Posts

Showing posts from May, 2012

Perghhh Its Perth! Part 4: Lancelin (Sandboarding) And Lake Clifton (The Thrombolites)

Image
Assalamualaikum!!!! [ Sambungan dari SINI ] Ok lepas dah puas bergambar dan menghayati sunrise di Pinnacles Desert, kami pun meneruskan perjalanan ke Lancelin, yang terletak lebih kurang 89.5km dari Pinnacles Desert. Perjalanan merentasi Indian Ocean Drive mengambil masa lebih kurang 1 jam. Memang agak bosan pemandangan sepanjang perjalanan tapi kadang-kadang nam[ak jugak pemandangan yang mengasyikkan, apa lagi berhenti la ambik gambar hehehe. Kami hanya dapat melihat kincir angin di Emu Wind Farm dari jauh je sebab dah tak sanggup nak lalu balik jalan semalam untuk ke sana, agak jauh sebenarnya. Kami melalui pekan Gingin lebih kurang jam 12 tengahari. Sempat lagi singgah di sebuah supermarket untuk beli roti dan makanan-makanan lain sebagai lunch kami. Dah habis shopping barang-barang makanan, kami terus mencari kedai untuk menyewa sandboard, katanya kat kedai Lucky Seven (7) ada menyediakan sandboard untuk disewa. Kedai Lucky 7 ni senang je nak car...

Himpunan Jutaan Belia 2012, Putrajaya: Panasnya.

Image
Assalammualaikum!!! Start awal minggu lepas lagi Putrajaya dah kucar kacir, banyak jalan tutup, khemah dipasang di sana-sini...nak pergi kerja pon susah kena ikut jalan jauh...fuh sungguh mencabar. Ini semua gara-gara Himpunan Jutaan Belia 2012 yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia . Ya, opis KBS ni sebelah je dengan opis aku dan rasa macam untung jugak la dapat tengok program-program pelancaran dari celah tingkap je kekeke. Trem yang disediakan OK, Himpunan Jutaan Belia 2012 ni merupakan tahun kedua ia diadakan di Putrajaya. Kalau tahun lepas, namanya adalah Perhimpunan Sejuta Belia, tapi tahun ni dah jadi 'Jutaan ' belia pulak. Diadakan pada 23 hingga 27 Mei 2012 dan penganjuran kali ni katanya yang terbesar setakat ni! Kalau tahun lepas ada 200 live show dan program diadakan, tapi tahun ni ada 500 live show dan program! Fulamak...tatau le macamana diorang handle. Dan program ini melibatkan kawasan sepanjang 6 km di sekitar Persia...