Skip to main content

Incredible India Part 9: From Jaipur To Agra and Fatehpur Sikri

Assalamualaikum!!!

[ Sambungan dari SINI ]

Sepanjang berada di dalam keretapi, perut aku memang tak henti-henti bergelora!!! Nasib baik boleh tidor, sesekali terdengar jugak bunyi keretapi berhenti tapi yang nyatanya kami belum tiba di Agra. Yup, perjalanan ke Agra mengambil masa lebih kurang 4 jam. Sleeper train yang kami naiki memang selesa, keadaannya sama macam keretapi di Malaysia, ruang tidur yang agak sempit tapi cukup la untuk sekadar melelapkan mata. 

Beberapa minit sebelum tiba di Stesen Agra Cantt, kami dikejutkan oleh seorang pakcik tua, petugas train di situ. Beliau ada senarai nama penumpang-penumpang yang akan turun di Agra. Mujur jugak, kalau tak entah kat mana lah kami diturunkan! Kekeke, setelah bersedia dengan bagasi yang bagak macam anak gajah, kami menunggu untuk keretapi berhenti. Akhirnya keretapi berhenti di Stesen Agra Cantt. Dan ketika inilah kami nampak ada seorang lelaki dah aim kami dari jauh! Cilaka betol masyarakat tak bertamadun ni, kerja nak menipu je (bisik aku dalam hati setelah mengalami pengalaman buruk beberapa kali, memang itu yang layak aku anugerahkan pada mereka). Kami turun dari train dan terus bergegas menuju ke luar station.Saja kami buat-buat tak nampak lelaki yang mengikut kami sejak keluar dari perut keretapi. Betul kata Danny, memang lelaki tu dah aim kami dari awal. Lelaki tersebut menegur kami dan bertanya kami hendak ke mana. Kami buat tak tahu dan cakap kat dia yang kami menunggu kawan kami datang menjemput kami di situ.

Setelah lelaki tersebut beredar, kami kembali berjalan ke luar stesen, ya ampunnnnnn keadaan dia lagi teruk dari di Delhi!!! Keadaan sesak, dan tuk-tuk berada di merata-rata tempat. Masing-masing cuba memikat hati kami untuk menaiki tuk-tuk mereka, cilaka betol! Tak hormat pada pelancong langsung. Kami nekad untuk menaiki satu tuk-tuk yang dipandu oleh seorang pakcik tua. Dengan tambang lebih kurang Rs 60 kot (aku tak ingat sangat) kami menuju ke Tourist Guest House yang terletak tak berapa jauh dari Stesen Agra Cantt tersebut. Waktu tu baru pukul 7.00 pagi, tapi keadaan dah kucar-kacir, sabor je la.

Perjalanan ke hotel memakan masa lebih kurang 10 minit je. Kami tiba di Tourist Guest House dan masuk untuk check-in. Seperti biasa kena photostat passport dan isi buku tebal tu. Wajib!! Malangnya tak boleh nak masuk bilik lagi sebab bilik belom siap dikemas. Tepaksa la aku melepaskan cerry berry di tandas di ruang tamu. Lega! Hahahaha.

Kami bersarapan pagi dahulu di kawasan taman di tengah-tengah guest house ni. Memang cantik guest house ni!!! Harga pon murah, macam tak kena je dengan rupanya yang agak selesa dan cantik. Siap ada taman tau kat tengah-tengah guest house tu! Dan yang penting, macam-macam jenis pelancong asing ada kat sini, yang aku perasan ada guest dari Korea, Jepun dan mat salleh yang entah dari mana-mana tah. Aku rasa memang guest house ni popular di kalangan pelancong asing. Tak sia-sia kami pilih untuk duduk kat situ. Ngehhh~
Nota: Harga sewa bilik untuk twin bed bagi 2 malam hanya RM 36 !!!! Gile tak murah??? Untuk keterangan lanjut boleh hubungi hotel tersebut di alamat berikut:-

4/62, Kutchery Road, Opp Zila, Parishad, Baluganj, 282001 Agra


Breakfast kami pagi tu adalah 3 plain toast, 1 large black tea (sebab cerry berry) dan 1 chai (teh tarik) yang menelan belanja Rs115 je. Ok la tu, plain toast dia pon siap ada jem bagai. Kenyang jugak la walaupun perut masih bergelora. Lepas habis breakfast kami semua masuk ke bilik untuk mandi dan bersiap-siap sebelum keluar. Rupanya kami baru tahu yang Taj Mahal tutup hari Jumaat! Alamak, program lari sedikit. Setelah berbincang akhirnya kami bersetuju untuk ke Fatehpur Sikri yang terletak agak jauh dari bandar Agra, lebih kurang 36km!!!! 

Kami bercadang untuk ke Fatehpur Sikri dengan menaiki bas. Ohmai teringin benar nak menaiki bas bersama rakyat tempatan kan??? Ha tunggu apa berlaku kat kami nanti hahahaha. Ok dari Tourist Guest House kami berjalan kaki dalam lima minit menuju ke persimpangan yang tak berapa jauh dari situ. Dari simpang tersebut, kami menahan tuk-tuk untuk ke Stesen Bas Idgah. Tak berapa jauh pon stesen bas tersebut, tapi kalau jalan kaki kompom patah kaki. 

Tambang tuk-tuk ke Idgah Bas Station adalah Rs30. Stesen bas tersebut sangat buruk dan berbau hancing, tetapi banyak kedai-kedai di kelilingnya menjual pelbagai barangan. Kami menapak ke kaunter tiket untuk membeli tiket bas ke Fatehpur Sikri iaitu Rp26 seorang, boleh tahan murah la. Alhamdulillah, bas ke Fatehpur pon dah ada menunggu dan pada waktu tu masih tak ramai penumpang, bas hanya akan bertolak bila penumpang dah penuh!


Masa dalam bas, semua orang tengok-tengok dan jeling-jeling kat kami terutamanya pada Danny, suka la tu! Hahahaaa. Perjalanan ke Fatehpur Sikri memang lama, aku tak ingat berapa lama tapi dekat sejam juga kot kami kat atas bas tu. Sepanjang jalan kami dikejutkan dengan bunyi lagu yang sangat kuat. Boleh dikatakan di setiap simpang ada sebuah lori kecil yang membawa speaker besar sambil lagu yang dimainkan. Yang lagi pelik, semuanya lagu yang sama di sepanjang jalan ke Fatehpur Sikri. Aku pon tak tau apakah yang berlaku masa tu, sebab aku syok tidor atas bas tu. Penat giler!

Dah dekat nak sampai, kami dapat tengok kota-kota lama tersergam indah dari dalam bas. Akhirnya kami tiba di Stesen Bas Fatehpur Sikri. Agak blur pada mulanya, kami tak tahu nak tuju ke mana, padahal tembok besar kota lama ada kat depan kami, cuma kami tak tahu nak masuk ikut mana. Kami masuk ke kawasan bazar, di mana terdapat banyak kedai di sepanjang jalan lorong-lorong kecil sepanjang tembok tersebut. Masa tu pon dah ramai la orang yang approach kami untuk ambil mereka sebagai tour guide. Adoi ni yang malas ni, tapi bila dah agak lost akhirnya kami pon bertanya pada salah sorang dari mereka jalan masuk ke Fatehpur Sikri. Kami juga bersetuju untuk mengambil salah seoarang dari mereka sebagai tour guide memandangkan kami teringin jugak nak tahu sejarah Fatehpur Sikri ni. Waktu masa tu dah dekat pukul 2.00 petang.

Laluan masuk ke Fatehpur
Pintu gerbang Fatehpur
Terdapat banyak sarang lebah di bahagian dalam kubah di pintu masuk ke Fatehpur ni.

Kami di bawa ke pintu masuk utama Fatehpur Sikri. Masa tu kami diperkenalkan dengan seorang budak lelaki yang sangat fasih berbahasa inggeris dan agak mahir dengan sejarah Fatehpur ni. Agaknya dah berapa tahun la dia buat kerja jadi tour guide ni kan? Bermula dari pintu masuk, budak tu start membebel tak berhenti menerangkan sejarah Fatehpur ni. Barulah aku tahu rupanya kawasan Masjid dan makam yang banyak terdapat di dalam tu dipanggil kawasan Fatehpur, manakala Sikri pulak merujuk kepada kawasan bazar di luar kompleks tersebut. 

Keadaan bandar dari atas Fatehpur
Peniaga di luar perkarangan Fatehpur
Keadaan di luar perkarangan Fatehpur

Di dalam kawasan Fatehpur juga terdapat beberapa buah kelas untuk pengajian agama bagi anak-anak raja, dan terdapat sebuah terowong yang dibina menghubungkan Fatehpur dengan Taj Mahal di Agra! Panjang terowong tu lebih kurang 40 km!!! Gila kan, dulu-dulu dah ada terowong bawah tanah. Yang menariknya, Fatehpur berusia lebih tua dari Taj Mahal, dekat 800 tahun dah. Dan di sini jugalah pusat perkembangan Islam pada ketika itu, di mana raja akan datang untuk solat Jumaat setiap minggu dari Agra. 



Kami mengelilingi Fatehpur melihat-lihat makam dan masjid di dalamnya. Waktu tu dah lepas waktu solat Jumaat, menurut tourguide kami, waktu solat Jumaat, akan ramai orang solat kat situ.Alhamdulillah. Lepas beberapa jam dan dalam keadaan lapar yakmats, kami pon bergerak keluar dari Fatehpur. Masa tu jam dah dekat pukul 4 petang. Panas matahari jangan cakap la, memang berbahang giler!.

 
 

Di sekitar kaki lima di dalam Fatehpur ni terdapat ramai peniaga menjual barangan kraftangan buatan masyarakat tempatan antaranya ukiran-ukiran marmar pelbagai bentuk yang sangat halus!Sempat juga Danny buat drama nak beli ukiran marmar dengan gambar Taj Mahal kat sini. Lepas tu senyum melebar je dia,

 

Kami menunggu bas untuk ke Agra, dengan harga tambang yang sama tapi kali ni kami menaiki bas buruk! Buruk giler dan agak menggelikan hahahaha. Keluar je dari kawasan Fatehpur, mimpi ngeri kami bermula. Jalan tiba-tiba jem dengan lori bersimpang siur blok jalan utama. Lepas tu lagu-lagu yang kami dengar sepanjang jalan masa datang tadi berkumandang dengan kuatnya! Kami lihat di luar bas, ramai orang berarak dengan pakaian cantik dan ada yang bawak beg besar-besar. Kami stuck dalam bas tu dekat 2 jam lebih! Aku rasa lebih dua jam la, mungkin 3 jam kot? 

Macam-macam pose dah kami buat dalam bas tu, dengan laparnya, mengantuk dan penat, naseb baik tak rasa nak berak!!!!. Kami sempat bertanya pada salah seorang pemuda India yang kelihatan agak educated dalam bas tu. Katanya dia bawak kakak dia melawat Fatehpur sementara kakak dia ada exam di Agra. Wow exam apa lah gamaknya tu ye. Ok ok, dia cakap hari tu ada perayaan masyarakat hindu, mereka akan berjalan sejauh 200km sejak semalam dan akan berkumpul di Fatehpur untuk merayakannya. OMG 200km???? Giler jauh, macam dari KL ke Tapah dah tu. Patut la jalan jem nak mampos dan ramai giler orang. Bertabah je lah kami duduk dalam bas tu.

Kami sampai di Stesen Bas Idgah dah dekat pukul 6 petang. Banyak masa kami habis dalam bas je. Sampai je kat stesen bas tu kami terus singgah kedai beli air, dahaga giler kot takde air dalam bas. Yang sempat kami makan hanyalah choki-choki je. Naseb baik bawak bekalan. Kami pulang semula ke hotel dan berehat. Lepas mandi dan update blog (hahah sempat lagi update blog tu sebab wifi free), kami turun semula ke taman untuk makan malam. Seperti biasa, kami makan nasi putih dan serunding ikan bilis yang dibawa oleh MasMZ, beserta teh pekat (black tea). Alhamdulillah, minum black tea tu kurang sikit cerry berry aku.

Malam tu memang kami dah tak keluar pegi mana-mana dah, duduk terjelepok je kat bilik. Rehat-rehat sambil layan gambar-gambar yang kami ambil sepanjang di India. Terkenang jugak keluarga dan kengkawan kat Malaysia... sedih mengenangkan pengalaman sepanjang 5 hari di India. Hehehe #drama gile kan!

Ok nanti aku sambung lagi. Tibalah kemucak pengembaraan kami menuju ke TAJ MAHAL!!! Tungguuuuuuuu....

WASSALAM.

Comments

  1. Replies
    1. MasZuber:

      Tahniah la ko dapat first!!! Hahhahaa
      Sila kocak teh bunga untuk meraikan kemenangan hahah *sengal*

      Delete
  2. gajah atas tapak tangan tuh i beli 10 tuk kengkawan. ehhehheh kat airport i beli, masa tuh murah dari kat souvenir shop in agra.

    and y entrance to fatehpur sikri lain rasa nye.

    arch way tuh lawa gilos... cam natgeo lak if tak da orang. yg budak mintak doa tuh pun classic.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lily:

      Wah banyaknya u beli gajah tu!!!! Boleh jadi penternak gajah berjaya! Kami takbeli hatta seekorpon, maklomla nak simpan duit kaedahnya.

      Kami masuk ikut pintu orang kebanyakan, gebang dia besar, pintu raja gerbang dia kecik.

      Dalam tu kalo ada lens mahal, macam² gambo cantik leh amek, tapi apakan daya, takda lens.

      Delete
  3. fatehpur cantik! aku suka!

    bas buruk dan geli? ko sedar tak ada taik idung calit2 kat kusi tu? hahahaha! takpe, takpe...menarik kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biqque:-

      Yup, aku pon suka!
      Euhhhhhhh calit2 taik hidung? Cer tengok taik hidung sapa lagi pekat!!! Haahhahaa

      Delete
  4. Mamat tu memang siap aim sebaik je nampak kita turun dari keretapi... ciskek sungguh...

    Harga tuk-tuk tu tak salah Rp40 max kalau pi hotel kita sebab orang hotel dah bagitau siap-siap. Sebab tu bila kata Rp40, kita terus naik.

    Berjam dok sangkut dalam bas buruk tu memang separa horror memandangkan panas dan tak ada ayor...

    Biqque, cessssssss....

    ReplyDelete
  5. sorang lagi entry yang akak baca mengah...
    aduihh
    banyak tul info kena serap dalam pala...
    ...
    wehhh..header lawa?
    ala..
    bos panggil plak...kacau tul..
    kbai

    ReplyDelete
  6. MasMZ:

    Memang keji mamat tu, macamla kite bodoh sangat setelah ditipu berkali2 kan hehehhee.

    Memang horror dok dalam bas u, dah la panas lapo pulak tu. Bertabahjelah.
    '

    ReplyDelete
  7. kak Anash:

    Sila baca selow-selow...nanti tak dapat nak berlari2 di gigi air pulak nanti.

    Serap jangan tak serap yer.

    ReplyDelete
  8. Tringin plak aku nk merasa naik bas kat india ni hahahah..

    emm macam kenal je muka2 dlm gambar tu..artis ke semua tu??heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. BlueEwoke:

      Hahahaa ko naik bas kat KL je la... Kang nyesal kekkeke.

      Seme2 tu memang retis top tu hahahaha

      Delete
  9. terkejut sbb 1 gambar tu gmbr langit biru gileerrrrr!!! cantikkkk!!!

    taik hidung? aku rse aku ade lekatkan jugak kat kerusi dlm bas tu. kekeke yuckss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deni:

      Kannnnn tetibe ada gambo langit biru! Hehehee
      Aku tau ko memang salu koreng idung kat sana hahahaha. Puiiiii

      Delete
  10. Menaiki bas awam tu merupakan satu pengalaman yang berharga. Tak ramai orang yang berpeluang buat macam tu kan. Paling best korang juga dapat alami dan saksi sendiri lebih dekat cara kehidupan harian masyarakat disana tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Andaque:

      Betul betul betul! (*buat gaya upin dan ipin)
      Kalau dapat rasa itu satu pengalaman berharga. Tapi nak cuti lama² kompom tak lepas huhuhu

      Delete
  11. pacik tak bawak pil chi kit teck aun tu ke?? gileee...buatnye rasa nak terberak tgh jln guane?? hahahaha


    lawanye gamborrrr..jelesnyeee...rasa nak geget bucu meja!!

    ReplyDelete
  12. Hanie:-

    Hahaha bawak la pill tu tapi tak berkesan pon ;p

    ReplyDelete
  13. memang detail giler la korang punye blog.mudah nak pergi bulan september nanti...ni pun tengah sibuk menyalin ape tempat yg korang pergi, hotel mana, stesen bas mana...hehe tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat membantu sikit2 heheh.

      Delete

Post a Comment

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS

Padang Besar, Perlis : Syurga Membeli-Belah di Utara Tanahair ?

Assalammualaikum!!!
Selamat Hari Raya Aidil Adha! Atau orang-orang kampung aku cakap Hari Raya Haji! Macam biasa, bila tiba hari raya maka acara wajib adalah menziarah sanak saudara dan MAKAN! Ya, acara makan memang tak dapat dielakkan, tak kire la start je subuh sampai ke subuh tak berhenti-henti mengunyah! Ya Allah, tak dapat nak dibendung! Tambahan pulak bile dah ada lemang, ketupat dan rendang depan mata. Rosak diet (kata orang tu).
Ok berbalik kepada cerita utama, di hari raya kedua aku dan keluarga telah berangkat ke utara tanahair... ke mana? Kedah? Perlis? Yup, pergi merisik katanya. Bukan merisik untuk aku la, merisik untuk sepupu aku. Jauh sampai ke Perlis jodohnya... insyaAllah semoga jodohnya kekal abadi. Jodoh aku? Mungkin di Europe nanti akan ketemu? Wahhh berangan. OK cukup melalut.


Sebanarnya aku nak cerita pasal Padang Besar! Siapa pernah pergi Padang Besar? Dah berzaman aku dengar pasal Padang Besar ni, sejak kecik kot. Dan aku pon tak ingat samada aku pernah jejakkan…

Food Hunter: Nasi Ganja Yong Suan, Ipoh

Assalammualaikum!
Busy sikit minggu ni sebab kena outstation merata tempat. Demi mencari sesuap nasik la katakan. Amacam? Dah bulan lima ni berapa negara dah korang travel? Hahaha kot-kot la ada yang gigih travel tetiap bulan kan....aku tak mampu huhuhu.
Anyway, kali ni, nak cerita pasal makan. Pernah dengar pasal Nasi Ganja? Aku rasa ramai yang pernah try makan nasi ganja ni. Kalau ke Ipoh,Perak jangan lupa try ok! Katanya trademark di Ipoh, kalau tak pernah cuba adalah sangat merugikan.
So memandangkan aku ni nama je lahir dan pernah la duduk kat Ipoh tu, tapi aku sendiri baru first time try makan Nasi Ganja yang digembar-gemburkan tu. Hahaha lawak jugak bila pikir, orang lain dah lama kot sampai situ, aku ni baru 2-3hari lepas je jejak. Itu pun sebab bos aku yang ajak makan. Lols.
Ok apa sebenarnya nasi ganja?
Nasi Ganja ni sebenarnya nasi kadar je, ala nasi kandaq bak kata orang Penang. Tapi tatau la apa ke jadah nama dia boleh jadi nasi ganja. Mungkin sebab bila kita dah rasa, teringa…

ERL Dan Bas (Putrajaya ke LCCT)

Assalamualaikum...

Dikemaskini pada 31 Mei 2013

Masuk bulan lima ni keadaan cuaca jadi semakin tak menentu, panas...hujan...panas. Nak tidur malam pon tak tenang. Maklumlah bagi orang-orang tak berada macam aku ni, yang tak mampu nak beli aircond mesti tak senang nak tidur malam. Terpaksa berlengging kalo nak tidor huhuhu...
Sebenarnya aku nak share sikit mengenai satu perkara yang aku baru tau..Haish apa lah aku ni kan..ketinggalan zaman betol. Namanya rajin merayau tapi benda-benda basic percutian pon aku tatau. Haish!!!
Ok aku nak cerita cara mudah ke LCCT menaiki ERL dan Bas (ni bagi orang-orang yang tak ada sesiapa nak hantar naik kereta ke LCCT la). Selalu terjadi pada aku, maklumla aku ni rajin le sesangat ke sana ke mari dan kapal terbang jenama Air Asia juga merupakan salah satu pengangkutan yang sering aku gunakan untuk merealisasikan impian percutian aku selain menaiki Al-Faris, kereta aku yang sering bermasalah dalaman tu!

CARA JAUH (PUTRAJAYA - KLIA- LCCT)
Selalu yang aku …

Lombok (Part 1): Welcome to Lombok!

Assalammualaikum!!!

Seperti yang dijanjikan, dan dikala kerajinan menguasai diri, maka terhasillah entry pertama pasal Lombok.InsyaAllah mana yang baik tu, boleh la dijadikan rujukan, tapi kalau ada yang tak elok tu harap jangan diikut...mudah-mudahan kita semua terpelihara dari segala kemungkaran. Amin. Ayuh kita mulakan!

Perancangan Awal.

So macamana boleh timbul idea nak ke Lombok ni? Bila cakap kat kengkawan, yang kata nak ke Lombok, macam-macam reaksi diorang. Macam la Lombok tu tak ada apa-apa kan. Padahal Lombok tu cantik kot! Hahah tetibe emo. Eh belum start lagi rupanya, sebenarnya team asal ke Lombok (hasil perbincangan meja bulat di kedai kopi di Johor Bahru beberapa bulan yang lalu) adalah aku, Dr. Shahrule dan Pae Kpop. Masing-masing beli tiket asing dari JB ke Lombok masa tu. (Motif aku nak gerak dari JB kan? Padahal kat KLIA2 tu macam-macam ada, dekat pulak tu dengan rumah aku). Sebenarnya memang tiket dari JB ke Lombok tu murah, di samping tu aku memang nak beraya sekali…

Kisah Sarapan Roti Bakar Telur Goyang di Transfer Road Dan Berjumpa Blogger Ceria

Assalammualaikum!
Ok ni sebenarnya entry zaman purba, sejak awal tahun dulu aku peram tak post-post dan akhirnya sebab dah takde modal nak tulis blog maka entry ni pon keluar lah ye. OK sebelum tu nak wishSelamat Hari Raya Aidil Fitri lagi kepada semua muslimin dan muslimat, hari raya masih berbaki beberapa hari (kalau beraya sebulan la) hiks. So banyak lagi ke open house mengkome semua? Tahun ni alhamdulillah syukur ada yang sudi menjemput aku pegi open house raya, ke Kelang, ke Damansara, ke Bangi.... orang Putrajaya je takde nak jemput... kfine.
Ok  kembali kepada niat asal.
Suatu ketika dulu (wah macam lama sangat dah ni) aku, John, Chawana, Byya, MasMZ dan Icam, telah (sepatutnya Kak Coco join sekali tapi disebabkan kesihatan ibunya amat kritikal jadi beliau terpaksa tarik diri) mengaturkan satu trip singkat ke Pualau Pinang. Sebenarnya sebab masing-masing dah gigil-gigil nak buat road trip kan, maka setelah ditolak, dihitung akhirnya kami berjaya sampai di Pulau Pinangdengan jay…