2012-04-14

Incredible India Part 8: Bhaijan's Family - Jaipur People Are Nice

Assalamualaikum!!!

[ Sambung dari SINI ]

Fuh sikit je lagi nak habis entry India ni. Harap-harap korang bertabahlah membacanya, kalau sudi. Sebelum tu nak ucap tahniah le kat John Danny sebab berjaya dapat rumah sewa baru! Tak sabo nak makan kambing golek masa Housewarming nanti!

Berbalik kepada cerita di Jaipur.

Setelah penat mengharungi siang hari di Jaipur, melawat Hawa Mahal, Jantar Mantar, Tiger Fort dan Mughal City, dalam keadaan tak berapa sihat, Bhaijan (pemandu tuk-tuk kami) dengan bersungguh-sungguh mempelawa kami untuk makan malam di rumahnya. Dia bercerita tentang anaknya Aisyah, yang baru berusia 3 atau 4 tahun, aku tak ingat. Comel gile masa dia tunjuk gambar Aisyah dalam henpon dia. Kami sebenarnya agak keberatan jugak nak pergi rumah Bhaijan! Masa tu macam-macam benda terbayang kat fikiran (drama ye dak??? Hahaha). Mana lau tau kalau-kalau kena tipu lagi, lepas tu terbayang jugak, macamanalah rupanya rumah Bhaijan ni? Lepas tu dia ada cerita jugak pasal emak dan bapak dia, pasal adik beradik dia semua nak jumpa kami. Haish macam satu penghormatan besar pulak kalau kami dapat pergi rumah Bhaijan. Nak tak nak malam tu Bhaijan bawak juga kami pergi makan malam kat rumah dia. Takutttttt!!!! dalam hati tak habis-habis berdoa agar kejadian ditipu di New Delhi tidak berulang. Kami nekad, susah senang bersama.. 

Rumah Bhaijan tak jauh dari hotel tempat kami tinggal tu (Moon Light Hotel), beberapa minit naik tuk-tuk dah sampai.Agak terkejut juga bila sampai depan pintu rumah Bhaijan, sebab tak sangka rumah dia cantik dan kemas. Dua tingkat lagi tau! Tak macam gambaran awal kami, ingatkan rumah dia macam rumah setinggan dan banyak sampah sarap. OMG Syukur kami dipertemukan dengan orang baik-baik kat Jaipur ni. Aku sangat bersyukur sebab Allah memelihara kami di Jaipur, setelah kami diuji begitu hebat di New Delhi...memang ada hikmahnya. 

Masuk je ke dalam rumah, kami jumpa bilik air, bersih. Bhaijan terus membawa kami ke ruang tamu rumah. Kemas tersusun je, aku rasa diorang dah buat gotong-royong kot sebelum kami datang! Huhuhu terharu. Dari jauh nampak anak Bhaijan, Aisyah mengintai-intai dari dapur. Hehehe comel sungguh. Dalam rumah Bhaijan, ada lebih 15 orang yang duduk dalam tu, adik beradik dia, ipar duai, anak sedara semua duduk satu rumah! Ada 5 keluarga katanya. Wow sangat besar penghuni rumah ni. Kami di bawa menjelajah ke segenap pelusuk rumah, di bawa ke tingkat atas untuk masuk ke bilik Bhaijan, sangat kemas. Bhaijan pesan, kalau jumpe bapak dia jangan lupa bagi salam sebab bapak dia agak garang. Kemudan muncul pulak mak dan ayahnya yang sangat sweet! Mak dan ayah Bhaijan dan menjangankau umur 70 tahun lebih! Tapi masih kuat. Surprisingly ayah Bhaijan kenal dengan Tunku Abdul Rahman!!!

Ada komputer tau rumah Bhaijan ni, katanya ni anak sedara dia punya.
Ruang tamu rumah Bhaijan
Bilik anak buah Bhaijan.
Kami bersembang-sembang sebentar sebelum makanan dihidangkan di dalam bilik tu. Wow ada roti nan dan kari ayam! Huhuhu tapi aku tak sanggup nak makan sebab masih sakit perut, macam-macam alasan aku bagi. Danny dan MasMZ pulak kena paksa makan satu persatu sampai habis (aku gelak je dalam hati ahahahahahhaa) Ada satu hidangan yang aku suka, nasik bubur manis dengan kismis! Benda tu je aku taram sampai habis, untuk mengelak dipaksa makan kari ayam dan roti tu! Siap ada tomato dan timun sebagai salad!

Inilah Aisyah!
Ini pulak Ibu Bhaijan dan anak buahnya (9 tahun)
Bhaijan dan keluarganya.
Inilah ayah Bhaijan.
Makan malam yang disajikan.
Untuk membalas budi, kami sedekahkan gula-gula dan choki-choki yang berbundut-bundut kami bawak dari Malaysia. Bukan main suka anak Bhaijan dan anak-anak buah dia! Siap MasMZ suap-suap makan atas riba lagik! Drama betol!.

Bhaijan pesan, jangan lupa pos gambar dia kalau dah cuci nanti. Dia pun suruh tolong promote tuk tuk dia kalau ada kawan-kawan nak datang ke Jaipur. Lepas habis makan dan bergambar , masa tu dah dekat pukul 10 malam, Bhaijan pun menghantar kami pulang semula ke hotel. Kami kena bersiap-siap sebab train kami ke Agra adalah pada jam 2.00 pagi. Jadi Bhaijan suruh kami berehat dulu dan dia akan jemput kami pada jam 12.30 pagi untuk hantar kami ke train station! Baik betul Bhaijan ni, ye la kan kami dah bayar dia lebih hahahaha.

Sampai hotel, kami berehat. Sempat lagi tidur dan telan ubat panadal. Masa ni cerry berry memang parah! Aku tak tau la berapa kali masuk toilet. Aku risau je masa kat dalam train nanti. Pasrah je la.Tepat jam 12.30 pagi, kami dijemput oleh Bhaijan untuk ke train station. Train station pon tak jauh dari hotel. Masa kami sampai tak ramai lagi penumpang yang ada. Cuak jugak takut kejadian yang sama berulang seperti di Delhi. Kali ni kami nekad takkan percaya cakap sesiapa!!!!

Bhaijan pesan supaya kami berhati-hati, dia tau kisah kami ditipu di Delhi. Dia siap tanyakan pasal train kami kat orang-orang yang ada kat situ. Masa aku nak bagi duit sewa tuktuk kat dia, dia siap tanya kat kami cukup duit ke tak? Oh mai masa tu tuhan aje yang tahu betapa sebaknya aku. Tak sangka dia boleh tanya kat kami cukup duit ke tak, siap kata kalau tak cukup duit tak payah bayar kat dia pun takpe. Tapi tak sampai hati la pulak kan, kami cakap kat dia, kami masih ada duit. 

Tak sangka Allah bagi kami orang yang baik di Jaipur. Not every Indian are bad, really true. Kami pon bergerak menuju ke platform menunggu train. Keadaan memang sama macam train station kat Delhi, orang tidur merata-rata, anjing berkeliaran dan yang penting berak dan kencing selamba atas landasan keretapi. Kami menuju ke notice board untuk semak nama kami , alhamdulillah ada. So yakinlah bahawa kami taknak ditipu lagi...tunggu sampai train sampai. Kali ni kami ambik sleeper train, maksudnya ada katil sebab perjalanan ke Agra mengambil masa 4 jam. Masa ni tak bernafsu langsung nak amek gambar so tak dapat nak tunjuk macamana keadaan di dalam train...lagipon busy tidor je hahahaha.

Ini kami!
Dan kami....
Ok nanti aku cerita hari pertama di Agra.

Lagi kisah India yang menarik di blog Kaki Berangan dan Kaki Jalan.

WASSALAM.

26 comments:

  1. Oh sangat mulia hati Bhaijan...

    ReplyDelete
  2. Ya, tak semua orang yang menipu, tapi masih lagi ada yang suka menipu diluar sana tidak kira dimana negara sekali pun. Bhaijan tu memang baik hati, nampak ada keikhlasan ia tu ia nampak seronok jumpa orang luar yang jarang mereka jumpa kut. Engkorang bertiga ok lah, tapi kalau travel seorang jangan sesekali kita ikut walau sebaik mana kita nampak ia layan kita.Bertiga tu pun kalau niat org menjemput tu jahat, habis nanti kita kena ikat dan dirompak maybe dipukul, aleh-aleh buka mata dah ada kat Afghanistan kena jual hehehehe...lawak je ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Andaque:

      Ya betol tu. Tapi melihatkan perangai si Bhaijan ni, mmg nampak dia sangat baik sebb tu kami sanggup ikot. Kalau yg jahat biasanya dia ada perangai2 tetentu macam org2 kat delhi tu. Apa² pon semua tu atas kuasa Allah, kalau Dia kata jadi, maka jadilah ia. Doa orang musafir selalunya makbul :eheheh

      Delete
  3. oooo..tu la family bhaijan yg sering disebut-sebutkan itu.
    ok..nice family
    kemas weh rumah derang!!!(malu akak...-rumah akak jugak cam kena tinggal je keadaan nyer...er..)

    bubur manis yang warna putih tuh ke? macam santan aje akak nengok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Anash:

      Ye memang kemas umpama baru dicuci! Rumah saya pon sepah hahahahhaa.

      Yup bubur manis tu la, ada kacang, kismis dan santan dalamnya. Sedap pulak. Ada rasa halia sikit2.

      Delete
  4. salam. bro, maybe boleh share contact number bhaijan ni untuk fellow readers yang nak ke sana. selain dari dapat elak dari kena tipu dgn tuk tuk drivers kat sana boleh jugak kita tolong bhaijan ni carik rezeki. tolong sesama sedara Islam. lagipun susah nak cari org yang jujur macam bhaijan ni especially kat india.

    p/s: bila part makan capati tu teringat pulak citer 3 Idiots part yang amir khan tak jadik makan capati lepas tgk mak kawan dia guna senduk goreng capati utk garu badan pakcik tu.

    pembaca senyap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembaca senyap:-

      InsyaAllah saya akan kongsikan. Skg ni info dia pon saya tatau letak kat mana, tengah selongkar fail balik ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮. Kalo jupa akan diberitahu ye.

      Cite 3 idiots tu mmg best! Oh naseb saya tak mmakan capati tu kakakaka.

      Delete
  5. btol, bkn sume org tu jahat. sesama kita ni pun tak tau lagi isi hati baik ke jahat. tapi syukur semuanya selamat. ko kenapa cerry berry ni? aku kena korek entry belakang...

    ReplyDelete
  6. Sayang kat bhaijan kan? Moga rezeki dia sentiasa masyukkk :) So sila cari no. dia and kat mana bleh dpt khidmat dia utk org lain amik. Hehe!

    ReplyDelete
  7. kesiannya kat korang kena cherry berry, panadol tu bukan ubat yang kena tu.tak bawa ubat cherry berry ke? apa-apa pun dah selamat.

    kesian tengok kehidupan dia orang serumah berbelas orang, makan pun kat dalam bilik. syukur kita di Msia ni lebih selesa .

    ReplyDelete
  8. Hi en Jannggel..
    up tum kesa ei??
    p jalan2 india..best je tengok..
    ah capati tu btol la tetiba teringat citer 3 idiots...aiyaaa..

    ReplyDelete
  9. Biqque:-

    Allah gantikan sesuatu yang buruk dengan yang baik. syukurrrr....
    Kami selesa sangat masa di Jaipur.

    ReplyDelete
  10. Cik Puan Anon:-

    Ye memang ada bawak ubat cerry berry jugak tapi tak berkesan, makan panadol sebab demam tapi tak teruk.

    kesian kan, tapi kira si Bhaijan ni orang senang jugakla. dia ada 3 orang adik pompuan yg belum kawin sebb tu dia kene kumpul duit banyak2 kataya.

    ReplyDelete
  11. Ms Kertas,

    Hamboi berhindustani nampak?????

    Yer semua org cakap cenggitu. Tapi saya tak pernah tengok citer 3 idiots tu hehehhee

    ReplyDelete
  12. kalu bhaijan paham bahse melayu dia baca entry dia kecik ati tau xmo mkn kari ayam dia haha..

    ReplyDelete
  13. ely:

    aku mmg kureng sket ngan kari2 ni heheheheh

    ReplyDelete
  14. teringat pulakkk kari ayam yang tersangat sedappp tuh! kalo aku takde cherry berry, mau aku makan banyak2 tapi apekah daya urat perut bagai dicarik-carik oleh bara api. ewahhhh!

    tp tak menahan tu nasik manis tu eeeeiiii aku tak sukaaa!!! terpaksa tipu mlm tu ckp dh kenyang.

    dalam diam2, kita semua mendapat hikmahnya. alhamdulillah....

    ReplyDelete
  15. BGus tul bhaijan..mn nk jmpe org cmtu di bumi kari :-P anak dia ade tp wife dia xde pun?sebok je kn hehe...

    ReplyDelete
  16. ya allah... sama cam experience i kat marrakech.... cam rindu nak gi balik maghribi. what wahidah n i asked ourselves, will we do the same if ada tourist approach us in malaysia. mulia kan ati diarang...

    ReplyDelete
  17. Danny:

    Hahah sedap sangat ke kari ayam tu? aku tengok pon tau akan mengundang malapetaka kekekee.

    Bubur manis tu sedap ok, tabah tambah kalo tengah perut tak sedap. hehehee

    ReplyDelete
  18. Hamra:

    tu la, mmg baik betul. Wife dia masa tu bz memasak kat dapur + malu nak keluar jumpa kami. mmg orang2 pompuan dalam rumah tu semua menyorok. Yang keluar mak dia ngan anak2 pompuan yang masih kecil je.

    ReplyDelete
  19. Lily:

    kat Marrakech tu pon uol diajak pulang kerumah ke? kekeke best kan kalo jupe orang2 baik.

    Yup kalau me pon akan buat benda yang sama pada tourist yang baik kekeke.

    ReplyDelete
  20. Fatt:

    Entah le...mungkin sebab makan memacam le tu...

    ReplyDelete
  21. Salam, adik ada contact no Bhaijan ? need his service in Jaipur. Tqvm!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf kak saya xda no contact bhaijan, tapi khabarnya mmg hari2 dia duduk tggu customer depan hotel yg kami sewa di Jaipur tu, try cari di sana ya.

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS