2012-11-26

Jogja, The Real Java (Part 2): Gunung Merapi dan Dieng Plateu di Daerah Jawa Tengah

Assalammualaikum!!!


Setelah puas berehat di POP! Hotel, kami bangun pagi dengan penuh ceria! Dah berjanji dengan pak supir supaya datang jemput kami jam 8.30 pagi, oleh yang demikian, kami siap awal pagi tu untuk breakfast. Kalau nak tau, matahari sangatlah awal muncul kat Jogja ni, pukul 5.30 dah terang! Haish.

Waktu breakfast di POP! Hotel bermula pada jam 7am sehihgga 10am. Alhamdulillah ada jugak la breakfast, kalau tak jenuh jugak nak cari kedai makan pepagi ni kan. Ada dua jenis nasi disediakan iaitu nasi pecal dan nasi lemak ayam (sebenarnya nama dia lain, aku lupa apakah namanya), dan minuman panas seperti kopi dan teh ada disediakan (free flow). Nak dijadikan cerita, aku boleh terjumpa pulak dengan kawan aku yang sama duduk kat hotel tu! Keciknya dunia kekeke.

Sarapan pagi yang dibungkus daun pisang! 
Tu dia, memang Embah aku kat Kampung salu masak macam ni dulu.

Dah settle sarapan pagi, kami bersiap-siap untuk check out dan settlekan juga hal bayaran semua. Pak supir dari Lestary Car Rent jugak dah datang on time. bagus pak supir ni. Kami pun bergerak menuju ke Gunung Merapi yang terletak di Daerah Jawa Tengah, keluar dari Daerah Jogjakarta. Secara purata perjalanan daripada bandar Jogja ke Gunung Merapi ni mengambil masa lebih kurang 30 hingga 40 minit bergantung kepada keadaan jalanraya. Selalunya kalau bergerak awal pagi keadaan jalanraya tak berapa jem (macet) jadi perjalanan kami ke Gunung Merapi agak singkat iaitu lebih kurang 30 minit.

Memasuki Daerah Jawa Tengah
Waktu pagi, keadaan jalan raya agak ok.
Dah mula masuk kawasan kampung, tenang je.
Laluan ke Kampung Kinahrejo di kaki Gunung Merapi.

#1. Gunung Merapi 

Gunung Merapi ni merupakan sebuah gunung berapi yang masih aktif. Kali terakhir ia memuntahkan laharnya adalah pada 25 Oktober 2010. Asap yang keluar daripada Gunung Merapi ini dapat dilihat keluar sepanjang masa (dalam 300 hari setahun secara purata). Alhamdulillah, sepanjang perjalanan, keadaan jalan raya sangat tenang dan lancar. Kami dibawa melalui jalan-jalan potong (bukan jalan utama) oleh pak supir bagi memendekkan masa perjalanan. Ha kalau drive sendiri mampu ke nak ikut jalan-jalan potong tu? kompom la tak.

Sebenarnya, secara jujur aku takde rasa takut langsung nak ke Gunung Merapi ni, bukannya nak cakap takbur atau riak ke apa... entah memang takde rasa apa, cuma eksaited je. Ada la orang tanya tak takut ke kalau gunung tu meletup tiba-tiba? Sebenarnya, kalau gunung berapi nak meletup, ia akan mengeluarkan tanda-tanda awal seperti gegaran dan asap hitam yang tebal. Itu adalah indicator kepada letusan gunung berapi dan selalunya juga ia berlaku awal sebelum kejadian berlaku. Dan Jabatan Meteorologi jugak mestila bagi amaran kalau gunung tu nak meletup, memang itu kerja diorang dan penduduk berdekatan dalam radius 25 km akan diarah pindah. Jadi disebabkan tanda-tanda tu semua tak berlaku, maka yakin je la kita akan selamat. InsyaAllah, Allah melindungi para musafir seperti kita ni. Doa orang musafir tu adalah mustajab ye.

Untuk masuk ke kawasan Gunung Merapi, pelancong (wah pelancong sangat kan) akan dikenakan bayaran masuk dengan harga tiket IDR 3000 (RM 1) murah je dan pak supir meletakkan kenderaan kami di kawasan letak kereta khas yang luas di bahagian bawah sebelum mendaki naik ke Gunung Merapi. Harga tiket letak kereta pula adalah IDR 5000 (RM 1.50). Aku tak tau adakah ini harga untuk pelancong asing sahaja atau terpakai juga untuk rakyat Indonesia sendiri. Wallahualam.


Bayar tiket dulu sebelum masuk ke kawasan Kampung Kinahrejo.
Rakyat Indonesia dari daerah-daerah lain pon ramai yang datang melawat. 
Antara gerai jualan yang terdapat di kaki gunung.
Dulu kawasan ni dilimpahi larva gunung Merapi.

Pak supir bagitau kami yang dia akan tunggu di bawah, dia tak akan ikut kami naik ke atas. Ok no problem, masa tu ada lah beberapa orang pemandu pelancong yang sapa kami untuk ambil perkhidmatan diorang. Aku tak sure berapa pulak nak kena bayar diorang tu, sebab kami tak ambik tour guide pon. Untuk naik ke kawasan Mbah Maridjan (sape pulak Mbah Maridjan ni kan? Sila rujuk NOTA), kite ada beberapa pilihan samada menaiki motorsikal berkuasa tinggi, motorsikal biasa bercc rendah dan juga kenderaan pacuan 4 roda. Memandangkan kami dua orang ni tak reti nak bawak motorsikal yang ada clutch, maka kami decided untuk ambil motorsikal biasa je dengan harga IDR 30,000, itu pun kena pandu sendiri. Kalau diorang yang jadi juru pandu harga yang dikenakan adalah IDR 25,000, tapi terpaksa la ambik 2 motorsikal kan? Memang tak le. Harga bagi motorsikal berkuasa tinggi pulak, harga sewaan adalah IDR 50,000. Untuk sewa kereta pacuan 4 roda tu aku tak sure pulak, lupa nak tanya berapa harga sewaannya. Ada banyak tour pakej kat area parking kereta tu, pepandailah korang pilih (kalau nak naik sampai ke kawah Gunung Merapi la yang katanya lebih kurang 4 jam perjalanan). Memandangkan kami ni tak nak la naik sampai atas kawah tu, dan keadaan cuaca yang agak mendung dan berawan, maka kami membuat keputusan hanya akan pergi ke kampung Mbah Maridjan yang terletak lebih kurang 1 km sahaja daripada tempat letak kereta dengan menaiki motorsikal.

Kereta Pacuan Empat Roda yang disediakan
Kawasan sewaan motorsikal

Pintu gerbang di Kampung Kinahrejo
Motorsikal sewaan kami.

NOTA:
Mbah Maridjan merupakan keturunan kepada penjaga (pemegang kunci) kepada Gunung Merapi. Peranan penjaga kunci ini adalah turun-temurun dari satu generasi ke satu generasi. Antara tugas penjaga Gunung Merapi ini adalah menjalankan upacara LABUHAN yakni upacara korban saban tahun, supaya Gunung Merapi tu tak meletus dan beliau menerima gaji daripada Kraton (Istana) dengan jumlah $1 sebulan. Nak dijadikan cerita, rumah Mbah Maridjan terletak dalam 5 km daripada puncak Gunung Merapi, yakni di kampung yang bernama Kinahrejo. Pada tahun 2010, Mbah Maridjan enggan meninggalkan kampungnya walaupun kerajaan pemerintah mengeluarkan amaran yang Gunung Merapi akan meletus. Ramai yang telah memujuk beliau supaya meninggalkan kampung tersebut, tapi beliau menolak untuk pergi kerana katanya masanya telah sampai untuk pergi meninggalkan dunia. Akhirnya Mbah Maridjan ditemui mati dalam keadaan sedang bersujud di dalam rumahnya. Beberapa orang penduduk kampung juga terkorban sewaktu Gunung Merapi tersebut meletus. Hanya bangunan masjid sahaja yang terselamat di kampung tersebut. Keberanian Mbah Maridjan dijadikan contoh oleh masyarakat dan beliau dianggap hero sehingga kini. 

Sekarang ni, jawatan / peranan pemegang kunci Gunung Merapi telah diambil alih oleh anak Mbah Maridjan iaitu Mas Bekel Anom Suraksosihono atau lebih dikenali sebagai Asih yang merupakan anak ke 3 kepada Mbah Maridjan. Dia tak mahu dipanggil Mbah Asih tapi hanya panggil dia Mas, katanya dia masih mude kekeke.

Rumah Mbah Maridjan 1.2km je dari bawah ni.
Ramai juga yang berjalan kaki naik ke atas. Gigih.
Simpang ke rumah Mbah Maridjan

Memang menarik sebenarnya kisah Mbah Maridjan ni, masa kami ke Kampung Kinahrejo ni kami data melihat bekas tapak rumah Mbah Maridjan dan masjid yang masih teguh berdiri di kampung itu. Kami juga melawat kawasan lapang yang difahamkan kawasan kampung yang binasa dilanggar larva Gunung Merapi.

Aku rasa bersyukur sebenarnya sebab dapat menjenguk tempat ni, secara tak langsung ia dapat memuhasabah diri sendiri dan menyedarkan kita tentang kebesaran Allah. Yala kan, ia selari dengan matlamat hidup aku untuk meneroka bumi Allah yang luas terbentang ni. Alhamdulillah.

Kat atas tu jugak ada dijual pelbagai cenderamata, antaranya T-Shirt dan bahan kraftangan. Sempat jugak la kami sebat 6 helai T-shirt dengan harga IDR 225,000. (IDR 40,00 sehelai katanya)

Antara kedai cenderamata yang terdapat di sini.
Van yang musnah akibat terkena larva Gunung Merapi
Tapak rumah Mbah Maridjan. Disinilah mayat Mbah Maridjan ditemui dalam keadaan bersujud.
Kawasan perkampungan yang musnah.
Ramai juga pelancong tempatan.
Gunung Merapi yang malu-malu nak timbul.
Cak!
Masjid yang masih teguh hingga kini.
Nak beli T-Shirt pon ok kat sini. Mahal sikit la dari di Jogja, tapi yang ni ada tulis MERAPI.


JOM LAYAN VIDEO PENDEK DULU KEKEKE!

#2. Dieng Plateau

Pengembaraaan kami diteruskan ke satu lokasi yang lebih jauh. Perjalanan kami ke Dieng Plateau mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit di mana lokasinya terletak di Daerah Jawa Tengah dan kawasan bertanah tinggi. Kami juga sempat melalui Borobudur, intai-intai dulu sebelum ke sana kelak. keadaan jalan raya agak lancar dan seperti biasa pak supir membawa kami melaluin jalan potong. Katanya, kalau lalu ikut jalan biasa, perjalanan akan lebih lama. Sepanjang perjalanan, kami tak banyak sembang pon dengan pak supir tu, aku dah berapa kali tidur dah sebab aku duduk kat belakang tapi sekali sekala aku sembang jugak dengan pak supir, tanya dia pasal isu semasa dan keadaan tempat-tempat menarik yang akan kami lawati. Pak supir jugak banyak tanya pasal Malaysia, katanya tak pernah sampai ke Malaysia lagi.

Kota Muntilan
Pak supir kata, jambatan ni dulu musnah dilanggar larva Gunung Merapi

Perjalanan ke Dieng Plateau melalui Kota Muntilan yang agak besar juga dan kami singgah makan tengahari di Pekan Wonosobo di sebuah restoran bernama RM.Selera. Kira ok la makan kat sini, menurut Pak Supir, makan kat situ sedap dan murah, ok aku setuju memang murah dan aku suka makanan kat situ. Jumlah harga makan tengahari kami untuk 3 orang adalah IDR 44,000. Lokasi Pekan Wonosobo ini adalah 30 minit daripada Dieng, tempat kami tuju. Apa yang menarik kat Dieng ni? Antara yang akan kami terjah adalah Telaga Warna!

Restoran RM.Selera.
Makanan, OK lazart.

Ok nanti aku sambung lagi. Penat dah menaip ni ha! Orang lain malam minggu pegi berjimba-jimba, aku sibuk taip entry...loser sangat hahaha. Ok lah. Bye.

Psttt: Jom singgah sini untuk versi Kaki Berangan.

WASSALAM.

19 comments:

  1. pasai apa muka John tersengih cam tu kt gambar dia naik moto tu..tak boleh blah sungguh!! tlg kim salam kt dia hahaha

    ReplyDelete
  2. Hahahahha nak komen pasal helmi jugek! dia ke yg bawak moto dalam video pendek tuh kekekeke.. tersengihhh. takleh bla..

    kirim salam kat dia.. kekekeke...

    ReplyDelete
  3. pesal sume nak kirim salam kat john?
    ok
    kirim salam jugak la kat john




    sapa john?



    ReplyDelete
  4. Cawana:

    Ntahle, pi tanya john nape dia sengeh mcm tu. Kenan jumpe mbah jaridjan kot.

    ReplyDelete
  5. Fidajacob:

    Ye dia la yg bwak moto. Dia mmg fefiling retis kat situ sebab tu kene sengih.

    ReplyDelete
  6. Kak koko:

    Hamboi bukan main semua nak kirim salam kat john.

    Nyampah.

    ReplyDelete
  7. Supermeng:

    Oh,nama nasi tu nadik gurih eh? Ok.thanks.

    ReplyDelete
  8. sorang kawan aku penah tanya:"ada possibilities tak gunung berapi meletup tetiba"

    err..err...

    macam nak kena masuk list je gunung Merapi ni...hmmm

    ReplyDelete
  9. dzuchan:

    Yang tu kena tanya Gunung Berapi punya expert la ye. saya bukan ahli geologi. Tapi berdasarkan penerangan saya pada entry di atas, selalunya akan ada tanda2 awal.

    ReplyDelete
  10. wah dah ada signboard tempat2 kat merapi tu, aritu aku gi takde lagi.

    kat situ2 la plosorejo kampung nyer biras aku :)

    korang pun tak nampak merapi tu ek? aku seharian kat area tu pun tak terjengoi kluar gunung tu...

    ReplyDelete
  11. Biqque:

    Wah besan ko orang Merapi gak ke? kg plosorejo? ooo nak kena gugel kekeke.

    Haah nampak camtu jele. kena pi time musim panas katanya.

    ReplyDelete
  12. alaaa, terlepas kapal aku mase ni.. kalo tak, mesti dh rempit bersama..

    ReplyDelete
  13. Cawan:

    Ha tu la... takpe la, lenkali pi naaaaa.

    ReplyDelete
  14. Lily!

    Tak naik pon, sebab tak nampak puncak merapi dan lama.

    ReplyDelete
  15. Masjid selalunya terselamat dari bencana alam, macam di Acheh juga.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum wr wb.

    Sebelumnya saya mohon maaf jika Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan nama saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami adalah perusahaan pelanjongan khususnya dalam pakej pelancongan Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melancong kat Jogja sila bole kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

    Kami bole bagi harga yang berpatutan dengan pelayanan maksimal kerana semua kami handle langsung dari Jogja. Jika tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010, bole juga email kat ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa.. 

    Selain pakej pelancongan Jogja kami juga melayani paket pelancongan luar kota seperti Solo, Dieng, Bali, Lombok, Bromo, Karimunjawa dan lain-lain. Ada juga sewa kereta / van / minibus dengan harga yang berpatutan. Harga bole kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

    Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:

    Jogja 4D3N Tour (FULL BOARD / ALL IN)
    Kasongan (pottery production), parangtritis beach, manding (leather arts), borobudur temple, lava tour merapi (exploring the rest of merapi eruption using jeep), chocolate kotagede, masjid mataram kotagede (oldest mosque in Jogja), pusat kerajinan silver kotagede, kraton (sultan palace), tamansari watercastle, cave tubing goa pindul, indrayanti beach, bukit bintang
    Price start from: RM 482

    All package types include:
    • Private Car AC (Toyota Avanza / Grand Livina for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 17-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
    • Hotels 3 nights *2/*3/*4 (+breakfast)
    • Driver
    • Driver Meals
    • Parking fees
    • Tour guide (by request)
    • Entrance ticket’s stated in itinerary
    • Dinner and lunch based itinerary
    • Documentation (by request)

    Exclude:
    • Airport taxes
    • Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
    • Additional menu for dinner / lunch (if included)
    • Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)

    Note:
    Harga dapat berubah sewaktu-waktu
    Harga tidak berlaku bagi high season

    Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010 / whatsapp saya di +628985101301 (FREE). Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

    Wassalamualaikum Wr Wb

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS