2012-04-23

Incredible India Part 10: The Beauty of Taj Mahal, Agra

Assalamualaikum!!!


[ Sambungan dari SINI ]

Selepas pengsan semalaman, sebab penat giler merayau ke Fatehpur Sikri dalam keadaan tak berapa memberangsangkan, hari ini pagi-pagi kami dah bersiap-siap untuk menuju ke Taj Mahal. Turun je kat lobi, dah ada sorang pemandu tuk-tuk tunggu kami kat situ. Mula-mula agak annoying jugak la sebab mana-mana kami pergi ada je yang mengikut. Tapi bila dah berbincang sesama sendiri kami bersetuju untuk mengambil perkhidmatan tuk-tuk tersebut selama sehari dengan harga Rs500.

Kami pun bergerak ke Taj Mahal yang terletak dalam 2.5km dari hotel kami. Kalau nak jalan memang tak mampu la, dengan keadaan panas dan berdebu tu. Seperti biasa, keadaan jalan raya memang sentiasa sesak, tambahan pulak hari ni hari Sabtu, ramai pelancong yang datang ke Agra.

Kami tiba di West Gate, Kompleks Taj Mahal dan diberitahu oleh pemandu tuk-tuk beberapa trick kalau nak masuk ke dalam kompleks. Dia pesan jangan bawak masuk makanan atau gula-gula, kalau ada dalam beg dia boleh simpankan. Kami pun menyerahkan biskut-biskut dan choki-choki kepada pemandu tuk-tuk untuk di simpan. Sepanjang perjalanan menghala ke West Gate, terdapat banyak kedai menjual cenderamata terutamanya ukiran-ukiran Taj Mahal, t-shirt dan fridge magnet, tapi entah tatau kenapa kami hanya lalu je depan kedai-kedai tu tanpa singgah untuk membeli.

Dari jalan utama kami berjalan lebih kurang 200 meter dan akan nampak kaunter tiket di sebelah kiri. Seperti tempat lain jugak harga tiket untuk pelancong asing adalah Rs250 manakala pelancong tempatan adalah Rs10 je!!! Masa ni dinasihatkan supaya cek betol-betol baki duit masa kat kaunter sebab MasMZ bayar duit tiket dia Rs 1,000!!! (keji betol penjaga kaunter sebab buat-buat lupa pulangkan baki) Sebab masa tu tak perasan hal tersebut, eksaited sangat nak masuk Taj Mahal kekdahnya. Berlaku kerugian di situ.

Laluan menuju ke West Gate, Taj Mahal
Banyak kedai cenderamata di sepanjang laluan ini.

NOTA: Sila semak baki duit anda jika berurusan di kaunter. Sebab diorang memang sesaja buat-buat lambat pulangkan baki supaya kita tak perasan. Lepas tu kompom duit tu masuk poket dia! Keji punya orang!
Bila dah dapat tiket, sila ambil sebotol air mineral dan plastik lapik kasut di sebelah kaunter. Ada beberapa orang tunggu untuk bagi barang-barang tersebut. Barang-barang tu FREE yer, dah inclusive dengan tiket, jangan ada yang pepandai nak bayar pulak kalau diorang mintak.



Seterusnya kami beratur untuk masuk ke dalam Taj Mahal. Alamak ramai giler manusia terutamanya masyarakat diorang, yang datang melancong masa tu! Rupanya ada 3 barisan yang diasingkan iaitu barisan untuk WANITA sahaja, barisan untuk pelancong tempatan dan barisan untuk pelancong asing. So laluan kami memang lancar, tak payah berbaris pon sebab tak ramai pelancong asing yang datang. Lepas tu seperti biasa, ada pemeriksaan diri, beg-beg semua diselongkar dan terkantoi pulak coklat choki-choki aku sepeket, sebab aku tak perasan dah keluarkan habis masa nak bagi kat pemandu tuk-tuk tadi.


Askar tu siap tanya kat aku, nak makan ke nak buang je kat situ. Aku cakap buang je la, takan aku nak makan semua kat situ, jenuh pulak. Askar tu peramah pulak, siap puji-puji Malaysia. Kagum sekejap.

Dah selesai pemeriksaan keselamatan, maka bermulalah eksplorasi kami di dalam kompleks Taj Mahal. Benda pertama yang kami buat adalah sarung Baju Melayu kaler biru yang kami bawak dari Malaysia! Memang kami plan nak pakai baju Melayu time tu, semangat patriotik katanya. Bila nampak Taj Mahal depan mata, rasa terkedu sekejap. Subhanallah, cantik giler okay! Bangunan putih yang besar tersergam indah di depan mata, rasa macam nak nanges pon ada jugak. Masa tu matahari dah mula terik atas kepala, tapi apa kesah, peluang hanya datang sekali maka redah je snap-snap gambar di segenap penjuru! Macam-macam aksi!



Kami juga sempat duduk di atas kerusi yang pernah diduduki oleh mendiang Princess Diana di depan Taj Mahal tu, sebenarnya kami tatau pon kerusi tu. Tapi bile dah lepas amek gambar baru terdengar orang bercakap-cakap pasal keistimewaan kerusi tu! Hahaha kagum lagi sekali!.

Ni la kerusi yang mendiang Princess Diana duduk tu.


Nak masuk dalam Taj Mahal ni pon kena bukak kasut atau sarungkan aje kasut dengan plastik yang diberikan masa beli tiket tadi. Kemudian, macam biasa la ikut laluan pelancong asing terus dapat masuk. Sejuk je dalam Taj Mahal ni, dan keadaannya agak gelap, tak ada lampu. Di tengah-tengahnya terdapat dua buah makam iaitu makam Mumtaz Mahal dan Shah Jahan. Itu merupakan satu-satunya benda yang tak simetri di dalam Taj Mahal. Sebab pada asalnya hanya makam Mumtaz Mahal sahaja yang ada dalam tu dan Shah Jahan sepatutnya nak tanam diri dia (bila dia mati) di Black Taj Mahal yang akan di bina secara simetri di seberang sungai (Yamuna River) berhadapan dengan Taj Mahal. Sebelum hasrat giler dia diteruskan, anak dia dah kurung dia kat Agra Fort dan katakan yang dia tu gila. Ye la, mana taka gila sebab nak buat satu Taj Mahal pon ambil masa lebih 20 tahun dan berapa banyak kos diperlukan inikan pulak nak bina lagi satu??? Giler.



Lepas dah habis pusing dalam Taj Mahal, kami pun keluar semula dan pusing-pusing di sekeliling Taj Mahal. Di kiri dan kanan Taj Mahal ada masjid. Aku lupa pulak apa nama masjid tu dan ianya dibina selari. Kami lepak sekejap di bawah salah satu dari empat menara Taj Mahal, masa tu memang panas nak mampos, tapi sebab ada angin, kira lega sikit. Sepatutnya dinding Taj Mahal tu ada banyak batu-batu permata, tapi zaman dulu-dulu orang dah kopek, jadi tinggallah batu mamar putih saja.

Sedang elok melepak, kami nampak dua kapel Korea datang ke arah kami, (sebab tepi kami ada tong sampah). Sampai je situ, yang perempuan terus muntah dalam tong sampah tu. Omaiiiii, nasib baik aku tak terasa nak muntah jugak. Rupanya diorang tu datang dari Singapore sebab belajar kat NUS, baru pagi tadi sampai ke Agra dan terus kene food poisoning. Kesian... kami pon offer la kat diorang minyak angin dan suruh diorang makan ubat. Mudah-mudahan selamat  le lepas tu. Baik kan kami ? Hehehe.



Lepas dah menghabiskan masa lebih kurang 2 jam 30 minit kat dalam tu, kami pon bali semula ke West Gate, dah tak larat dah nak meronda-ronda. Di tepi pintu pagar tu terdapat satu booth Western Union, alhamdulillah kami terus serbu booth tu dan beli setem. nasib baik kami ada bawak poskad-poskad yang dah kami tulis untuk kengkawan dan sedara-mara di Malaysia. Harga setem untuk sekeping poskad adalah Rs 15. Syukur sebab sebelum ni kami jenuh cari tong pos dan pejabat pos tapi tak jumpa-jumpa pulak.


Kami pergi semula ke tuk-tuk kami dan minta dia hantar kami pulang ke hotel. Penat giler masa tu dan kalau nak jalan-jalan lagi memang kami tak mampu. Jadi keputusannya balik hotel dan berehat sekejap. Kami suruh dia jemput semula kami pukul 4.00 petang untuk lokasi seterusnya.


Ok nanti aku sambung lagi ya.


WASSALAM.

24 comments:

  1. eh nape aku bertukar baju? hahah drama byk sgt nih!!!

    ReplyDelete
  2. jong tukar bajuuuu... heheheh

    gambo baring comeiii.... and i jeles u all buat concept baju melayu/kurung! ish! why didnt i think of that! lawa lak again the scenary.
    baliks nnties barus bacas blks. skarangs i's tgks gambos dulus jeks.

    ReplyDelete
  3. huh.. mahal mampuihhh pos sekeping poskad RS1500??? biar betik.. RM87. Ke aku yang salah convert ni..

    ReplyDelete
  4. Danny:

    Hahhaa mana komen satu lagi tu??? Hilang>???? muahahaha.

    ReplyDelete
  5. Lily:-

    Hahaha kami buang tebiat masa kat sana kekeke.

    Sila BACA!!!!

    ReplyDelete
  6. Iza:

    OMG tersilap!!! bukan RS 1500kekekeke... Rs15 je kekekekee

    ReplyDelete
  7. okeh..murah giler. less than rm 1. poskad dr koya around 2000won. about rm 5 kot... pengsan.

    Gambar cantek giler.. huhuhu Taj mahal santekkk

    ReplyDelete
  8. hoi! gile banyak poskad korang pos! hahaha gigih! aku pun dapat satu, mekasihhhhhh :D

    ReplyDelete
  9. kasut kena sarung dgn plastik tuh comei
    .......
    korang pakai baju melayu n kurung pun comei
    .....
    awek korea yng muntah tuh comei tak?
    .....
    poskad 'ramai'nyer? seramai peminat2 menunggu poskad itu!!!
    (i am one of the peminat received that poskad...wink..wink..tqtqtqtq)

    ReplyDelete
  10. Blh plk bw choki2...hehe.nape xsedekah je kt askar tuhh..korg tlompt2 dgn bj melayu xde org usha2 ke..mmg best la ide u all tu..ptt bwk bendera msia skali... :)

    ReplyDelete
  11. Amboiiiiiiiiii banyaknya poskad..mcm nk kasi derma jek..hahahah mentang2 la poskad murah kekekek...

    Tak boleh blah tengok muka korang tersengih pakai baju kurung/melayu dpn taj tu..anak sapaaaaaaaaaaaa la nihhh

    ReplyDelete
  12. Fufu:

    fufu you can do it! Go Go Go! :)

    ReplyDelete
  13. Iza:

    Memang murah kan. Bertabahler..

    Thanks

    ReplyDelete
  14. Biqque:

    yer...travelholic semua dapat satu! Hehehe

    ReplyDelete
  15. Kak Anash:

    Kan.........
    Kannnnnnnnnnnnn......(kuasa 2)
    Awek tu comei gak...dia ngan abang dia... Kannnnnnnnnnn (kuasa 3)
    Ye akak peminat kami ker??? OMG terharu!

    ReplyDelete
  16. Hamra:

    Choki-choki tu wajib bawak kekeke sebab senang nak ngunyah dimana-mana.

    Kami memang suka lompat kekeke.

    Tak sempat pulak nak bawak bendera Malaysia time tu kekeke.

    Thanks

    ReplyDelete
  17. BlueEwoke:

    Kannnnnnn mestila banyak. Peminat ramai. kekeke.

    Comei kan! Ahaks

    ReplyDelete
  18. Taj Mahal i loike!!!! owhhhh we loike so much! macam mimpi jadi nyata!!!! Alhamdulillah tercapai cita-cita...

    Tenkius guys :D

    ReplyDelete
  19. MasMZ:

    Kannnnn!!!! Tak sangka!!!

    ReplyDelete
  20. Subhanallah cantikkkkkkkk gils!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS