite ni!!cm best jerk..tgk iklan je pon da ngekeh2 gelak..hehe

    ReplyDelete
  2. Cik zura: best woooo citer nih. rugi tak tengok!! P la tengok..siyesss tak rugi..

    I like to move it move it,,,,

    ReplyDelete
  3. wahhh..mcm ni la best. baru le saya dpt baca review madagascar2 yg bebetol. nak jugak tengok tapi ada tak part2 ala2 sedih? kang saya menangissss... tgk cerita meet the robinson pon saya bantai nangis bengkak2 bijik mata..

    ReplyDelete
  4. Cikzura::: Wakakakaka nagis???? apa daaaaaaaaa ni citer tarak sedey2 punya... terharu sikit2 ada la sebab hubungan persahabatan diorang yang alagk pure gituh.. heheheh

    Tapi memang best...cepat pegi tengok!!

    ReplyDelete
  5. suke citer mcm ni....

    comeiii je para pelakonnye...

    hehheheh.....

    ReplyDelete
  6. alahai
    best nye
    lom tgk ag citer nie

    ReplyDelete
  7. isy citer bdk2 pn nk tgk ker!!!
    umo bape ni??!!!
    (wuaaaaa jlez ni, nk tgk wyg gk)

    ReplyDelete
  8. best kew?org save gmbr2 tu..mcm comey jew...tq brooo!

    ReplyDelete
  9. EnchekCamera:: Yup besttttttt sangat .. pegi la tengok.. Ish aku nih tak habis2 promote kat orang..padahal bukan dapat komisen pun...

    ReplyDelete
  10. Hiroshi:: aku pun takde link dia la .... try ler kalo2 ada kat youtube kihkihkih

    ReplyDelete
  11. Nazetnut:: Kami tahu hang jelesss wahai budak kecikk... harharhar nanti nak kasi jeles lagi.... kat sana takde wayang ker??? kuikuikui...

    ReplyDelete
  12. anap:: Best la anap..rasa nak tengok sekali lagi hikhikhi.... tapi memandangkan bajet yang agak ketandusan..terpaksa abaikan..tgu DVD cetak romp je nanti kahkahkah...

    ReplyDelete
  13. waa...apsal pegi dulu??..arituh da q nk beli tiket..last2 bila da nk dkt smpai..baru perasan kt screen tuh warnakan Madagascar 2 dgn kaler merah..akibat spek mata yg hampir expired nih..baru la perasan rupernyer tiket da sold out!!..

    p/s - nyesal tak wat reservation awal2...tak kira nnti nk tgk gak!

    ReplyDelete
  14. CikYanie::: Citer quarantine tu biler??? tunggu dapat gaji eh hehehheheheheheh

    ** tengah pokai nih..

    ReplyDelete
  15. ADAM:: awat adam??? hang tak tengok lagi???? ish rugi rugi..len kali sound la awal2 kata nak ikot.

    Erkk pi tempah sepek baru, gaji kan dah nak dapat hehehehe.

    len kali ikut konsep aku...kol reservation awal-awal.... heheheheh.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS